my playlists


Monday, October 26, 2009

Dr. Kamar Oniah

Bismillahirrahmanirrahim...

Dr. Kamar Oniah is the great lady that I ever know. Saya merasa cukup bertuah kerana diberi peluang menjadi pelajar kepada anak didik al-Faruqi ini walau pun untuk subjek beliau kali ke 3 ambil baru lulus huhuhu... Payah betul nak lulus subjek beliau ni, bukan sebab beliau 'killer lecturer' tapi entahlah maybe sebab standard yang diperlukan oleh beliau agak tinggi kot atau lain perkataan, kena qualification yang betul-betul tepat baru boleh lulus. Padahal subjek Study of Religion je pun yang saya ambil dengan beliau. Namun subjek ni agak luas la coz ia melibatkan 3 agama besar dunia iaitu Islam, Yahudi & Kristian. Tak pun mungkin sebab saya ni slow learner kot so tak dapat nak catch up sangat style beliau mengajar, mungkin barangkali. Tapi saya sangat seronok belajar dengan beliau because beliau bukan sahaja mengajar subjek SOR tu tapi beliau juga mengajar macamana untuk living in this world. Beliau jugak selalu mengajar agar pelajar-pelajarnya bijak membaca in between, maknanya kena bijak membaca yang tersirat di sebalik yang tersurat. Beliau juga tidak menggalakkan sangat kami membaca malay paper but she prefers to read english paper rather than malay paper. So think about it??? Why???

Beliau pada saya seorang wanita hebat. Ini kerana beliau selalu diundang untuk menyampaikan speech about Islam in other countries like Barcalona, Sydney and many more... Hehehe sory la dah 'campurisation' dah bahasa saya ni. Sepanjang pengetahuan saya tak ada lagi wanita melayu yang sehebat beliau, international punya class, yang boleh berdebat dengan paderi daripada agama lain. Kalau yang lelaki, yang saya tahu Ahmad Deedat tapi beliau bukan orang melayu, so fikir-fikirkan, di mana kita? Adakah sekadar hebat di pentas politik Malaysia atau sekadar hebat di kalangan melayu atau sekadar hebat sesama muslim dalam Malaysia? Bagaimana pula dengan non muslim/kafir zimmi? Adakah kita pernah menyampaikan Islam kepada mereka? Tepuk dada tanya iman, pasti ada jawapannya :)

Malaysia??? I still wondering until now. What Malaysia will be? now, I have no answer. Sepanjang pengamatan saya yang tidaklah terlalu criticism ini, saya tidak nampak acuan yang macamana yang kerajaan cuba bentukkan rakyat Malaysia hari ini. Tapi apa yang saya tahu, Malaysia bukanlah negara Islam, not the Islamic state in the sense of implementing the whole hukum syari'ah. Setahu saya, undang-undang kita berdasarkan Lord Ried yang mana ia absolutely law of man not the law of God. Ramai orang kata, kita masyarakat majmuk, so tak boleh laksanakan hukum hudud, why not? Kalau tengok dalam piagam Madinah tak ada masalah pun dengan masyarakat majmuk. Tak pun barangkali saya punya pengetahuan cetek lagi kot, so saya tak pandai nak baca apa yang orang lain baca tentang Malaysia. It could be...

Banyak la pulak nak tulis, karangan dah lari tajuk dah ni, confirm tak dapat markah penuh. Takpelah jumpa lain kali la pulak. Wassalam :)

Monday, October 19, 2009

Law of Attraction

Bismillahirrahmanirrahim

Law of attraction? Apa yang anda faham tentang law of attraction?

Law of attraction adalah hukum tarikan. Sebenarnya hukum tarikan ini berlaku setiap saat dalam hidup kita seharian, namun ia bergantung kepada vibration jenis apa yang kita hantarkan setiap saat tersebut sama ada positif atau pun negatif. Hukum tarikan ini adalah bedasarkan apa yang kita rasa bukannya pada apa yang kita cakapkan. Ini berdasarkan apa yang ditulis oleh Michael J. Losier di dalam bukunya 'Law of Attaction'.

Ia adalah suatu ilmu yang sangat menarik untuk diterokai. Formulanya seakan-akan law of gravity. Ia ada tarikan yang tersendiri dan kadang-kadang ia berlaku tanpa kita menyedarinya. Saya tunjukkan satu contoh mudah di sini, cuba anda perhatikan apa yang berlaku di sekeliling anda setaip hari, contohnya anda meminati sejenis kereta atau pun ia merupakan kereta idaman anda. Katakanlah kereta tersebut ialah HONDA CRV. So, setiap kali anda berada di jalan raya anda pasti akan terpandang honda crv di sekitar anda. Sebenarnya, apabila anda rasa anda menyukai honda crv, melalui rasa suka tersebut anda telah pun menghantar vibration kepada honda crv yang menyatakan anda menyukainya. Maka law of attraction aka hukum tarikan anda telah pun berlaku di mana anda telah menarik kereta tersebut ke arah anda. Ia seakan-akan kuasa magnet yang mampu menarik besi-besi ke arah magnet tersebut. Ini sekadar contoh mudah yang senang difahami.

Banyak lagi perkara lain yang sebenarnya termaktub dal;am hukum tarikan ini. Cuba kita perhatikan dan kajilah sendiri. Satu lagi contoh ialah apabila kita teringatkan seseorang sama ada orang yang kita suka atau pun benci. Kita telah pun menghantar vibration kepada orang tersebut dan kita pasti akan dapat responnya sama ada kita akan berjumpa dengannya atau pun dia akan menghubungi kita. Namun ia bergantung kepada kadar vibration aka getaran yang kita hantar kepadanya sama ada kuat atau sedikit.

So selamat mengkaji! tataa...




Saturday, October 17, 2009

Seronoknya hari ini...

Bismillahirrahmanirrahim...

Seronoknya hari ini...
Seronok sungguh aku rasa hari ini, gembira, suka dan yang sewaktu dengannyalah... Kenapa seronok sangat ni? Sebenarnya hari ini, aku dan kawan-kawanku telah mengadakan satu jamuan raya dengan kerjasama iPRISMA. Macam-macam makanan ada, penuh meja. Ada satey, nasi himpit, mee kari, soto, koktail, agar-agar, buah tembikai, buah oren, kueh-mueh & biskut raya dan macam-macam lagilah. Aku rasa seronok sangat sebab tengok para tetamu makan penuh berselera dan pelbagai pilihan makanan ada di hadapan mereka. Puas rasa hati bila tengok orang suka dengan apa yang kita sajikan buat mereka. hmmm... Alhamdulillah aku bersyukur padaMu Tuhan di atas ni'mat yang Engkau kurniakan kepada kami semua...

Hatiku tersenyum gembira bila...
Nak tahu kenapa hatiku boleh tersenyum gembira?... Sebabnya ialah dapat jumpa para sahabatku terutamanya Siti Nur Fatimah, suami & anak mereka Mujahid Solahuddin. Sebenarnya dah lama sangat aku dan timah tak makan bersama. Kalau dulu masa sebilik dulu, boleh kata setiap hari kami makan bersama, bergelak ketawa bersama, bersenda gurau bersama, bersuka dan kadangkala berduka bersama. Ada masanya kami baik dan adakalanya kami bermasam muka, biasalahkan hidup ni tak semuanya indah-indah belaka, ada masa ok dan ada masa ko...  So itulah part and partial of life. Daripada situ kita akan kenal siapa sahabat rapat kita, kita akan tahu siapa dia & bagaimana dia sebenarnya, so we MUST know how to adapt with them for the whole of our life. Hidup dengan hakikat & kebenaran dan tidak menyembunyikan sesuatu daripada kita. Alamak aih apa aku merapu ni...

Thanks a lot my friends because you all become part and partial of my life... You all are like rainbow in my days... Ok tatatititutu...see you all soon.
 

Monday, October 12, 2009

Congratulations!

Bismillahirrahmanirrahim

Congratulations! to all my friends who graduated and attended the convocation this session, october 2009. Tahniah dan mabruk alaikum. Jangan lupa kat kami yang belum grade ni ye, doakan kami yang masih lagi kat UIA ni agar dapat konvo tahun depan. 

Seronok sangat dapat meraikan sahabat semua pada majlis yang serba ringkas bersama ma'ruf club kat depan banquet cac semalam. Teruja nak konvo cepat hehehe... Suka sangat tengok sahabat semua gembira, malah ada yang berpeluh-peluh sampai dah cair semua make up bab kata bonda 'ain hehehe... Maklumlah cuaca panas pastu pulak terpaksa berbungkus dalam robe, maunye tak berpeluh-peluh, silap-silap boleh pengsan tuUu... 

Di samping tu, ada jugak yang datang bersama para suami dan para isteri. Hmmm... Mesti best kan bila suami/isteri turut sama meraikan kejayaan kita. Maklumlah pengantin baru la katakan, semua jalan berpimpin tangan... Jeles I! K lah jumpa lagi, ada kelas pulak ni.Wassalam

Friday, October 9, 2009

Best!!!

Bismillahirrahmanirrahim

Apa yang bestnya? Sebenarnya 7/10/09 ya'ni rabu malam yang lepas saya berpeluang mengikuti seminar jutawan anjuran PEOPLELOGY kelolaan saudara Irfan Khairi dan rakan-rakan beliau, BEST! Dah la masuk percuma, parking yang sepatutnya kena bayar rm12 pun free jugak, hehehe pak guard tak ambil sesen pun daripada saya. Seminar ni sebenarnya dibuat kat CITITEL HOTEL kat MidValley. Banyak ilmu berguna yang saya dapat, berpeluang duduk sebelah saudara Irfan pulak tu, hehehe terkena biasan orang hebat sikit. Insha Allah saya pun nak jadi hebat jugak. Banyak yang saudara Irfan kongsi terutama tentang perniagaan internet. Saya rasa macam nak cuba je, cuma tengah cari modal ni. Ada sape-sape sudi melabur ke???

Tapi saudara Irfan cakap nak bisnes melalui internet ni tak leh bisnes produk yang cepat rosak macam nasi lemak ke, nasi ayam ke, susah dan leceh la sikit. Biasa barangan yang orang jual melalui internet ni macam kerongsang, tudung, batik, buku dan lain-lain produk yang tahan lama. Aha boleh cuba ni. Lagi pun saya ada buat bisnes jual tudung secara kecil-kecilan. Ambil stok kat Kelantan, agak ok jugak la. Saya jual tudung yang sulam tangan tu, LAAAWA!!! Ada sape-sape yang berminat ke? Boleh la order dengan saya, harga boleh runding ;) Kerongsang pun saya ada jual jugak, yang berantai-rantai tu pun ada, COOOMEL!!! Tapi tak leh nak tunjuk kat sini sebab tak de gambar. Nanti next entry, saya cuba masukkan gambar pulak. Hehehe... Ilmu dah dapat kan, so apa lagi..... Jom! kita pakat meniaga melalui internet pulak :) Wassalam

Tuesday, October 6, 2009

Esok bermulanya...

Bismillahirrahmanirrahim

Esok adalah 8hb oktober 2009, bermulanya pesta konvokesyen di UIA di mana ia lebih glamour dengan nama 'convest'... Dijemput semua yang berkelapangan hadir untuk memeriahkan lagi convest ni kerana pelbagai aktiviti dan event2 yang hebat disediakan untuk para pengunjung. Ini termasuklah gerai-gerai makanan, gerai-gerai pakaian dan pelbagai gerai lagi disediakan sempena convest ni.

Rata-rata peniaga gerai ini adalah daripada kalangan pelajar UIA dan ada juga peniaga-peniaga dari luar. Inilah masanya, pelajar-pelajar yang meminati bidang perniagaan mengasah bakat mereka dalam bidang ini. Di samping itu, dapat juga menambah duit poket kerana kebiasaannya di hujung-hujung semester ni, ramai yang sengkek hehehe... Biasalah tu rutin seorang pelajar ni kadang-kadang memerlukan belanja yang besar terutamanya untuk membeli buku-buku dan nota-nota pelajaran termasuklah keperluan-keperluan lain yang diperlukan untuk melangsungkan kehidupan di alam kampus yang serba mencabar ini.

Orang yang tak pernah mengalaminya tak kan faham sepertimana orang yang melaluinya. Maksudnya, alam kampus ni tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai ranjau dan onak perlu ditempuhi sebelum diri berjaya bergelar seorang graduan. Justeru itu, hargailah degree yang kita dapat dan manfaatkan pesta konvokesyen ini sepenuhnya terutamanya bersama orang-orang yang selama ini telah banyak berkorban untuk kita iaitu tidak lain tidak bukan ialah ibu dan bapa kita. Hari konvokesyen ini adalah hari untuk mereka menyaksikan kejayaan anak-anak mereka menerima segulung ijazah. Hari untuk mereka tersenyum gembira melihat anak ke pentas menerima scroll.

Oleh itu, gembirakanlah hati insan-insan ini dengan apa yang kita capai itu. Wassalam...

Refresh

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat & salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W...
Salam kasih sayang khusus kepada sesiapa yang membaca blog ini.
Doa saya semoga kalian semua diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Sebelum saya mencoret lebih banyak lagi, izinkan saya menyusun 10 jari memohon maaf di atas kekhilafan diri ini.

Sudah lama benar saya tidak menjenguk blog ini, barangkali sudah kusam dimamah masa. Saya selama ni tidak berpeluang untuk menjenguk blog ini kerana beberapa masalah teknikal termasuklah terlupa password hehehe... Setelah beberapa kali mencuba tanpa berputus asa akhirnya saya berjaya mengingat kembali password saya, alhamdulillah...

Saya harap dapat refresh @ menyegarkan semula blog ini dengan coretan-coretan baru. inshaAllah.
















Monday, October 5, 2009

Apa cerita kat Bagan Pinang???

Bismillahirrahmanirrahim

Bagan Pinang oh Bagan Pinang...! Apa cerita ye kat BP sekarang? Saya dengar calon yang bertanding adalah Isa Samad (BN) & Zulkifley (PAS). Sibuk dengan assignment & presentation la sekarang ni, so tak sempat nak follow up isu kat BP ni... Sape-sape yang ada info, kongsi2 la yea. Wassalam.

Sunday, October 4, 2009

Syukur padaMu Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah... aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana telah membantu aku menyelesaikan masalah yang menghantuiku. Semoga aku lebih berhati-hati di lain masa bila berurusan dengan manusia. Akan aku jadikan ini sebagai pengajaran buatku. Menolong orang memang tidak salah, tetapi jangan sampai orang mempergunakan kita. Wassalam

Thursday, October 1, 2009

2 Oktober 2009: DON'T SIMPLY BELIEVE PEOPLE

Bismillahirrahmanirrahim

Today I just want to share my feeling with you all. Perhaps, it will help me to lighter my head. Actually, I faced a problem which was I thought that I had been cheated. A few months ago, a man from Pahang asked me to book booth for this coming CONVEST. The booth that he wanted was the full one, thus the price was RM1200, he promised to me to bank in the money into my account. Therefore, I had booked for him one booth but not using his money which the ammount was RM200. This was because he did not bank in the money into my account yet but I asked him the night before I booked, he said he want, so that's why I booked the booth from him using the money that I had.This happened two weeks before Hari Raya. But until now I did not recieved any money from him. Unfortunately, yesterday was the last day to make the full payment, but then I told the management committee to postpone the payment because of that reason. I did it due to several reasons which are if I cancelled the booth, I will lost the money (RM200), then last two night I called the man once again and the answer that I received was he still wanted that booth and once again he promised to me to bank in the money. However, I felt very sad yesterday because when I checked my account, the money was not there (If you all in my situation, how do you feel?). So, last night I cannot sleep because of thinking this problem. It really putting me in trouble. My mind spinning very fast because I tried to find any solution to settle this problem. I was a student, I did not have any permanent job yet, therefore I did not have money. The ammount of two hundred was too much to me. Thus, today I do not know how to do and what to do, I just leave it to Allah to help me out.

That's all I want to share with you all but one advice, don't simply believe people even though you know he or she. Wassalam.