Bismillahirrahmnirrahim
Ok sekarang saya nak sambung sikit tentang apa yang saya baca ni ye...
Tapi sebelum tu nak buat pembetulan nama authornya, hari tu silap tulis... yang betulnya macam ni Abdul Hamid Abu Sulayman.
Setelah menyambung pembacaan saya tentang krisis orang islam ni, saya dapati Prof Abu Sulayman mengorek kembali kejatuhan khilafah utsmaniah. Di mana ia berpunca daripada orang2 Turki meniru dan mengambil budaya Barat dalam membangunkan Turki terutamanya pada zaman Mustafa Kamal Ataturk. Ataturk mengamalkan sekularism pada zaman pemerintahannya yang mana akhirnya membawa kepada kehancuran tamadun Turki itu sendiri. Sungguh malang bagi orang islam kerana padahal orang2 Eropah telah menceduk ilmu islam tapi pada zaman Ataturk ini, orang islam seolah-olah ditipu dengan kononnya kemodenan yang dibawa oleh Ataturk untuk mereka tapi hakikatnya kemusnahan yang nyata.
Betapa Ataturk mengamalkan sekularism ini keseluruh bidang pemerintahannya dan 'totally' meninggalkan ajaran islam. Malangkan bila pemimpin jadi buta hati??? Turki jatuh khususnya dan empayar islam umumnya musnah bila jatuh ke tangan pemimpin yang tidak mengamalkan ajaran islam sepenuhnya, baik dalam pentadbiran mahu pun dalam kehidupannya seharian. Bila tanggungjawab diabaikan dan amanah dikesampingkan maka musnahlah sesebuah organisasi...
Saya suka baca buku ini kerana mengajar saya mengenali sejarah dan membuka mata saya seluas2nya untuk memahami hakikat politik dan pentadbiran sesebuah negara. Justeru itu, saya boleh bandingkan dengan politik hari ini terutamanya di Malaysia.
Saya bukan bodoh untuk ditipu mentah2 oleh pemerintah yang gila kuasa dan tamakkan harta. Saya cintakan Malaysia dan kalau boleh saya nak tengok Malaysia jadi seperti Madinah semasa nabi memerintahnya di mana nabi buat piagam Madinah untuk kepentingan bersama antara orang islam dan juga orang bukan islam. Madinah juga terdiri daripada masyarakat majmuk seperti ugak Malaysia.
Senario politik tanah air selalu saya ikuti perkembangannya. Saya boleh kata politik Malaysia tidak bersih. Kenapa? Ini kerana berdasarkan pemerhatian saya dan berlandaskan ilmu saya yang cetek ini, politik Malaysia agak kotor. Saya dapat lihat di mana cara pemerintahan, cara kerajaan deal dengan rakyat, cara kerajaan deal dengan parti pembangkang, cara pilihanraya dibuat, cara kerajaan mendoktrinkan rakyat, cara manipulasi akhbar yang hanya berat sebelah, cara media menyampaikan berita, cara media mempromosikan sesuatu agenda dan macam2 cara lagi yang selalu saya perhatikan.
Namun saya agak malang kerana belum ada kesempatan untuk masuk ke parlimen dan mendengar sidang dewan. Kalau boleh saya nak dengar fully daripada awal sehingga akhir bagaimana perdebatan ahli2 parlimen dalam memperjuangkan nasib rakyat. Saya kira mereka perlu telus dalam melaksanakan apa yang mereka janjikan bila musim pilihanraya tiba, baik pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil. Rakyat tidak buta dan rakyat juga tidak pekak malah mereka tidak bisu.
Janganlah kita mengulangi kesilapan Mustafa Kamal Ataturk, sebagaimana pepatah arab ada mengatakan "orang islam yang bijak tidak akan jatuh ke lubang biawak dua kail" so tepuk dada tanya iman, di mana kita letakkan islam yang kita anut. Adakah sekadar terperuk di masjid2, di madrasah2 atau sekadar dalam lipatan sejadah.
Kita manusia moden yang hidup dalam arus globalisasi bukannya manusia yang hidup di zaman batu dan menetap dalam gua. Kita hidup di bawah langit yang terbuka bukannya hidup di bawah tempurung seperti katak yang tidak tahu apa2.
Jadi, saya menyeru kepada semua, buatlah yang terbaik demi negara yang kita cinta ini dan demi agama yang kita anuti ini. Kita ada akal, kita boleh berfikir dengan bijak. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment