Bismillahirrahmanirrahim...
Actually this topic is related to the previous entry. What do you think when you read this topic? Do you aware about it or not?
Kenali potensi diri melalui tenaga kelahiran. Kita sebenarnya boleh mengenali potensi diri kita melalui tarikh lahir kita. Contohnya macam saya, saya punya nombor adalah 5, nombor lima merujuk kepada prinsip. Aha ini berdasarkan kaedah 'numerology' ye. Nombor lima juga dikaitkan dengan tanah. Nak tahu macamana saya dapat nombor 5 ni? Aha senang aje, kita tambah je kesemua nombor tarikh lahir kita tu, maka kita akan dapatlah nombor yang macam saya dapat ni. Apa, tak faham?
Macam ni, saya lahir pada 6/6/1982, so cara kiranya 6+6=12(1+2=3)+1+9=10(1+0=1)+8+2=10(1+0=1):3+1+1=5. Boleh kira tak? Oho kenapa 1+2? 1+2 tu sebabnya nombor ni tak boleh melebihi nombor 9, maksudnya hanya nombor sa sahaja yang dikira, so tu la sebabnya nombor itu dicampur. Ok sekarang dah fahamkan, so cuba kira kawan-kawan punya nombor berapa?
Ini cuma root number sahaja, belum lagi masuk yang combination two and combination three. So cuba kira yang ni dulu, untuk yang dua lagi tu kita belajar kemudian pulak ye :-)
Kaitan nombornya macam ni ye:
1-6: Besi/Logam
2-7: Air
3-8: Api
4-9: Kayu
5: Tanah
Boleh faham tak? 1&6 adalah besi/logam, 2&7 adalah air, 3&8 adalah api, 4&9 adalah kayu dan 5 adalah tanah. Pernah tengok cerita omputeh yang dia solve crime guna nombor tu tak? Basically cerita tu guna teknik inilah untuk mengesan penjenayah. Dia akan tengok tarikh lahir penjenayah (suspect), then akan menggunakan teknik numerology untuk mengesan di mana penjenayah tersebut berada. You see! by using the number people can solve the problem... hmm.. amazing right?!
Ok cukuplah dulu untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi. selamat mencuba! tataa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment