my playlists


Wednesday, December 30, 2009

Anjing kat UIAM Islamik:Lawak tapi Benar :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya gelak besar bila lecturer saya kata ada mak guard UIA kata anjing kat UIA ni islamik hahaha... Lepas tu lecturer saya kata cuba awak fikir, betul tak? then saya pun berhenti gelak dan berfikir sejenak, betul jugak apa yang mak guard tu kata, sebabnya anjing2 kat UIA ni setiap kali orang azan, mereka akan menyalak. Lepas tu lecturer saya bacakan 1 ayat quran yg maksudnya lbh kurang mcm ni, setiap yang ada di langit dan di bumi telah bertasbih kpd Allah, kalau tak silap saya ayat ni di penghujung surah al-hasyr... mungkin sahabat2 boleh cek sendiri ye :)

Bagus kan anjing2 ni... Selama ni saya tak terfikir pulak yang mereka bertasbih kpd Allah apabila menyalak ketika azan sedang berkumandang tapi  bila lecturer saya kata macam tu baru saya realize akan kebenarannya. Kalau sebelum ni saya selalu dimomokka oleh orang tua2, mereka kata kalau anjing menyalak time azan tu  maknanya ia nampak hantu huhuhu sedihkan mentaliti orang melayu ni, banyak sangat percaya pada benda2 khurafat ni uhuuu... 

k lah jumpa lagi ye ada hal la pulak. k tataa.. :p

Tuesday, December 29, 2009

Psychology of Learning

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ni aku study PoL sebabnya esok kul 9 pg aku exam...

Aku saje nk share kt sini apa yg telah aku baca sedikit sebanyak tadi...

Learning ada 2 cara iaitu classical conditioning(cc) & operant conditioning(oc). antara founder yg tersohor utk cc ialah Ivan Pavlov(IP), manakala bg oc plak ialah Thorndike(T) & B.F Skinner(S).

experiment yg paling famos dlm cc ialah experiment ke atas dog, bell & meat  yg dibuat oleh IP, manakala bg oc plak ialah experiment ke atas dove yg dibuat oleh S yg dikenali dengan Skinner Box...

dlm exp. IP, ia melibatkan unconditioned stimulus (ucs), unconditioned response (ucr), conditioned stimulus (cs), conditioned response (cr), neutral stimulus (ns) & neutral response (nr).. so 

b4 learning:

     ucs: meat vs ucr: salivate
     ns: bell   vs nr: dog, x salivate


during learning:
    ns(bell) + ucs(meat) = ucr(salivate)


after learning:
   cs(bell) = cr(salivate)
Faham x? sbnrnya mcm ni, anjing tu didedahkan pd loceng tanpa mknn t'lbh dahulu, so ia tak salivate(keluar air liur), then ia didedahkan pd mknn so ia salivate. Then ms proses learning tu, loceng  tu di 'pair' kn dgn mknn tu, so anjing dgr loceng dan dlm ms yg sama, ia nmpk mknn, so ia salivate. But then, anjing tu salivate jgk apabila dgr loceng walaupun tanpa mknn. Jadi, maksudnya kat sini, anjing tu boleh salivate even dia cuma dgr loceng shj walaupun tanpa mknn sbbnya proses learning telah berlaku ke atas anjing tersebut. bunyi loceng mesti ada mknn, itulah yg anjing tu telah pelajari...

Manakala dlm oc plak, ia bergantung kepada konsep stimulus and response (s-r) dan jgk reward & punishment. Dlm oc juga, ada Thorndike's law of learning iaitu:

law of effect
law of readiness
law of exercise 



konsep s-r ni adalah di mana proses learning akan berlaku berdasarkan kepada respon yg diperolehi hasil drp stimulus, maksudnya behavior can occur when the person get reward however behavior will not occur if the person get punishment... hehe BI jgk yg keluar. mcm ni, perangai seseorg akan berubah sekiranya dia mendapat reward(habuan) hasil drp perbuatannya dan perangai seseorg itu tdk akan berubah sekiranya dia mendapat punishment(hukuman) hasil drp perbuatannya... dan berdasarkan Thorndike, behavior itu boleh berlaku bergantung kepada 3 law di atas... 'gist' nya mcm ni,  kalau person tu ready utk mengubah behavior nya, maka behavior itu mudah dilakukan. dan jugak, behavior yg mahu dicapai itu mesti dipraktiskan selalu. akhir sekali behavior yg dihasilkan itu mestilah memberikan kesan yg baik kpd person tersebut. contohnya, peson tu nk b'henti merokok, so dia dh ready utk b'henti merokok, so dia kena b'henti merokok dan jgn merokok, dia tdk boleh hisap rokok sampailah dia berjaya b'henti drp merokok dan kesan drp b'henti merokok itu, dia dpt jimat duit, kesihatan dia lebih baik dan jugak nafas dia lebih segar (~_~)"


Wassalam....

     

      





Tuesday, December 22, 2009

Magnet Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah aku bersyukur pada Tuhan kerana tercapai jugak hajat aku nak baca buku 'Magnet Diri' karya abang Amin Idris. Actually buku ni aku pinjam daripada sahabatku, Sulastri. Thank you Su :)

Memang buku ini bermagnet, pegang sekali terus melekat hehehe...

Aku seronok membaca buku ni kerana ia bercerita kepada kita macamana nak jadi berpengaruh. Kita tak perlukan pangkat untuk jadi berpengaruh, sebaliknya kita cuma perlu ada kasih sayang dalam menjalinkan hubungan sesama manusia. Kita juga kena selalu memberi agar insan2 di sekeliling kita menyedari akan kewujudan kita. 

Sebagai insan yang bermagnet, apabila kita ingin dihormati, kita terlebih dahulu kena menghormati kerana aliran yang dihasilkan mestilah berlawanan seperti 'cas negatif' kena bertemu dengan 'cas positif' barulah ia akan menghasilkan tarikan. Begitu juga kalau kita ingin menerima, kita terlebih dahulu kena memberi. Aku kira penjelasan aku ini dapat difahami.

Cara abang Amin menyampaikan idea magnet diri ini sangat bagus tapi aku terperasan yang caranya hampir sama dengan gaya penulisan Stephen R. Covey yang mana bukunya '7 Habits' yang pernah aku baca. Maksudku sama dari segi gaya dan teknik di bahagian akhir di setiap topik yang dibincangkan iaitu ada latihan. You all bacalah ye, nanti you all akan tahu apa maksudku.

Aku sebenarnya baru baca sikit, kat bahagian awal je baru. Aku tak larat sangat nak membaca sebabnya dah 2 hari aku demam dan batuk, namun sebab curious sangat nak tahu pasal magnet diri ni, aku berjaya menguatkan diriku untuk membaca setakat yang aku dapat ni. Aku nak baca lagi sebab buku ni sangat bermanfaat dan boleh membantu aku menjadi manusia bermagnet. Nanti senang nak tarik orang hehe.. Tarik untuk buat baik ea... bukan tarik sebarang tarik :p

Monday, December 21, 2009

Satu keikhlasan dalam membuat perubahan

 Bismillahirrahmanirrahim...

Bukak site di bawah ini kemudian baca dan cuba buat koreksi diri kita tentang erti perubahan dan hakikat seoarang hamba yang hina milik Allah.

http://hamiweerae.blogspot.com/2009/12/perubahan-itu-penting.html

Crisis in the muslim mind-continue

Bismillahirrahmnirrahim

Ok sekarang saya nak sambung sikit tentang apa yang saya baca ni ye...

Tapi sebelum tu nak buat pembetulan nama authornya, hari tu silap tulis... yang betulnya macam ni Abdul Hamid Abu Sulayman.

Setelah menyambung pembacaan saya tentang krisis orang islam ni, saya dapati Prof Abu Sulayman mengorek kembali kejatuhan khilafah utsmaniah. Di mana ia berpunca daripada orang2 Turki meniru dan mengambil budaya  Barat dalam membangunkan Turki terutamanya pada zaman Mustafa Kamal Ataturk. Ataturk mengamalkan sekularism pada zaman pemerintahannya yang mana akhirnya membawa kepada kehancuran tamadun Turki itu sendiri. Sungguh malang bagi orang islam kerana padahal orang2 Eropah telah menceduk ilmu islam tapi pada zaman Ataturk ini, orang islam seolah-olah ditipu dengan kononnya kemodenan yang dibawa oleh Ataturk untuk mereka tapi hakikatnya kemusnahan yang nyata.

Betapa Ataturk mengamalkan sekularism ini keseluruh bidang pemerintahannya dan 'totally' meninggalkan ajaran islam. Malangkan bila pemimpin jadi buta hati??? Turki jatuh khususnya dan empayar islam umumnya musnah bila jatuh ke tangan pemimpin yang tidak mengamalkan ajaran islam sepenuhnya, baik dalam pentadbiran mahu pun dalam kehidupannya  seharian. Bila tanggungjawab diabaikan dan amanah dikesampingkan maka musnahlah sesebuah organisasi...

Saya suka baca buku ini kerana mengajar saya mengenali sejarah dan membuka mata saya seluas2nya untuk memahami hakikat politik dan pentadbiran sesebuah negara. Justeru itu, saya boleh bandingkan dengan politik hari ini terutamanya di Malaysia.

Saya bukan bodoh untuk ditipu mentah2 oleh pemerintah yang gila kuasa dan tamakkan harta. Saya cintakan Malaysia dan kalau boleh saya nak tengok Malaysia jadi seperti Madinah semasa nabi memerintahnya di mana nabi buat piagam Madinah untuk kepentingan bersama antara orang islam dan juga orang bukan islam. Madinah juga terdiri daripada masyarakat majmuk seperti ugak Malaysia.

Senario politik tanah air selalu saya ikuti perkembangannya. Saya boleh kata politik Malaysia tidak bersih. Kenapa? Ini kerana berdasarkan pemerhatian saya dan berlandaskan ilmu saya yang cetek ini, politik Malaysia agak kotor. Saya dapat lihat di mana cara pemerintahan, cara kerajaan deal dengan rakyat, cara kerajaan deal dengan parti pembangkang, cara pilihanraya dibuat, cara kerajaan mendoktrinkan rakyat, cara manipulasi akhbar yang hanya berat sebelah, cara media menyampaikan berita, cara media mempromosikan sesuatu agenda dan macam2 cara lagi yang selalu saya perhatikan.

Namun saya agak malang kerana belum ada kesempatan untuk masuk ke parlimen dan mendengar sidang dewan. Kalau boleh saya nak dengar fully daripada awal sehingga akhir bagaimana perdebatan ahli2 parlimen dalam memperjuangkan nasib rakyat. Saya kira mereka perlu telus dalam melaksanakan apa yang mereka janjikan bila musim pilihanraya tiba, baik pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil. Rakyat tidak buta dan rakyat juga tidak pekak malah mereka tidak bisu.

Janganlah kita mengulangi kesilapan Mustafa Kamal Ataturk, sebagaimana pepatah arab ada mengatakan "orang islam yang bijak tidak akan jatuh ke lubang biawak dua kail" so tepuk dada tanya iman, di mana kita letakkan islam yang kita anut. Adakah sekadar terperuk di masjid2, di madrasah2 atau sekadar dalam lipatan sejadah.

Kita manusia moden yang hidup dalam  arus globalisasi bukannya manusia yang hidup di zaman batu dan menetap dalam gua. Kita hidup di bawah langit yang terbuka bukannya hidup di bawah tempurung seperti katak yang tidak tahu apa2.

Jadi, saya menyeru kepada semua, buatlah yang terbaik demi negara yang kita cinta ini dan demi agama yang kita anuti ini. Kita ada akal, kita boleh berfikir dengan bijak. Wassalam.

Saturday, December 19, 2009

Kita perlukan ruang...

Bismillahirrahmanirrahim...

Kita perlukan ruang untuk meluahkan setiap apa yang kita fikirkan. Jadi, gunalah setiap peluang yang ada untuk kita mencurahkan idea yang mengalir agar setiap apa yang terlintas di fikiran kita tidak berlalu tanpa dimanfaatkan, rugi.


Kita hidup cuma sekali, justeru itu gunalah peluang yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita ini sebaik mungkin. Mungkin esok atau lusa, kita akan mati, di mana kita sudah tidak boleh melakukan apa-apa lagi. Cuma hanya boleh mengharapkan amalan-amalan semasa kita hidup sahaja sebagai bekal yang boleh membantu kita di alam barzkh.


Peluang yang Allah bagi bukan 2x dan bukan 3x TAPI 1x cuma, jadi gunalah ia untuk kita penuhi dengan amal ibadat dan perkara-perkara yang bermanfaat. Amatlah rugi sekiranya kita tidak memanfaatkan peluang yang masih ada ini.


Curahkanlah apa yang kita fikir, apa yang kita belajar, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita perhatikan agar ada insan-insan lain yang beroleh iktibar dan pengajarannya. Menulis, sangat besar faedahnya kepada kita dan jugak kepada orang yang membaca apa yang kita tulis. Namun penulisan tersebut kena la benda-benda yang baik, jangan la pulak kita tulis pasal aib orang, itu sudah lain jadinya.

Kita tertekan, maka tulis dan luahkanlah apa yang membebankan minda kita itu agar kita merasa ringan dan  lebih tenang. 


Sekarang zaman moden dan zaman globalisasi, banyak perkara yang boleh menyebabkan kita mudah tertekan. Even kita tersangkut dalam jammed pun kita boleh jadi 'stress', ye tak? Kalau saya, memang stress, rasa macam nak pasang sayap je kat kiri kanan kereta dan terbang! hehehe... Tak pun buat macam doraemon tu, pasang kipas atas kepala, barulah senang bergerak lalalalala...


Jadi kartun ni pun best jugak, akan diminati oleh semua kanak-kanak. Mesti hari-hari diorang akan tengok. Nak doktrin budak-budak ni sangat la mudah kalau guna kartun sebaga medium. Tengok saje kartun ultraman tu, punya la gila cerita, dah la tak logik tapi budak-budak suka tengok Fire!!!!! hahahahaha...(aku pn tgk jgk :p) hehehe...

Tadi aku baca...

Bismillahirrahmanirrahim...

Tadi aku baca buku 'Crisis in the Muslim Mind' buku yang ditulis oleh bekas rektor UIA, Prof. Abu Hamid Sulayman.

Aku baca prakata daripada prof lebih kurang 5 mukasurat terlebih dahulu sebelum aku masuk ke chapter pertama. Beliau kata, buku itu diterbitkan setelah 2 tahun beliau tamat di IIIT. Setelah pelbagai pembentangan kertas kerja dibuat dan mendapat feedback daripada ramai orang dan didiagnosis betul2 baru lah beliau publish buku tu.

Bila tengok tajuk tu, what comes in our mind?

Sebenarnya buku ni menceritakan tentang permasalahan muslim thought, itu setakat yang aku baca la sebab saku pun baru sikit je baca, bab 1 je baru. Buku ni best!

Buku yang ditulis oleh seorang bekas rektor yang begitu berpengalaman dalam ilmu falsafah dan jugak tentang permasalahan  ummat sudah tentulah menarik dan banyak iktibar serta intifadah yang boleh diambil kan? Betul tak?

Ok.. nanti dah sambung baca, aku akan kongsi lagi kat sini di lain entry

Aku Sedih...

Bismillahirrahmanirrahim...

 Aku sedih hari ini kerana aku tak dapat pergi ke Muhadharah Dr. yusof Qardawi kat Putrajaya pagi tadi dan jugak talk beliau kat masjid Shah Alaam lepas maghrib tadi. Aku tak nak sebut sebabnya kenapa kerana ia bisa menyinggung hati orang lain. Tak mengapalah... mungnkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. Aku redha dan pasrah..

"Makaru wamakarallah, wallahu khairul maakirin..." 

Hmmm... macam best je ayat hujung ni kalau jadikan nama baby; khairul maakirin hehehe.. lari topik pulak..


Tapi hari ni aku memang sedih betul, aku pun tak tau kenapa.. Sampaikan aku boleh menangis teresak2. Jarang tuh berlaku dalam hidup aku, menangis sampai teresak2. Kalau kecik dulu lain la.


Aku rasa tertekan dan badanku sangat penat. Malam tadi jaga cc sampai pukul 3 pagi sebabnya gantikan staf yang tak boleh masuk. Sebenarnya aku jaga pukul 6 - 9pm je.. Tapi disebabkan diorang tak boleh masuk, so aku pun aku teruskan sampai pukul 3 pagi.


Penat sangat aku rasa, sebabnya pukul 4 baru aku boleh lelapkan mata. Then pukul 6.30am bangun, tu pun setelah 2x dikejutkan oleh kawanku Ha. Ya Allah.. Beratnya nak bangun, belakang aku jadi berat terutama kat bahagian tulang kipas dan tulang belakang, mata aku pun berat jugak, terasa susah sangat nak angkat kelopak.. Namun aku gagahkan jua.


Then seusai solat subuh, aku terus sambung tidur, sehinggalah aku terjaga jam 11am. Aku tengok handphoneku, ada 2 misscall n ada 3 mesej. Ya Allah.. Punyalah aku tidur mampus, tak sedar langsung handphone berdering, eh2x silap, handphone ku bukan berdering tapi ada lagu, iaitu lagu C.I.N.T.A... hehehe..


Then aku bangun, kemas apa yang patut. Kumpul baju kotor kat dalam baldi, mulanya ingat nak basuh tapi mood aku terus mati bila orang yang aku sayang buat hal.


Sebenarnya aku call tunang aku nak cerita kesedihan aku dan kepenatan yang aku rasai, tapi aku 'nyetok karung' bila aku tengah cakap2, dia putuskan talian. Uwaaaaa! Terus aku nangis. Rasa macam orang tak hargai kita pulak bila dibuat begitu. Dia mesej suruh aku callback. Sorry! Bila hati dah luka, jangan harap ia tak berdarah. Kalau tak banyak pun, at least nampak merah darah yang keluar tu macam kita kena pisau.


Terasa berat di kepala bila kita nak berkongsi bebanan tapi orang tak nak dengar. Lantas air mata menjadi teman yang paling setia, yang tolong menggugurkan bebanan bersama alirannya yang laju dan hangat. Syukur... Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan aku air mata.


Then, aku mandi dan menangis sepuas-puasnya kat bilik air sebabnya tak nak bagi roommate dengar. Hmmm.. lemah rupanya aku ni ye.. Lepas tu aku siap mandi, aku solat dan turun cafe beli nasi... Makan sampai licin dan sampai menjilat jari (hehe.. habit). 


Kemudian, hidupkan kereta, pergi jalan-jalan untuk menghiburkan hati... :)

Friday, December 18, 2009

Aku & Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku dan kehidupan adalah sesuatu yang telah ditakdirkan olehNya....

Aku, lahir, aku hidup, aku bernafas, aku makan, aku minum, aku belajar, aku bekerja dan aku macam2 lagi... Ini adalah sebuah kehidupan bagiku di mana penghujungnya aku tidak tahu... Mungkin esok, mungkin lusa, siapa tahu kan?

Ya Allah... panjangkanlah usiaku agar aku dapat berbakti kepada ayah dan ibuku. Sesungguhnya mereka telah banyak berkorban untukku. Izinkan aku menjaga mereka di kala mereka dah lanjut usia kelak. Aku ingin melihat mereka gembira. Aku ingin mereka melihat bakal anak2 yang akan aku lahirkan suatu hari nanti. Aku nak mereka dapat mengenali cucu2 mereka yang pasti comel dan keletah. Cucu yang akan mengamalkan ajaran Quran & Sunnah.


Hmmm... Aku terlalu banyak berangan. Mungkinkah waktu itu akan aku lalui kelak? sempatkah aku? Entahlah aku tidak pasti... Kenapa dengan aku ni?


Ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Tiada siapa yang dapat menidakkannya.


Aku pernah ada 'kawan'... Mungkin dia special di suatu waktu dulu tp kini, dia jauh berubah. Aku sedih... Dulu dialah tempat aku mencurahkan duka nestapa, tempat aku berkongsi cerita, tempat aku meminta bantuan kewangan dan juga nasihat. Tapi cepatnya manusia berubah. Aku tak sangka...


Adakah aku yang bersalah atau dia yang terlalu mengikut emosi??? 






aku bukan milikmu lagi... izinkan aku terbang bersama pasangan yang Allah berikan kepadaku...


1 Muharam 1431H

Bismillahirrahmanirrahim...


 
"1 Muharam detik permulaan... perkiraan tahun islam hijrah... perpindahan nabi dan umat islam dari kota mekah ke kota madinah..."

Pernah dengar kan lagu ni?
Apakah pengajaran yang kita dapat daripada perpindahan nabi dari kota mekah ke kota madinah?
Apakah penghayatan yang kita buat pada setiap kali awal muharam? Tepuk dada, tanyalah iman kita...

Hala tuju hidup kita, kita yang tentukan. Bukan lagi mak ayah, bukan juga kawan2 kita tapi KITA! Nak jadi baik ke, nak jadi jahat ke, kita yang tentukan dan kita yang putuskan. So think about it my friends...

Tuesday, December 15, 2009

Nak 'mencapub' sikit hehe...

Bismillahirrahmanirrahim...


Kalau sape2 perasan la malam tadi kat tv1 ada rancangan suara siswa jam 10pm. So aku adalah salah seorang yang 'mencapub' (mencari publisiti tp bukan publisiti murahan ye) dalam rancangan tu. Actually aku attend rancangan tu untuk memberi support kat salah seorang panelis iaitu saudari Mashitah, timb 3 MPP UIAM.. Walaubagaimana pun, pihak RTM nak ada wakil yang menanyakan soalan daripada audience, jadi aku salah seorang yang bertanya soalannya.


Tajuk yang dikupas malam tadi menarik dan banyak pengajaran yang boleh diteladani iaitu berkaitan hijrah dan mahasiswa. Bagus respon2 yang diberikan oleh panelis malam tadi dan yang aku paling suka adalah respon daripada saudara Najib dari USIM, panelis UIA pun tak kurang hebatnya dalam mengutarakan pendapat dan hujah beliau, beliau banyak ditanya oleh Dr. Fazley daripada sudut pandangan siswi kerana beliau satu2nya panelis perempuan malam tadi. Manakala panelis dari UiTM, saudara Amir pun mantop dalam memberikan komen dan pendapat.

Soalan yang aku tanya pulak ialah "Mengapa ramai orang mengutamakan azam tahun baru berbanding azam maal hijrah?"(soalan yang dibincangkan oleh kami budak2 UIA terlebih dahulu sebelum rancangan dimulakan hehe.... macam biasa la) dan respon yang aku dapat sangat bagus daripada panelis dan Dr. Fazley sendiri pun mencadangkan agar semua audience yang hadir kat studio malam tadi menghantar SMS ucapan selamat menyambut maal hijrah dan bertanyakan azam baru mereka untuk maal hijrah kali ini kepada kaum kerabat dan sahabat handai. Beliau jugak mencadangkan agar diletak sekali tarikh hijrah kat atas kek bila sambut hari lahir hehe...

Kami sebenarnya bersiaran langsung malam tadi so any shortcoming should be covered properly dan malangnya aku tak sebut pun nama dan dari IPT mana. Nevermindlah, kalau orang nak kenal so kena la cari tuannya pulak hehe.. (perasan lebih mengalahkan panelis pulak! ahaks! :p)

Monday, December 14, 2009

Pertama kali..

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali aku mula kelas pukul 7am sepanjang aku menuntut di UIA ni. Semalam aku cek confirmation slip, aik? kelas aku pukul 7am pulak setiap selasa dan khamis! terkejut beruk sekejap. Macamana boleh jadi pukul 7am pulak sedangkan aku register hari khamis lepas, kelas pukul 8.30am. Dah la malam tadi aku jaga cc sampai pukul 12am, for sure akan bangun lewat. Aku dah mula risau, kalau macam ni payah la aku, silap-silap aku miss kelas ni. 

Tapi, alhamdulillah aku berjaya hadir kelas tadi walaupun aku terlewat 15 minit. Nasib baik Dr. Che Amnah tak marah. Patut la dia buat pukul 7am sebabnya 3org je yang register untuk subjek 'Contemporary Issues in Usul Al-Din' ni termasuklah aku, kami cuma dua perempuan dan seorang lelaki. Kelas buat kat bilik dia di level 4. Termengah2 aku pagi tadi bila sampai kat bilik dia sebabnya aku naik tangga, senaman hehe... 2 dalam 1.

Best belajar subjek ni! Mengikut sinopsis course yang Dr terangkan tadi, dlm subjek ni kami akan belajar pasal 'ism'2 macam pluralism, globalism, pasal revelation and reason dan jugak pasal globalization. Menarik! I like this subjek. Tadi Dr briefly lectured to us about trenscendent of unity religion, modernity, gerakan Muhammadiyyah di Indonesia dll. Aku malu kat Dr sebabnya aku kurang membaca tentang sufism ni, so bila Dr tanya tadi aku terkebil2 tak boleh nak jawab, thus dia pun memperli aku dengan bahasa yang paling halus agar aku tak terasa. Katanya kita kena banyak membaca, lagi pun Allah dah kata "iqra'" dalam kitabnya. Macam tu  lah lebih kurang dia memerli aku. Nampak sangat yang aku ni malas membaca, sedangkan Allah dah suruh kita baca tapi tak baca jugak..(Ainon... Ainon... Macamana kau nak jadi knowledgable, kalau membaca pun kau malas? Dulu kata nak jadi knowledgable person.)

Tepuk dada tanyalah iman masing2...

Kita orang Islam, tapi dari sudut ilmu kita agak ketinggalan berbanding orang2 barat. Orang barat sanggup belajar bahasa arab bertahun2, padahal tujuannya untuk menghancurkan Islam macam yang Orientalis buat. Tapi kita tak sampai tahap tu pun  kita belajar, so di mana kita? fikir-fikirkanlah... Kalau tak silap aku Kriemer belajar BA 30 tahun, beliau adalah salah seorang Orientalis yang bercita2 nak menghancurkan Islam, maka sebab itulah beliau belajar BA. So what our answer if people ask us to study? Kriemer belajar BA sebab nak hancurkan Islam selama 30 tahun, so macamana kita nak bangunkan Islam, sedangkan kita belajar tak sampai 20 tahun pn. Fikir2kanlah!  

Bila sudah penat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila sudah penat, tulang belakang mula rasa sakit, kepala juga start berpusing, aku sudah poning, cakap pun dah tersasul-sasul macam orang tak betul, so aku kena stop and relax now!

Sunday, December 13, 2009

Teringat Aku...

Bismillahirrahmanirrahim....

Bila dah di ambang waktu pagi ni teringat pulak aku masa semester lepas. Sem lepas ada belajar subjek Philosophy of Science, yang ajarnya Dr. Isham Pawan suami kepada Dr. Fadzilah Din. Subjek ni menarik sangat tapi kadang2 pening jugak  nak faham, ye lah dah nama pun falsafah. Kalau kat sekolah menengah dulu, budak2 suka sebut 'palosapoh' hehe...

Subjek ni lebih kurang je dengan subjek Western Philosophy(WP) yang aku ambil sem sebelum ni. Ia banyak sebut pasal philosopher2 yang awal macam thales, anaximendes, socrates, plato, aristotle, john locke, dan lain2 lagi termasuk al-ghazali. Belajar tentang teori diorang ni best! tapi kadang2 macam kelakar pun ada, pening2 sikit pn ada jugak. Tapi bila jawab final, paling best cz Dr. Isham suka ulang soalan sama, maknanya kalau rajin buat past year question, dpt markah tinggi la...

Tapi kadang2 tu ada jugak KBKK punya question. Macam WP aritu, soalannya berbunyi "...." alamak! tak ingat la pulak, tapi lebih kurang macam ni: soalan pasal Petronas Twin Tower, kenapa kita tengok menara berkembar petronas itu adalah menara berkembar petronas. Agak2 faham tak? Bahasa mudahnya macam ni, kenapa kita tengok menara berkembar petronas tu kita nampak menara berkembar petronas bukan nampak restoran dalam laut kat Dubai hehehe... Lebih kurang macam ni la soalannya. Rasa2 apa yang you all jawab? Ni falsafah punya soalan eh bukan soalan kuiz siapa pintar ye... :)

Aku Gembira...

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku tak pasti adakah aku gembira di saat ini? Mungkin ya dan mungkin juga tidak... Aku rasa aku gembira sebabnya aku telah menunaikan hajat seseorang, namun sebaliknya aku rasa aku tidak gembira kerana aku tak sempat nak dinner lagi. Tadi petang aku gi hantar adik aku balik PJ, then ingat balik sini sempat la makan tapi malangnya aku terlewat 15 minit cz aku masuk keje kul 10pm sepatutnya, tapi tadi sampai sini dah kul 10.15pm, sebabnya masa kat entrance tadi jammed, pak guard buat sportcheck kat semua kereta yang masuk UIA, so satu satu je la dia lepaskan tadi, check sticker kereta kot...(tu pun sebab dah mintak ihsan kawan suruh dia jaga sampai 10pm tadi, sepatutnya dia sampai 9pm je, kesian dia)

Sekarang aku merasakan masa itu sangat berharga kerana aku kena bahagikan betul2 antara study, kerja dan masa untuk diri sendiri. Kalau tidak, padah la aku. Dalam jangka waktu semester ni jugak aku kena tempuhi alam baru, mungkin dah tak sampai 3 bulan dah pun, masa tiu akan tiba. Persiapan mesti dibuat awal, semua nak kena setel awal2 sebabnya, time nak buat tu adalah seminggu sebelum final exam. "Fail to plan, plan to fail"... Mungkin kata2 ini boleh menjadi peringatan buatku. Aku berharap semuanya akan berjalan lancar nanti, namun apa2 pun aku kena prepare awal. 


Aku dah plan sebahagiannya dan selebihnya akan dibuat secara berperingkat-peringkat. Mampukah aku? InshaAllah dengan bantuanMu ya Allah, aku yakin aku mampu. "Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih" ungkapan ini terasa serasi dengan diriku kini. Kita hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan. Setiap takdir telah pun tersurat buat hamba2Nya. Pasrah dan redha juga perlu, namun setelah berusaha dan bertawakkal kepadaNya.. Wassalam




Saturday, December 12, 2009

Akon

Bismillahirrahmanirrahim...

Akon? Siapakah beliau? Aku tidak mengenalinya tapi lagu-lagu beliau kedengaran asyik di telinga, i dun know why...? Apa yang aku tahu beliau adalah penyanyi berkulit hitam yang amat digemari oleh segelintir anak muda di seluruh dunia. Beliau ada magnet yang tersendiri, macamana beliau create magnet itu aku juga tidak tahu. Kalaulah aku bisa mencipta magnet untuk menarik orang ke arah kebaikan umumnya dan ke arah ajaran Islam yang sebenar khususnya, alangkah bagusnya... 

Namun aku tahu untuk membuatkan orang tertarik pada kita bukanlah satu perkara senang. Kita kena ada personaliti yang kemas dan menarik, ada imej yang tersendiri, ada prinsip diri yang kukuh, ada gaya yang tersendiri kerana kita adalah kita dan kita tidak boleh mejadi orang lain, bak kata omputeh "be yourself!" 


Hmmm... Nampak gayanya aku kena beli buku magnet diri karya abang Amin Idris ni...

Friday, December 11, 2009

Nak Buat Lesen Kereta...

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak buat lesen kereta la pulak... Tapi bukan saya la, adik saya, cik rofiah a.k.a acik... Dah banyak kali dah ajar dia drive, semalam petang pun ajar lagi. Bawak dia praktik kat litar drift UIA, suh dia pusing situ konon-konon pusing roundabout la hahaha... Pastu ajar dia stop kt tengah-tengah bukit huhuhu, brek sampai termati-mati keta hehe... Biasa la new beginner kan. Saya dulu pun masa baru-baru belajar tu lebih kurang je tapi sekarang alhamdulillah dah expert dah hehe :p

Dia nak belajar parking tapi kat sini masalah la cket cz parking macam kat sekolah memandu tu tak ada. Kalau parking yang biasa, banyak la... Dia ni sebenarnya kalau bagi kat jalan lurus, dah boleh bawak dah. Macam aritu kami berdua je, balik KL dari Kelate, so bagi dia drive kat highway karak tu ok je, malam pulak tu... Cuma bila nak potong lori je masalah cket cz dia tak berapa pandai nak budget nak masuk ke kiri balik selepas memotong, lagi pun kawasan bukit, so no wonder la dia jadi teragak-agak cz dah rendahkan gear pun still merayap jugak ketanya. Makumlah kancil EX660, tapi alhamdulillah selamat masa tu, walaupun dalam perjalanan tu ada jugak accident, motor langgar bontot lori, then penunggang meninggal di tempat kejadian... Na'uzubillahi min zaalik...

Ore kelate kato "doh nok geroh dio doh, nok wat guano..."... Mungkin dah ajal dia kat situ kan, so redha je la... Kalau nak cakap pasal accident ni, toksah cakaplah sepanjang pengalaman drive jarak jauh ni, dah macam-macam jumpa. Hari tu masa pergi Penang, hantar kakak yang nombor dua, pun ada accident kat highway Timur-Barat tu, keta dengan lori, tapi nampak gaya macam tak ada kemalangan jiwa la, maybe cedera je tapi tak ada yang meninggal kot. Tak pasti sangat la cz just assume dari jauh je, tak berhenti pun.


Drive ni memang ada risiko la tapi kita kena berhati-hati dan kena bertimbang rasa di jalan raya bak kata ayah saya " Bawok keto ni keno beringat, pahtu keno timbangraso ko ore etek, kalu ado ore motong pahtu napok dio tok berapo nok dey gak, slow la keto kito wi dey dio potong, jange duk bbadi pulok..."


Betul dah hak ayah kata tu cz kadang-kadang pemandu Malaysia ni, jarang yang nak bertimbangrasa kat orang lain, kadang-kadang kalau kita potong dia, lagi dia pecut pulak, ntah la tak paham saya. Agaknya dia rasa keta dia lagi hebat kot, so "nobody can potong aku, aku mesti kat depan..." Agak-agak la wey, orang lain pun nak cepat jugak...

Thursday, December 10, 2009

Lahirnya Mereka melalui Operation




 
Bismillahirrahmanirrahim...

Shasha & Shahmee... Dua beradik yang lahir melalui kaedah pembedahan, namun dalam jangka masa yang tak sampai 3 tahun. Maksud saya, kakak belum sampai setahun lagi, mamanya pregnant untuk kali kedua iaitu mengandungkan adiknya pula. Apabila Allah berkata "kun" "fayakun". Begitulah suratan yang telah tercatat buat mama mereka, di mana beliau terpaksa melahirkan anak-anaknya melalui kaedah pembedahan dalam jangka waktu yang tak sepatutnya kerana para pakar kesihatan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang berisiko. Ini kerana menurut pakar-pakar ini, rahim perlu dikosongkan untk tempoh 3 tahun sebelum mengandungkan anak yang ke seterusnya sekiranya bersalin operation. Tujuannya ialah agar luka kesan daripada pembedahan pertama boleh sembuh sepenuhnya terlebih dahulu, kemudian bolehlah mengandung lagi.

Itu perancangan manusia, namun perancangan Allah  berbeza. Dia izinkan benih itu wujud dan lahir ke dunia maka lahirlah ia. Saya kagum dan kadang-kadang tak terjangkau dek fikiran bila melihat ciptaan-ciptaanNya. Subhanallah. Ok ada hal pulak, nanti saya sambung lain kali pulak. tataa....



Wednesday, December 9, 2009

Semoga Diriku Diberi Kekuatan oleh Nya

Bismillahirrahmanirrahim



Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana Engkau masih memberiku peluang untuk menghirup udaraMu yang segar ini. Aku juga bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menatap alam ini lagi dengan mata hatiku. Alhamdulillah ku lafazkan ya Allah di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku setiap hari dan setiap saat. Semoga dengan mengingati nikmat-nikmatMu ini dapat mengubat jiwaku yang lara ini. Aku tahu ya Allah, Engkau tak kan menerima keimanan hambaMu dengan mudah melainkan Engkau menguji keimanan kami terlebih dahulu. Ya Allah, aku redha dengan setiap ujian yang Engkau turunkan buatku, cuma aku perlukan masa untuk menyesuaikan diriku dengan semua yang aku lalui ini, aku juga perlukan semangat dan kekuatan agar aku tidak mudah patah sebagaimana senangnya patah ranting yang sudah kering.Ujianku tidak sehebat ujian nabi Muhammad penghuluku namun aku merasakan ia agak berat kerana ku tahu aku sangat lemah dalam menghadapi hidup ini. Di mana aku sepatutnya tidak boleh begini, aku tidak boleh mengalah sebelum berjuang. InshaAllah dengan bantuan dan pertolonganMu ya Allah akan ku terus melangkah ke hadapan dan akan ku tepis segala cacian dan hinaan kerana ku tahu ya Allah hanya Engkau yang sangat memahami setiap rintihan hambaMu. Hati ini terlalu lembut, bahkan ada yang mengumpamakannya kerak nasi yang mana ia mudah dilembutkan bila terkena air. Ya aku faham tentang itu, oleh itu aku kena tabah dan kuat, aku tidak boleh terlalu menurutkan hati dan perasaan. Sebaliknya aku kena berpandukan iman agar setiap tindakan yang aku ambil tidak merugikan masa depanku. Walau pun kadang-kadang airmata juga perlu dititiskan agar apa yang membebankan fikiran dapat diringankan, namun ia tidak boleh melampau dan melebih-lebih. 



Setiap insan pasti diuji, namun bentuknya mungkin tidak sama. Lagi pun Allah tidak akan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. Ya Allah betapa pemurahnya sifatMu dan betapa agungnya kasihMu terhadap hambaMu. Kenapa aku jarang menyedari tentang hakikat ini? Ya Allah teruknya aku yang mengaku muslim tapi aku belum benar-benar mengenaliMu dan sifat-sifatMu yang agung dan maha hebat. Ya Allah, ampunkan aku di atas kejahilanku. Semoga ilmuMu mampu aku gali dan korek selagi aku masih berdaya. Ya Allah, bukalah ruang seluas-luasnya agar aku boleh terus menerokai ilmuMu ya Allah. Betapa ruginya aku jika hayatku yang Engkau anugerahkan ini tidak aku manfaatkan untuk mendapatkan ilmuMu. Aku tahu ya Allah, ilmuMu terlalu suci yang mana Engkau hanya akan berikan kepada orang-orang yang mensucikan hatinya sahaja dan ia tak layak diterima oleh orang-orang yang bermaksiat. Astaghfirullah... ampunkan aku ya Allah di atas segala dosaku. Amin Ya Rabb...

Monday, December 7, 2009

Ujian Allah Tidak Pernah Berhenti untuk HambaNya yang Terpilih

Bismillahirrahmanirrahim

Mulakan dengan bismillah dan sudahi dengan alhamdulillah... Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih sifatNya. Kali ini Dia datangkan ujian untukku sekali lagi, aku redha dan pasrah dengan kehendakNya kerana aku tahu pasti ada hikmahNya yang tak mampu aku singkapi di sebalik rahsia setiap yang didatangkanNya itu. Sebagai hambaNya yang beriman, aku kena redha dan menerima setiap ujianNya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Ya Allah, aku tahu untuk mendapat ilmuMu bukan mudah dan tidak susah, namun cahayaMu hanya untuk orang orang yang suci daripada maksiat, zahir dan batin.

Sunday, December 6, 2009

very nice vacation

mak su

caca
mokniq n abe ngah
ridz
 mat ijad yg nakal hehe...

sulung yg rajin

me..

Cuti yang amat menyeronokkan hehe... hari hari duk bertekak ngan anak-anak buah yang comel dan nakal. Namun aku sangat senang dengan keletah-keletah mereka...