Bismillahirrahmanirrahim...
Pada petang ahad, tepat jam 5.30 petang aku bersama adik bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki my little cute kancil. Kami tiba di petronas Gua Musang lebih kurang pukul 7.00 malam. Pada mulanya aku yang memandu tetapi selepas trafic light Gua Musang adik aku pulak yang pandu kereta, aku risau jugak sebabnya dia new beginner, lesen pun tak ada lagi, tapi aku izinkan jugak. Ok, dia pandu... Tapi malam ni banyak la pulak lori besar-besar, hatiku bertambah gusar, adakah aku perlu take over atau bagi dia teruskan pemanduan. Nampaknya keadaan tidak mengizinkan dia meneruskan pemanduan kerana lori-lori besar makin banyak dan kawasan di situ pulak berbukit-bukit, jadi aku pun suruh dia berhenti dan aku pula yang pandu. Bukan tak nak bagi dia pandu, tapi bahaya!
Then, aku teruskan pemanduan macam biasa. masuk sempadan Pahang, masuk Merapoh dan seterusnya kami melalui daerah-daerah dalam negeri Pahang. Jalan sudah mula clear, adik aku sangat excited sebabnya dia baru pandai drive, so aku pun bagi kat dia balik, then aku relax kat sebelah jadi co-driver. Tapi aku kena alert, aku tak boleh leka, takut nanti padah yang menimpa. Dalam hatiku tak putus-putus berdoa, mohon Allah melindungi kami daripada sebarang musibah yang tidak diingini. Maklumlah hanya kami berdua sahaja yang menaiki kereta ni, pastu malam pulak, siapa tak risau kan... Kami meneruskan perjalanan sambil berbual-bual tentang kehidupan kami, semua topik ada, bab kahwin, bab cerai, bab keluarga, bab politik dll.
Masa kami nak bertolak tadi, mak ada bekalkan nasi dan jugak cempedak goreng. Perutku mula menyanyi, minta diisi. Aku tanya adik, "mu tak lapar ko?" dia cakap "dok lagi"... Pastu aku pun makan cempedak goreng untuk mengalas perut kerana adik tak nak berhenti makan lagi. Satu per satu aku kunyah, hmmm... sedap pulak cempedak ni. Aku pelawa kat adik, tapi dia tak nak, katanya tak lapar lagi, padahal dia tengah excited drive, so perut pun kenyanglah hahaha... Aku sudah maklum itu kerana aku pun pernah mengalaminya di satu ketika dulu.
So, dia pun terus drive sampailah di kawasan berbukit-bukit pulak. Aku tanya dia nak tukar tak, dia tak mahu. So aku kata. ok drive lah... buat keputusan berdasarkan keyakinan diri. Maksud aku kalau nak memotong, jangan takut-takut, kena yakin, kalau dah yakin terus potong, jangan teragak-agak. Alhamdulillah, aku boleh bagi 3 bintang kat dia. Aku jugak pesan, kalau rasa tak yakin, jangan potong dari awal lagi... Walaupun ada jugak detik-detik yang mencemaskan, namun keadaan masih lagi terkawal. Tapi aku kena alert 2 kali ganda daripada dia. Ada jugak satu ketika tu aku terpaksa tolak stereng ke kanan masa dia memotong lori katkawasan bukit sebabnya belum lepas lagi daripada lori dia dah membelok ke kiri, aku yang kat tepi kiri ni dah ngeri sebabnya nampak tayar lori dah dekat sangat. Nauzubillah... Mintak Allah jauhkan. So far Alhamdulillah Allah pelihara perjalanan kami. Tapi dia melenting jugak sekejap sebabnya dia terkejut dengan tindakan aku tu, but nevermind aku faham. So aku terangkan kat dia cara-cara nak memotong di kawasan berbukit. Kalau you all pernah guna laluan Kelantan- KL tentu you all maklum macamana keadaannya.
So, aku bagitahu kat dia jangan bawak laju-laju, 80km/j cukup. Malam ni agak bahaya, banyak lori besar begitu juga lori balak. So, dia teruskan pemanduan dengan berhati-hati, sehinggalah sampai di satu kawasan berbukit sebelum tol Bentong, jalan jadi jem. Aku suruh dia tukar gear daripada gear 5 ke gear 2. Dia sebenarnya kurang cekap dari segi nak tukar gear kadang-kadang aku yang tukarkan bila dia tekan clutch, tapi jaga stereng agak ok jugak la. Kereta-kereta di hadapan makin perlahan, aku pelik. Ooo... rupa-rupanya ada eksiden, kami nampak ada mayat kat atas jalan, kepala masih berhelmet, pastu nampak motor tersangkut kat belakang lori. Agaknya motor tu terlanggar lori, tapi rider sorang je kot yang nahas. Kami tengok sepintas lalu je sebabnya jalan agak sesak tapi ramai jugak yang berhenti kat tepi-tepi jalan. Kami berdua bersitighfar banyak-banyak dan dalam hati berdoa semoga Allah memelihara perjalanan kami sehingga kami sampai ke destinasi kami.
Bila ajal dah sampai, tak kiralah di mana kita berada, atas jalan ke, dalam rumah ke, tengah makan ke, tengah shooting ke, tengah rehearsal ke, maka kita kena akur yang masa kita telah tiba untuk menemui Rabb yang telah menjemput kita untuk bertemuNya. Wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment