Bismillahirrahmanirrahim...
Semalam adalah birthday my best friend, 4 ogos... hmm dah jadi ibu pun dia pada 31 july yang lepas. alhamdulillah selamat dapat baby boy... nak tahu sape dia? tu gambar kat tepi tu yang pakai pakaian pengantin sebelah saya tu. nampaknya saya dapat anak buah lagi, awal bulan lepas dapat sorang, boy jugak tapi yang tu anak kakak kat johor. cian dia bersalin operate... anak sulung operate, no 2 pun operate jugak, xpe kak tu ujian untukmu, moga di sana ada ganjaranNya...
sebut pasal orang bersalin ni kadang-kadang membuat saya jadi takut dan gerun, hehehe one day saya pun kena tempuhinya jugak... gulp!!!
bulan lepas kawan saya meninggal bersalin anak sulung sebab bleeding banyak sangat. al fatihah buat beliau. anaknya alhamdulillah selamat. hmm macam-macam ye dugaan bersalin ni. "ya Allah aku pohon padaMu, janganlah aku diuji sebegitu kelak"...
tapi orang kata kalau mati bersalin insha Allah xda dosa... wallahu a'lam. by the way, itulah lumrah kehidupan kalau dah berkahwin pasti akan beranak pulak. so be prepared 4 that challenge. setiap orang ragamnya tak sama, karenahnya jugak berbeza, justeru itu pandai-pandailah pilih pasangan agar bila dah ada anak, bukan tanggungjawab ibu sorang je tapi ayah pun bertanggungjawab jugak. semoga anak-anak yang diamanahkan menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.
anak-anak tersangatlah suci tapi ibu dan ayah merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka dengan warna-warna pilihan sama ada putih, hitam, hijau, biru, kuning, merah, jingga dan sebagainya. jadi, kalau anak kita degil so jangan salahkan mereka kerana kitalah sebenarnya yang membentuk mereka menjadi begitu... so fikir-fikirkanlah. tatatititutu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment