my playlists


Tuesday, October 6, 2009

Esok bermulanya...

Bismillahirrahmanirrahim

Esok adalah 8hb oktober 2009, bermulanya pesta konvokesyen di UIA di mana ia lebih glamour dengan nama 'convest'... Dijemput semua yang berkelapangan hadir untuk memeriahkan lagi convest ni kerana pelbagai aktiviti dan event2 yang hebat disediakan untuk para pengunjung. Ini termasuklah gerai-gerai makanan, gerai-gerai pakaian dan pelbagai gerai lagi disediakan sempena convest ni.

Rata-rata peniaga gerai ini adalah daripada kalangan pelajar UIA dan ada juga peniaga-peniaga dari luar. Inilah masanya, pelajar-pelajar yang meminati bidang perniagaan mengasah bakat mereka dalam bidang ini. Di samping itu, dapat juga menambah duit poket kerana kebiasaannya di hujung-hujung semester ni, ramai yang sengkek hehehe... Biasalah tu rutin seorang pelajar ni kadang-kadang memerlukan belanja yang besar terutamanya untuk membeli buku-buku dan nota-nota pelajaran termasuklah keperluan-keperluan lain yang diperlukan untuk melangsungkan kehidupan di alam kampus yang serba mencabar ini.

Orang yang tak pernah mengalaminya tak kan faham sepertimana orang yang melaluinya. Maksudnya, alam kampus ni tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai ranjau dan onak perlu ditempuhi sebelum diri berjaya bergelar seorang graduan. Justeru itu, hargailah degree yang kita dapat dan manfaatkan pesta konvokesyen ini sepenuhnya terutamanya bersama orang-orang yang selama ini telah banyak berkorban untuk kita iaitu tidak lain tidak bukan ialah ibu dan bapa kita. Hari konvokesyen ini adalah hari untuk mereka menyaksikan kejayaan anak-anak mereka menerima segulung ijazah. Hari untuk mereka tersenyum gembira melihat anak ke pentas menerima scroll.

Oleh itu, gembirakanlah hati insan-insan ini dengan apa yang kita capai itu. Wassalam...

No comments: