my playlists


Wednesday, March 6, 2013

Islam Pilihan Kita

Bismillahirrahmanirrahim

Apa pilihan hidup anda?
Kalau saya, pasti saya pilih cara hidup Islam
'Islam is my way of life'
Anda pula macaman?
Kalau pilih islam, pilihlah yang menyeluruh
jangan pilih yang separuh-separuh.
'Masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya'
ada ayat quran sebut tapi keyboard saya tak ada huruf arab so x boleh nak tulis

Percayalah! Bila kita masuk sepenuhnya ke dalam islam 
pasti kita jumpa keindahannya.

Mengapa tidak?
Islam itu bersih
Islam itu aman
Islam itu sejahtera
Islam itu bahagia
Islam itu menepati masa
Islam itu menepati janji
Islam itu tidak menindas
Islam itu jujur
Islam itu setia
Islam itu patuh
Islam itu taat
Islam itu menyerah diri sepenuhnya kepada Allah
Tuhan yang mencipta kita..

Nah! apa lagi yang kita cari kalau bukan yang ini di dalam hidup kita.

Tepuk dada, sama-samalah kita tanya iman kita... Salam sayang untuk semua saudara seagama dan salam sejahtera untuk semua saudara berketurunan Adam dan Hawa...

Tuesday, March 5, 2013

jgn kerana harta kita jadi buta

Bismillahirrahmanirrahim

hari ini kita dapat lihat ramai orang menjadi buta kerana harta dan wang ringgit...
rasuah menjadi hidangan dan suapan setiap hari. halal dan haram sudah tidak dihiraukan.
apa yang ada dalam kepala duit, harta, dan kekayaan. daripada mana ia datang sudah tidak penting. tapi apa yang penting kaya dan berharta. manusia rela menjadi hamba duit dan hamba kepada orang yang berduit.
kalau disuruh menjilat ludah pun pasti dijilat kerana mata hanya sudah nampak wang dan buta untuk melihat kotorkah atau bersihkah sumber duit itu datang.

Sunday, March 3, 2013

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah Allah itu maha pengasih dan penyayang sifatNya. Dia datangkan musibah kepada diriku kerana mahu aku sedar drpd kelalaianku selama ini. Syukur padaMu ya Allah kerana masih lagi beri peluang kepadaku untuk terus hidup dan bernafas di bumiMu ini,Alhamdulillah ya Rahman Alhamdulillah ya Raheem...