my playlists


Monday, December 14, 2009

Pertama kali..

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali aku mula kelas pukul 7am sepanjang aku menuntut di UIA ni. Semalam aku cek confirmation slip, aik? kelas aku pukul 7am pulak setiap selasa dan khamis! terkejut beruk sekejap. Macamana boleh jadi pukul 7am pulak sedangkan aku register hari khamis lepas, kelas pukul 8.30am. Dah la malam tadi aku jaga cc sampai pukul 12am, for sure akan bangun lewat. Aku dah mula risau, kalau macam ni payah la aku, silap-silap aku miss kelas ni. 

Tapi, alhamdulillah aku berjaya hadir kelas tadi walaupun aku terlewat 15 minit. Nasib baik Dr. Che Amnah tak marah. Patut la dia buat pukul 7am sebabnya 3org je yang register untuk subjek 'Contemporary Issues in Usul Al-Din' ni termasuklah aku, kami cuma dua perempuan dan seorang lelaki. Kelas buat kat bilik dia di level 4. Termengah2 aku pagi tadi bila sampai kat bilik dia sebabnya aku naik tangga, senaman hehe... 2 dalam 1.

Best belajar subjek ni! Mengikut sinopsis course yang Dr terangkan tadi, dlm subjek ni kami akan belajar pasal 'ism'2 macam pluralism, globalism, pasal revelation and reason dan jugak pasal globalization. Menarik! I like this subjek. Tadi Dr briefly lectured to us about trenscendent of unity religion, modernity, gerakan Muhammadiyyah di Indonesia dll. Aku malu kat Dr sebabnya aku kurang membaca tentang sufism ni, so bila Dr tanya tadi aku terkebil2 tak boleh nak jawab, thus dia pun memperli aku dengan bahasa yang paling halus agar aku tak terasa. Katanya kita kena banyak membaca, lagi pun Allah dah kata "iqra'" dalam kitabnya. Macam tu  lah lebih kurang dia memerli aku. Nampak sangat yang aku ni malas membaca, sedangkan Allah dah suruh kita baca tapi tak baca jugak..(Ainon... Ainon... Macamana kau nak jadi knowledgable, kalau membaca pun kau malas? Dulu kata nak jadi knowledgable person.)

Tepuk dada tanyalah iman masing2...

Kita orang Islam, tapi dari sudut ilmu kita agak ketinggalan berbanding orang2 barat. Orang barat sanggup belajar bahasa arab bertahun2, padahal tujuannya untuk menghancurkan Islam macam yang Orientalis buat. Tapi kita tak sampai tahap tu pun  kita belajar, so di mana kita? fikir-fikirkanlah... Kalau tak silap aku Kriemer belajar BA 30 tahun, beliau adalah salah seorang Orientalis yang bercita2 nak menghancurkan Islam, maka sebab itulah beliau belajar BA. So what our answer if people ask us to study? Kriemer belajar BA sebab nak hancurkan Islam selama 30 tahun, so macamana kita nak bangunkan Islam, sedangkan kita belajar tak sampai 20 tahun pn. Fikir2kanlah!  

No comments: