my playlists


Saturday, October 17, 2009

Seronoknya hari ini...

Bismillahirrahmanirrahim...

Seronoknya hari ini...
Seronok sungguh aku rasa hari ini, gembira, suka dan yang sewaktu dengannyalah... Kenapa seronok sangat ni? Sebenarnya hari ini, aku dan kawan-kawanku telah mengadakan satu jamuan raya dengan kerjasama iPRISMA. Macam-macam makanan ada, penuh meja. Ada satey, nasi himpit, mee kari, soto, koktail, agar-agar, buah tembikai, buah oren, kueh-mueh & biskut raya dan macam-macam lagilah. Aku rasa seronok sangat sebab tengok para tetamu makan penuh berselera dan pelbagai pilihan makanan ada di hadapan mereka. Puas rasa hati bila tengok orang suka dengan apa yang kita sajikan buat mereka. hmmm... Alhamdulillah aku bersyukur padaMu Tuhan di atas ni'mat yang Engkau kurniakan kepada kami semua...

Hatiku tersenyum gembira bila...
Nak tahu kenapa hatiku boleh tersenyum gembira?... Sebabnya ialah dapat jumpa para sahabatku terutamanya Siti Nur Fatimah, suami & anak mereka Mujahid Solahuddin. Sebenarnya dah lama sangat aku dan timah tak makan bersama. Kalau dulu masa sebilik dulu, boleh kata setiap hari kami makan bersama, bergelak ketawa bersama, bersenda gurau bersama, bersuka dan kadangkala berduka bersama. Ada masanya kami baik dan adakalanya kami bermasam muka, biasalahkan hidup ni tak semuanya indah-indah belaka, ada masa ok dan ada masa ko...  So itulah part and partial of life. Daripada situ kita akan kenal siapa sahabat rapat kita, kita akan tahu siapa dia & bagaimana dia sebenarnya, so we MUST know how to adapt with them for the whole of our life. Hidup dengan hakikat & kebenaran dan tidak menyembunyikan sesuatu daripada kita. Alamak aih apa aku merapu ni...

Thanks a lot my friends because you all become part and partial of my life... You all are like rainbow in my days... Ok tatatititutu...see you all soon.
 

No comments: