my playlists


Monday, October 26, 2009

Dr. Kamar Oniah

Bismillahirrahmanirrahim...

Dr. Kamar Oniah is the great lady that I ever know. Saya merasa cukup bertuah kerana diberi peluang menjadi pelajar kepada anak didik al-Faruqi ini walau pun untuk subjek beliau kali ke 3 ambil baru lulus huhuhu... Payah betul nak lulus subjek beliau ni, bukan sebab beliau 'killer lecturer' tapi entahlah maybe sebab standard yang diperlukan oleh beliau agak tinggi kot atau lain perkataan, kena qualification yang betul-betul tepat baru boleh lulus. Padahal subjek Study of Religion je pun yang saya ambil dengan beliau. Namun subjek ni agak luas la coz ia melibatkan 3 agama besar dunia iaitu Islam, Yahudi & Kristian. Tak pun mungkin sebab saya ni slow learner kot so tak dapat nak catch up sangat style beliau mengajar, mungkin barangkali. Tapi saya sangat seronok belajar dengan beliau because beliau bukan sahaja mengajar subjek SOR tu tapi beliau juga mengajar macamana untuk living in this world. Beliau jugak selalu mengajar agar pelajar-pelajarnya bijak membaca in between, maknanya kena bijak membaca yang tersirat di sebalik yang tersurat. Beliau juga tidak menggalakkan sangat kami membaca malay paper but she prefers to read english paper rather than malay paper. So think about it??? Why???

Beliau pada saya seorang wanita hebat. Ini kerana beliau selalu diundang untuk menyampaikan speech about Islam in other countries like Barcalona, Sydney and many more... Hehehe sory la dah 'campurisation' dah bahasa saya ni. Sepanjang pengetahuan saya tak ada lagi wanita melayu yang sehebat beliau, international punya class, yang boleh berdebat dengan paderi daripada agama lain. Kalau yang lelaki, yang saya tahu Ahmad Deedat tapi beliau bukan orang melayu, so fikir-fikirkan, di mana kita? Adakah sekadar hebat di pentas politik Malaysia atau sekadar hebat di kalangan melayu atau sekadar hebat sesama muslim dalam Malaysia? Bagaimana pula dengan non muslim/kafir zimmi? Adakah kita pernah menyampaikan Islam kepada mereka? Tepuk dada tanya iman, pasti ada jawapannya :)

Malaysia??? I still wondering until now. What Malaysia will be? now, I have no answer. Sepanjang pengamatan saya yang tidaklah terlalu criticism ini, saya tidak nampak acuan yang macamana yang kerajaan cuba bentukkan rakyat Malaysia hari ini. Tapi apa yang saya tahu, Malaysia bukanlah negara Islam, not the Islamic state in the sense of implementing the whole hukum syari'ah. Setahu saya, undang-undang kita berdasarkan Lord Ried yang mana ia absolutely law of man not the law of God. Ramai orang kata, kita masyarakat majmuk, so tak boleh laksanakan hukum hudud, why not? Kalau tengok dalam piagam Madinah tak ada masalah pun dengan masyarakat majmuk. Tak pun barangkali saya punya pengetahuan cetek lagi kot, so saya tak pandai nak baca apa yang orang lain baca tentang Malaysia. It could be...

Banyak la pulak nak tulis, karangan dah lari tajuk dah ni, confirm tak dapat markah penuh. Takpelah jumpa lain kali la pulak. Wassalam :)

No comments: