my playlists


Friday, September 11, 2009

Now my turn again...

Bismillahirrahmanirrahim...
Emm... sekarang turn saya pulak kena jaga CC. Last week, saya not in the list because 1st week kan. So hari ni saya masuk balik, maknanya saya mula jaga pukul 5.30 sampailah pukul 10 malam. Jadi, saya punya terawih malam ni tak leh wat berjemaahlah huhuhu... Tapi tak pe as long as kita buat, buat sorang pun tak ada masalah kerana ia bukan wajib dilakukan secara berjemaah. Namun, kebiasaannya orang akan buat terawih ni secara berjemaah, itu kelazimanlah. 

Ok lah nak cakap panjang pasal ni pun saya bukanlah pakar sangat, kan tersalah info pulak. Justeru itu, lebih baik saya tukar topik lain pulak. 

Aha hari ni merupakan hari terakhir saya berada di UIA untuk bulan ni lah sebabnya esok pagi saya akan balik kampung. Emm... Bestnya nanti dapat jumpa mak ayah yang sangat dirindui dan juga adik-adikku, Asmat dan Umi. So minggu terakhir Ramadan ni bolehlah saya spend masa bersama mereka, hmm... mesti seronok :-)

Alhamdulillah... UIA kali ni bagi cuti awal seminggu untuk kami menyambut Syawal. Baguslah, dapat kembali merasa bersahur dan berbuka puasa di rumah yang sudah sekian lama tak dapat dinikmati bersama my family. Nanti adalah yang akan mengejutkan untuk bangun sahur, sape lagi mak la hehehe... Tapi disebabkan anak-anak ni liat nak bangun sahur bila mak kejut, so terpaksalah ayah campur tangan hehehe bila dengar suara ayah, semua akan bergegas sebabnya tak tahan wooo... Kalau mak kejut macam ulit kita tidur kan tapi kalau ayah haa... Bangun! Bangun! tengah bermimpi pun terus pap! terhenti, terkejut maa... Biasalah... karakter seorang ayah memang macam tu, tegas dan berwibawa.

Aduh! termati pulak idea saya, minah ni lah kepoh betul, nak transfer pc pulak, ha kan dah tersilap transfer yang orang lain punya... Aduhh sorry ye dik, nasib baik awak bukan taip assingment, kalau tak mahunya kena retype. 

Aha, idea dah ada dah tapi idea nak 'tembak' orang pulak nih. Kita ni kan boleh tak kalau hidup jangan terlalu banyak menyusahkan orang. Try to be a good person as we can. Contohnya kan bila kita berjanji, janganlah kita sesuka hati memungkiri janji kita tanpa sebab yang munasabah. Cubalah penuhi janji tersebut selagi kita mampu lakukan. Sebenarnya maksud saya macam ni, contohnya kalau kita berjanji nak berbuka puasa dengan somebody la kan so kita kena arrange time kita betul-betul agar kita dapat tunaikan janji kita tu, ye tak? Cuba kalau orang tak tunaikan janji, apa perasaan kita? Of course la hampa kan, dah la hampa pastu hampas pulak.

Lagi satu, bab masa atau spesifiknya, punctuality aka tepati masa. Saya peliklah kenapalah orang Melayu ni susah sangat nak tepati masa. Kalau lewat 5 @ 10 minit tu it's ok la kan tapi yang sakit hatinya lebih 1/2 jam, so what kind of muslim you are? So 'lu pikir la sendiri' katanya Nabil... Tapi saya rasa orang yang tak tepati masa ni kan mesti solat dia pun di penghujung waktu, betul tak? Saya agak je lah, tak pernah la pulak saya buat research tentang perkara ni. Namun logik akal mengatakan 'Ya'... Sebabnya kalau orang yang solat di awal waktu, maka benda-benda lain pun dia akan jaga, maksudnya punctuality is in the first place. Senang cakap, dia akan tepati masa.

K lah dah pukul 7pm ni, so saya nak gi amek saya punya order pulak. Hari ni saya order nasi ayam goreng untuk wat buke pose... K c u all soon. Selamat berbuka :-) tataa...


Monday, September 7, 2009

BUAT KUEH RAYA

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua pengunjung...
Malas nak tulis banyak2 sebab tengah busy ni he3x... Duk buat kueh raya ni sambil berperang dengan si kecik Al Farabi. Kita sibuk duk buat kueh dia pun sibuk jugak ek ek 2x duk merengek mintak orang hiraukan dia. Biasalah budak kecik kan..!

Malam ni buat biskut 'red pirl cookies', malam tadi buat 'almond london' dan 'bunga-bunga cinta'... Hmm... ni lah kali pertama aku spend banyak masa untuk menghasilkan sendiri biskut raya, selalunya biskut tunjuk aje. Maklumlah tak pandainak buat kan. Ni pun dengan ihsan kakak iparku yang sudi mengajar aku dan adik maka terhasillah 3 jenis biskut raya ni. Alhamdulillah... Dapat jugak belajar ilmu buat biskut raya ni, tak de lah payah mana pun, cuma memerlukan sedikit kesabaran kerana nak menghasilkan sebotol biskut raya tu agak mencabar jugaklah. Daripada mengadun, membentuk dan seterusnya  membakar. Hmm... ni pn break kejap, bagi susu kat anak buah kejap sebabnya umi dia tengah sibuk membakar biskut. So, aku ambil alih tugas dia kejap hehehe... sambil-sambil belajar. Apa orang tua kata, sambil menyelam minum air hehehe... k tataa... jumpa lag...