my playlists


Monday, August 24, 2009

Boring Duk Jaga CC

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang jam telah menunjukkan angka 2, maknanya sudah pukul 2 pagi. huhuhu... aku sorang2 kat CC sebab semua customer dah keluar, tapi aku tak boleh keluar lagi sebabnya CC hanya boleh ditutup pada pukul 3 pagi. Well! Sabar ye Ainon. Kerja dengan orang kan so kena jujur dan amanah, kalau kerja sendiri tak pe, anytime boleh tutup. Biasalah orang nak belajar bekerja ni memang macam ni, kena kuat semangat kalau tak, kena terminate lah sudahnya. Cari rezeki halal tak pe, insha Allah berkat, tambah-tambah di bulan ramadhan yang mulia nih! :-)

Tapi duk sorang-sorang kat CC ni rasa semacam gak ek, rasa macam ada... eh tak delah. Hishhh ni kan bulan pose, hantu, syaitan dan jin semua dibelenggu dah. hehehe sebab Allah nak bagi kita buat ibadat dengan tenang lagi khusyuk, ye tak?

So, sekarang ni aku tengah mengira detik-detik yang berlalu, bilakah detik itu akan berhenti di nombor 3. Ya Allah... menguji kesabaran sungguh! Maklumlah aku tak biasa tidur lewat sebabnya malas nak ajar kerana aku ni pengidap gastrik tegar, eh tegar ke? tak kot, tapi agak teruk jugak la gastrik aku ni. Kalau dia menyerang, boleh muntah-muntah macam morning sickness tu. hadoyai serik! bila diingatkan. So, biasanya jam 12 udah nyenyak di kamar tidur hehehe...

Ni sebenarnya proses melatih diri sendiri agar boleh tahan lasak (dalam erti kata mata tahan ngantuk!) Hmmm... baru tahu ye, nak dapat duit ni bukan mudah, walau pun 10sen. Selalunya nak duit mintak kat mak, mintak kat ayah, minya kat abang, mintak kat kakak. Ha sekarang, pandai-pandai la cari duit sendiri. Baru tahu nilai walau pun duit 1 sen. Nak berbelanja tu 3x pikir, baru melangkah ke kedai. Bukan ape, berjimattt... hehehe...

Ya Allah... Betapa aku selama ni jarang bersyukur di atas nikmat yang Engkau berikan. Sekarang baru ku tahu betapa susahnya ayah dan ibuku dahulu untuk membesarkanku. Mak... Ayah... Halalkan makan minumku, halalkan perbelanjaan yang mak dan ayah berikan selama ni. Terima kasih mak, terima kasih ayah... Semoga Allah membalas pengorbanan kalian berdua. Betapa banyaknya keringat yang kalian curahkan untukku, untuk abang-abangku, untuk kakak-kakakku dan untuk adik-adikku. Kami sebagai anak-anakmu mak... ayah... rasanya tidak terbalas jasa kalian yang begitu besar itu. Namun 1 yang kami mampu berikan pada kalian, kegembiraan. ya kegembiraan... agar kalian gembira meniti hari-hari senja kalian. Ya Allah, ampuni dosa mak dan ayahku, rahmatilah hidup mereka, berkatilah hidup mereka. Amin ya Rabb...

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Hampir Tiba

Bismillahirrahmanirrahim...

Lagi 2 hari ramadhan akan tiba. Hmm... Rindunyer nak jumpa. Dah lama benar 'dia' tinggalkan kita semua ye. Bagi orang-orang yang beriman kehadiran Ramadhan sangatlah dialu-alukan kerana mereka teramat merinduinya. 'Dia' hadir membawa 1000 erti bagi yang tahu menilai dengan mata hati. Keberkatan yang dibawa bersamanya sangat didambakan oleh mu'minin dan mu'minat. Pelbagai rahmat dan begitu juga maghfirah ada di bulan ini. Justeru itu, rebutlah peluang keemasan ini agar kita tidak merasa rugi. Perbanyakkan amal dan juga sedekah jariah agar kita akan mengecapi nikmat memberi pada yang memerlukan. Sebenarnya, apabila kita memberi pada yang memerlukan kita akan merasakan satu nikmat yang luar biasa kerana kita dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh orang tersebut. Mungkin nasib mereka tidak sebaik nasib kita tetapi mereka juga berhak mengecapi nikmat hidup seperti yang kita rasai.

Kalau di zaman Umar Abdul Aziz, beliau mampu turun padang untuk sama-sama merasai apa yang rakyatnya alami, kenapa tidak kita juga berbuat begitu. Mungkin kita bukan pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara tetapi tidaklah salah kiranya kita berkongsi sedikit nikmat yang Allah kuniakan kepada kita. Mungkin hari ini kita senang tapi siapa tahu esok atau lusa kita pula yang akan susah, kita kena ingat ketentuan Allah itu pasti. Oleh itu, jangan terlalu merasa selesa dengan apa yang kita miliki hari ini. Rendahkanlah hati kita dan turunlah ke tanah serta pijaklah bumi agar kita tahu dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi. Kebahagiaan, kemewahan dan keselesaan yang kita ada hari ini belum tentu akan kekal bersama kita. Maka, kita kena sedar bahawa apa yang kita miliki itu cuma sekadar pinjaman daripada Yang Maha Memiliki. Apabila Dia ingin mengambilnya kembali, kita sudah tidak punya hak untuk menghalang hatta harta kita itu kita simpan dalam peti besi sekali pun.

Namun Allah sudah menjanjikan yang Dia akan memurahkan rezeki pada orang-orang yang suka membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhaiNya. Ingatlah kamu semua pada masa kaya sebelum miskin dan juga pada masa lapang sebelum masa sempit.

Justeru itu, sempena kedatangan ramadhan al-mubarak ini, saya mengajak diri saya dan juga sahabat-sahabat semua untuk sama-sama berlumba membuat kebaikan dan kebajikan agar ia boleh menjadi bekal buat kita di akhirat kelak. Wassalam.

Monday, August 17, 2009

Bila Ajal Dah Sampai...

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada petang ahad, tepat jam 5.30 petang aku bersama adik bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki my little cute kancil. Kami tiba di petronas Gua Musang lebih kurang pukul 7.00 malam. Pada mulanya aku yang memandu tetapi selepas trafic light Gua Musang adik aku pulak yang pandu kereta, aku risau jugak sebabnya dia new beginner, lesen pun tak ada lagi, tapi aku izinkan jugak. Ok, dia pandu... Tapi malam ni banyak la pulak lori besar-besar, hatiku bertambah gusar, adakah aku perlu take over atau bagi dia teruskan pemanduan. Nampaknya keadaan tidak mengizinkan dia meneruskan pemanduan kerana lori-lori besar makin banyak dan kawasan di situ pulak berbukit-bukit, jadi aku pun suruh dia berhenti dan aku pula yang pandu. Bukan tak nak bagi dia pandu, tapi bahaya!

Then, aku teruskan pemanduan macam biasa. masuk sempadan Pahang, masuk Merapoh dan seterusnya kami melalui daerah-daerah dalam negeri Pahang. Jalan sudah mula clear, adik aku sangat excited sebabnya dia baru pandai drive, so aku pun bagi kat dia balik, then aku relax kat sebelah jadi co-driver. Tapi aku kena alert, aku tak boleh leka, takut nanti padah yang menimpa. Dalam hatiku tak putus-putus berdoa, mohon Allah melindungi kami daripada sebarang musibah yang tidak diingini. Maklumlah hanya kami berdua sahaja yang menaiki kereta ni, pastu malam pulak, siapa tak risau kan... Kami meneruskan perjalanan sambil berbual-bual tentang kehidupan kami, semua topik ada, bab kahwin, bab cerai, bab keluarga, bab politik dll.

Masa kami nak bertolak tadi, mak ada bekalkan nasi dan jugak cempedak goreng. Perutku mula menyanyi, minta diisi. Aku tanya adik, "mu tak lapar ko?" dia cakap "dok lagi"... Pastu aku pun makan cempedak goreng untuk mengalas perut kerana adik tak nak berhenti makan lagi. Satu per satu aku kunyah, hmmm... sedap pulak cempedak ni. Aku pelawa kat adik, tapi dia tak nak, katanya tak lapar lagi, padahal dia tengah excited drive, so perut pun kenyanglah hahaha... Aku sudah maklum itu kerana aku pun pernah mengalaminya di satu ketika dulu.

So, dia pun terus drive sampailah di kawasan berbukit-bukit pulak. Aku tanya dia nak tukar tak, dia tak mahu. So aku kata. ok drive lah... buat keputusan berdasarkan keyakinan diri. Maksud aku kalau nak memotong, jangan takut-takut, kena yakin, kalau dah yakin terus potong, jangan teragak-agak. Alhamdulillah, aku boleh bagi 3 bintang kat dia. Aku jugak pesan, kalau rasa tak yakin, jangan potong dari awal lagi... Walaupun ada jugak detik-detik yang mencemaskan, namun keadaan masih lagi terkawal. Tapi aku kena alert 2 kali ganda daripada dia. Ada jugak satu ketika tu aku terpaksa tolak stereng ke kanan masa dia memotong lori katkawasan bukit sebabnya belum lepas lagi daripada lori dia dah membelok ke kiri, aku yang kat tepi kiri ni dah ngeri sebabnya nampak tayar lori dah dekat sangat. Nauzubillah... Mintak Allah jauhkan. So far Alhamdulillah Allah pelihara perjalanan kami. Tapi dia melenting jugak sekejap sebabnya dia terkejut dengan tindakan aku tu, but nevermind aku faham. So aku terangkan kat dia cara-cara nak memotong di kawasan berbukit. Kalau you all pernah guna laluan Kelantan- KL tentu you all maklum macamana keadaannya.

So, aku bagitahu kat dia jangan bawak laju-laju, 80km/j cukup. Malam ni agak bahaya, banyak lori besar begitu juga lori balak. So, dia teruskan pemanduan dengan berhati-hati, sehinggalah sampai di satu kawasan berbukit sebelum tol Bentong, jalan jadi jem. Aku suruh dia tukar gear daripada gear 5 ke gear 2. Dia sebenarnya kurang cekap dari segi nak tukar gear kadang-kadang aku yang tukarkan bila dia tekan clutch, tapi jaga stereng agak ok jugak la. Kereta-kereta di hadapan makin perlahan, aku pelik. Ooo... rupa-rupanya ada eksiden, kami nampak ada mayat kat atas jalan, kepala masih berhelmet, pastu nampak motor tersangkut kat belakang lori. Agaknya motor tu terlanggar lori, tapi rider sorang je kot yang nahas. Kami tengok sepintas lalu je sebabnya jalan agak sesak tapi ramai jugak yang berhenti kat tepi-tepi jalan. Kami berdua bersitighfar banyak-banyak dan dalam hati berdoa semoga Allah memelihara perjalanan kami sehingga kami sampai ke destinasi kami.

Bila ajal dah sampai, tak kiralah di mana kita berada, atas jalan ke, dalam rumah ke, tengah makan ke, tengah shooting ke, tengah rehearsal ke, maka kita kena akur yang masa kita telah tiba untuk menemui Rabb yang telah menjemput kita untuk bertemuNya. Wassalam...

Tuesday, August 11, 2009

Kadang2 aku mengeluh sendiri...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila masalah menyesak dada, kadang2 membuat aku mengeluh sendiri. Bila kita berkongsinya dengan seseorang, tetapi masalah tersebut tetap tidak selesai, so menyebabkan kita jadi buntu. Orang hanya boleh mendengar masalah kita tapi belum tentu boleh membantu menyelesaikannya, justeru itu tempat mengadu yang terbaik ialah kepada Yang Maha Mengetahui kerana Dia bisa merungkaikan segala-galanya. Dia tahu kenapa Dia berikan kita masalah tersebut, mungkin kerana Dia mahu kita dekat padaNya, so baru Dia akan bantu kita menyelesaikannya.

Kadang2 masalah orang pun akan jadi masalah kita kerana Allah nak kita belajar daripada masalah tersebut supaya kita senang untuk menjalani kehidupan yang mendatang. Bila ada masalah, kita sedih. Mungkin juga Allah nak kita merasa kesedihan tersebut kerana kita sudah lama tidak sedih dan kita sentiasa gembira yang menyebabkan hati kita mati. Itu juga mungkinkan? Atau pun Allah nak kita berfikir dan berzikir, berfikir kenapa masalah ini berlaku dan berzikir mengingatiNya supaya yang susah akan menjadi mudah, yang sukar akan menjadi senang...

So, fikir-fikirkanlah agar kita semua mendapat manfaat daripada apa yang kita lalui setiap hari dan setiap saat. K jumpa lagi, tataa...

KNOW YOUR POTENTIAL VIA BORN ENERGY

Bismillahirrahmanirrahim...

Actually this topic is related to the previous entry. What do you think when you read this topic? Do you aware about it or not?

Kenali potensi diri melalui tenaga kelahiran. Kita sebenarnya boleh mengenali potensi diri kita melalui tarikh lahir kita. Contohnya macam saya, saya punya nombor adalah 5, nombor lima merujuk kepada prinsip. Aha ini berdasarkan kaedah 'numerology' ye. Nombor lima juga dikaitkan dengan tanah. Nak tahu macamana saya dapat nombor 5 ni? Aha senang aje, kita tambah je kesemua nombor tarikh lahir kita tu, maka kita akan dapatlah nombor yang macam saya dapat ni. Apa, tak faham?

Macam ni, saya lahir pada 6/6/1982, so cara kiranya 6+6=12(1+2=3)+1+9=10(1+0=1)+8+2=10(1+0=1):3+1+1=5. Boleh kira tak? Oho kenapa 1+2? 1+2 tu sebabnya nombor ni tak boleh melebihi nombor 9, maksudnya hanya nombor sa sahaja yang dikira, so tu la sebabnya nombor itu dicampur. Ok sekarang dah fahamkan, so cuba kira kawan-kawan punya nombor berapa?

Ini cuma root number sahaja, belum lagi masuk yang combination two and combination three. So cuba kira yang ni dulu, untuk yang dua lagi tu kita belajar kemudian pulak ye :-)

Kaitan nombornya macam ni ye:

1-6: Besi/Logam
2-7: Air
3-8: Api
4-9: Kayu
5: Tanah

Boleh faham tak? 1&6 adalah besi/logam, 2&7 adalah air, 3&8 adalah api, 4&9 adalah kayu dan 5 adalah tanah. Pernah tengok cerita omputeh yang dia solve crime guna nombor tu tak? Basically cerita tu guna teknik inilah untuk mengesan penjenayah. Dia akan tengok tarikh lahir penjenayah (suspect), then akan menggunakan teknik numerology untuk mengesan di mana penjenayah tersebut berada. You see! by using the number people can solve the problem... hmm.. amazing right?!

Ok cukuplah dulu untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi. selamat mencuba! tataa...

Monday, August 10, 2009

NUMEROLOGY

Bismillahirrahmanirrahim...

Numerology? What do you think?
Is it sound nice or what?

Actually it is something related to the number...
But i learnt a new thing about the number and its relationship with the law of attraction, the law of gravity and also the law of gratitude from Puan Roslina bt Jantan @ Hussian. Hmm... I have something to share with you all but not now because i have another thing to do, so see you later. k tataa...

Thursday, August 6, 2009

Sayyidul Ayyam!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini hari jumaat (sayyidul ayyam)... kat UIAM ada tetamu 'istimewa' datang hari ini, PM datang tapi aku malas nak involve. Buatlah hal diorang, aku tak larat nak follow sebab badan tak berapa sihat, lagi pun hari ni pukul 10am aku ada 'academic briefing' untuk yang akan grad sem 2 nanti. Kesian kat aku, sepatutnya grad sem ni tapi disebabkan beberapa masalah aku grad sem depan, inshaAllah... Doa-doakanlah ye sahabat-sahabat.

Aku rasa elok jugak grad sem depan sebabnya tak adalah lama sangat tunggu 'scroll' nanti. Sem depan habis bulan 4, so convocation bulan 9 @ 10. Lagi pun academic advisor, br. Asri cakap kalau grad awal tapi tak ada scroll susah nak apply kerja atau pun nak minta jqaf kerana nak tak nak kena ada scroll dulu baru boleh apply... Justeru itu, tak ada la lama sangat aku tanam anggur nanti. hehehe...

Hmm... susah jugak ye kalau dah grad pun, bukannya at the dot boleh dapat kerja, kena follow step step dia pulak. Well! life is not easy...

Aha pagi tadikan aku tiba-tiba terfikir, ada ke ye manusia yang hidup kat dunia ni yang tak pernah sakit, tak pernah susah, tak pernah menderita dan yang sewaktu dengannya??? hmm... activated my neurons actually. faham tak maksud aku? maksudnya, kalau kita rajin berfikir, neuron atau pun sel kat dalam kepala otak kita ni akan aktif, so rajin-rajinkanlah berfikir ye agar kita punya neuron tu aktif dan tak beku macam ais...

Tapi berbalik pada pertanyaanku tadi tu, ada ke manusia macam tu? sepanjang pengetahuan aku, aku rasa tak ada, kecualilah firaun seorang sahaja. namun begitu aku masih lagi keliru, ye ke dia tak pernah sakit? even kena gigit semut pun tak pernah ke? but i have no answer, maybe someone can share about this with me? aku harap ada la sesape yang tahu tentang ni berkongsi ilmu denganku. maklumlah aku ni jahil, ilmu tak banyak.

Ok lah cukuplah dulu untuk kali ini, semoga berjumpa lagi. tataa...

Tuesday, August 4, 2009

philosophy of science

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmm aku baru saje habis kelas philosophy of science yang diajar oleh dr. isham pawang. fening jugak nak faham "how do you know that the world war II exist?" "was it true" "what if the history was lying?"... ha tak ke fening nak jawab tu.

Bukan tu saje, tapi kalau masuk bab epistemology @ theory of knowledge pun agak memeningkan nak faham. "what is the sources of knowledge?" "how particular moves to universal?" eg: i see a chair, ahmad also see a chair, is it my concept of chair similar to ahmad's concept? if yes, how and why?

Haa... agak-agak korang leh jawab tak? penerangannya lagi, object consists of a form + matter. "how do you know the form?" let say, a baby aisha is a woman and old lady ameena also a woman. so how do we know that aisha n ameena are woman? fuyyooo! make my mind berputar-putar nak cari jawapan. therefore kena la baca theory of knowledge by plato and aristotle. hmm... belajar ni best, daripada tak tahu kita jadi tahu. so what are you waiting for??? tataa...

Semalam

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam adalah birthday my best friend, 4 ogos... hmm dah jadi ibu pun dia pada 31 july yang lepas. alhamdulillah selamat dapat baby boy... nak tahu sape dia? tu gambar kat tepi tu yang pakai pakaian pengantin sebelah saya tu. nampaknya saya dapat anak buah lagi, awal bulan lepas dapat sorang, boy jugak tapi yang tu anak kakak kat johor. cian dia bersalin operate... anak sulung operate, no 2 pun operate jugak, xpe kak tu ujian untukmu, moga di sana ada ganjaranNya...

sebut pasal orang bersalin ni kadang-kadang membuat saya jadi takut dan gerun, hehehe one day saya pun kena tempuhinya jugak... gulp!!!

bulan lepas kawan saya meninggal bersalin anak sulung sebab bleeding banyak sangat. al fatihah buat beliau. anaknya alhamdulillah selamat. hmm macam-macam ye dugaan bersalin ni. "ya Allah aku pohon padaMu, janganlah aku diuji sebegitu kelak"...

tapi orang kata kalau mati bersalin insha Allah xda dosa... wallahu a'lam. by the way, itulah lumrah kehidupan kalau dah berkahwin pasti akan beranak pulak. so be prepared 4 that challenge. setiap orang ragamnya tak sama, karenahnya jugak berbeza, justeru itu pandai-pandailah pilih pasangan agar bila dah ada anak, bukan tanggungjawab ibu sorang je tapi ayah pun bertanggungjawab jugak. semoga anak-anak yang diamanahkan menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

anak-anak tersangatlah suci tapi ibu dan ayah merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka dengan warna-warna pilihan sama ada putih, hitam, hijau, biru, kuning, merah, jingga dan sebagainya. jadi, kalau anak kita degil so jangan salahkan mereka kerana kitalah sebenarnya yang membentuk mereka menjadi begitu... so fikir-fikirkanlah. tatatititutu...