my playlists


Friday, January 1, 2010

Apa Ada pada New Year?...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni 1/1/2010..
Aku termenung sendiri, apa yang ada pada new year ye?
Aku tertanya2, aku mencari jawapan.. Lalu jawapan yang aku dapat ialah tak ada apa2.. Maksudku tak ada apa yang boleh merubah sesuatu apa pun kecuali dengan takdir dan iradah Allah jua. Saban tahun manusia mencipta azam, tapi bagiku ia kadang2 tak memberi makna apa2 tanpa tindakan. Secara ikhlasnya aku rasa aku tak pernah punya azam untuk tahun baru secara spesifiknya kerana bagiku setiap hari adalah azam baru. Maksudku azam baru bagiku adalah setiap hari bukannya setiap tahun. Ini kerana apa yang aku suka praktik ialah, muhasabah sebelum tidur dan berazam untuk keesokan harinya pula. Berazam untuk memperbaiki setiap kelemahan yang telah aku lakukan pada hari ini. Entahlah mungkin orang lain sukar untuk menerima caraku ini tetapi itulah hakikatnya. Aku paling sukar untuk menjawab apabila ada yang bertanya tentang azam baruku kerana bagiku ia sudah lumrah dan rutin yang aku lalui setiap hari, tiada apa yang istimewanya azam tahun baru bagiku.

Mungkin kedengaran pelik bagi sesetengah orang tapi tidak pelik bagi norainon abdullah. Adakah aku 'abnormal' kerana tidak suak azam tahun baru? Aku tidak tahu kenapa tetapi aku merasakan tahun baru sama sahaja dengan hari2 biasa yang aku lalui. Tiada pun yang uniknya tentang tahun baru ni kerana tiada apa yang significant dengan tahun baru masihi ni.

Tetapi kalau tahun baru Hijri aka Maal Hijrah, aku dapat rasa perbezaannya kerana ada significant nya iaitu tahun untuk berhijrah. Di mana tahun ini dikira bersempena penghijrahan Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Banyak significant yang aku dapat daripada penghijrahan ini iaitu penghijrahan mental dan jugak fizikal. Banyak istifadah dan ibrah yang aku dapat ketika meraikan kedatangan maal hijrah ini. Macam tahun ni dah pun 1431h dah. Ini menandakan betapa nabi sudah lama pergi meninggalkan kita dan apa yang baginda tinggal untuk kita cumalah al-quran dan  as-sunnahnya sahaja.

Tidakkah kita merasa rindu untuk bertemunya? Betapa selama ni kita cuma dapat mengenalinya melalui sirahnya sahaja, namun kita belum pernah melihatnya. Melalui sirahnya yang kita telusuri, kita dapat merasakan baginda merupakan seorang insan yang tersangat agung. Akhlaknya sangat terpuji sehinggakan baginda digelar 'al-amin'. Betapa indahnya qudwah yang ditunjukkan oleh baginda untuk kita teladani bersama. Tutur katanya sangat halus dan begitu meruntun jiwa. Budi bicaranya sangat sopan dan bahasanya sangat indah didengar. Sebagai seorang wanita, aku mendambakan seorang suami yang seperti rasulullah agar hidupku terpimpin ke jalan yang diredhai Allah. Namun aku juga perlu menjadi seperti Khadijah agar aku dapat suami yang seperti Rasulullah. Mudah-mudahan Allah mengabulkan apa yang aku inginkan.

Wallahu a'lam :)

No comments: