Bismillahirrahmanirrahim...
Saya gelak besar bila lecturer saya kata ada mak guard UIA kata anjing kat UIA ni islamik hahaha... Lepas tu lecturer saya kata cuba awak fikir, betul tak? then saya pun berhenti gelak dan berfikir sejenak, betul jugak apa yang mak guard tu kata, sebabnya anjing2 kat UIA ni setiap kali orang azan, mereka akan menyalak. Lepas tu lecturer saya bacakan 1 ayat quran yg maksudnya lbh kurang mcm ni, setiap yang ada di langit dan di bumi telah bertasbih kpd Allah, kalau tak silap saya ayat ni di penghujung surah al-hasyr... mungkin sahabat2 boleh cek sendiri ye :)
Bagus kan anjing2 ni... Selama ni saya tak terfikir pulak yang mereka bertasbih kpd Allah apabila menyalak ketika azan sedang berkumandang tapi bila lecturer saya kata macam tu baru saya realize akan kebenarannya. Kalau sebelum ni saya selalu dimomokka oleh orang tua2, mereka kata kalau anjing menyalak time azan tu maknanya ia nampak hantu huhuhu sedihkan mentaliti orang melayu ni, banyak sangat percaya pada benda2 khurafat ni uhuuu...
k lah jumpa lagi ye ada hal la pulak. k tataa.. :p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment