Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini hari jumaat (sayyidul ayyam)... kat UIAM ada tetamu 'istimewa' datang hari ini, PM datang tapi aku malas nak involve. Buatlah hal diorang, aku tak larat nak follow sebab badan tak berapa sihat, lagi pun hari ni pukul 10am aku ada 'academic briefing' untuk yang akan grad sem 2 nanti. Kesian kat aku, sepatutnya grad sem ni tapi disebabkan beberapa masalah aku grad sem depan, inshaAllah... Doa-doakanlah ye sahabat-sahabat.
Aku rasa elok jugak grad sem depan sebabnya tak adalah lama sangat tunggu 'scroll' nanti. Sem depan habis bulan 4, so convocation bulan 9 @ 10. Lagi pun academic advisor, br. Asri cakap kalau grad awal tapi tak ada scroll susah nak apply kerja atau pun nak minta jqaf kerana nak tak nak kena ada scroll dulu baru boleh apply... Justeru itu, tak ada la lama sangat aku tanam anggur nanti. hehehe...
Hmm... susah jugak ye kalau dah grad pun, bukannya at the dot boleh dapat kerja, kena follow step step dia pulak. Well! life is not easy...
Aha pagi tadikan aku tiba-tiba terfikir, ada ke ye manusia yang hidup kat dunia ni yang tak pernah sakit, tak pernah susah, tak pernah menderita dan yang sewaktu dengannya??? hmm... activated my neurons actually. faham tak maksud aku? maksudnya, kalau kita rajin berfikir, neuron atau pun sel kat dalam kepala otak kita ni akan aktif, so rajin-rajinkanlah berfikir ye agar kita punya neuron tu aktif dan tak beku macam ais...
Tapi berbalik pada pertanyaanku tadi tu, ada ke manusia macam tu? sepanjang pengetahuan aku, aku rasa tak ada, kecualilah firaun seorang sahaja. namun begitu aku masih lagi keliru, ye ke dia tak pernah sakit? even kena gigit semut pun tak pernah ke? but i have no answer, maybe someone can share about this with me? aku harap ada la sesape yang tahu tentang ni berkongsi ilmu denganku. maklumlah aku ni jahil, ilmu tak banyak.
Ok lah cukuplah dulu untuk kali ini, semoga berjumpa lagi. tataa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment