my playlists


Tuesday, August 11, 2009

Kadang2 aku mengeluh sendiri...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila masalah menyesak dada, kadang2 membuat aku mengeluh sendiri. Bila kita berkongsinya dengan seseorang, tetapi masalah tersebut tetap tidak selesai, so menyebabkan kita jadi buntu. Orang hanya boleh mendengar masalah kita tapi belum tentu boleh membantu menyelesaikannya, justeru itu tempat mengadu yang terbaik ialah kepada Yang Maha Mengetahui kerana Dia bisa merungkaikan segala-galanya. Dia tahu kenapa Dia berikan kita masalah tersebut, mungkin kerana Dia mahu kita dekat padaNya, so baru Dia akan bantu kita menyelesaikannya.

Kadang2 masalah orang pun akan jadi masalah kita kerana Allah nak kita belajar daripada masalah tersebut supaya kita senang untuk menjalani kehidupan yang mendatang. Bila ada masalah, kita sedih. Mungkin juga Allah nak kita merasa kesedihan tersebut kerana kita sudah lama tidak sedih dan kita sentiasa gembira yang menyebabkan hati kita mati. Itu juga mungkinkan? Atau pun Allah nak kita berfikir dan berzikir, berfikir kenapa masalah ini berlaku dan berzikir mengingatiNya supaya yang susah akan menjadi mudah, yang sukar akan menjadi senang...

So, fikir-fikirkanlah agar kita semua mendapat manfaat daripada apa yang kita lalui setiap hari dan setiap saat. K jumpa lagi, tataa...

No comments: