Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana masih lagi memberi peluang kepadaku pada hari ini untuk melihat duniaNya yang indah ini dan masih lagi boleh bernafas dengan sempurna dengan udara kurniaanNya ini.
Aku harap sahabat-sahabat juga dapat menikmati apa yang aku nikmati ini dan semoga kita memperbanyakkan ucapan syukur kita kepadaNya di atas kasihNya yang tidak terbatas buat kita semua. Begitulah betapa pemurahnya Tuhan terhadap kita hamba-hambaNya di bumi ini. Oleh itu, sebagai tanda terima kasih kita kepadaNya, kita hendaklah memelihara dan menjaga nikmat-nikmat kurniaanNya sebaik mungkin agar esok hari dan seterusnya kita berpeluang lagi untuk menikmati apa yang kita nikmati hari ini.
Mindaku agak beku di pagi ini kerana aku sudah lama tidak menulis dan bercerita di blog ini, terasa ideaku kering kerana sudah agak lama tidak mengalirkan kata-kata dan ayat-ayat di sini. Namun aku berharap semoga hari ini menjadi pencetus bagiku untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas di sini.
Akhir kalam, aku memohon maaf daripada semua pembaca blog ini sekiranya aku ada menyinggung hati-hati kalian semua. Aku sedar yang diriku cukup kerdil dan tidak punya ilmu yang banyak. Oleh itu setiap teguran dan nasihat kalian semua terlalu aku dambakan. Ok aku berundur dulu, semoga kita berjumpa lagi. tataa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment