my playlists


Friday, January 1, 2010

Barat Punya Agenda Tersendiri

Bismillahirrahmanirrahim...

Filem 2012, memberi sedikit sebanyak impak kepada diriku biar pun aku belum menyaksikannya secara menyeluruh. Namun aku dapat baca daripada blog2 rakan yang memberi kritikan terhadap filem ini yang mana  kebanyakannya menyatakan ia merupakan salah satu agenda barat. Ya, aku tidak menafikan tentang kebenarannya. Memang filem ini adalah agenda barat dalam rangka untuk memesongkan aqidah umat islam yang lemah. Ia memaparkan kepada seluruh audience yang menyaksikannya bagaimana pada tahun 2012 dunia akan mengalami kiamat, yang mana bumi akan masuk ke dalam satu lubang besar. Mengarut! 

Apa mereka fikir mereka boleh meneka bila kiamat akan berlaku? Usahlah tertipu dengan jarum2 halus orang2 kafir ini kerana mereka memang jahat! Allah sudah kata  kiamat ini adalah urusanNya begitu juga dengan ruh, juga merupakan urusan Allah. Manusia tak punya hak untuk menyibuk di dalam urusan Allah. Apa yang manusia perlu buat ialah mempersiapkan diri untuk bertemuNya kelak.

Adakah kita telah bersedia untuk bertemu Allah?
Sudah cukupkah amalan kita untuk mengadap Allah kelak?
Apakah kita sudah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya?
Tahukah kita di mana tempat kekal kita?
Di syurgakah kita atau di nerakakah kita?
Tepuk dada, tanyalah iman kita?
Sudah tentu iman kita ada jawapannya...

Hari ini sudah pun 2hb 1 2010. Apakah kita telah muhasabah diri kita dan amalan kita di tahun 2009? Pasti kita ada jawapannya. Kalau bulan muharam, sudah pun masuk hari ke 16... Bertambahnya tahun menandakan bertambahnya usia kita, namun apakah amalan2 kita juga turut bertambah. Teramatlah malang bagi kita sekiranya amalan2 kita makin berkurang dan rugilah kita sekiranya kita tidak menambah amalan kita. Sama2 lah kita renung sejenak, agar ada manfaatnya untuk diri kita.

Wallahu a'lam

No comments: