my playlists


Sunday, February 22, 2009

Hayati, gadis malang

Bismillahirrahmanirrahim...



Hmm... sebelum memulakan kembali kisah ini, saya nak suarakan rasa konfius saya kerana ada salah seorang pengunjung blog ini mengatakan hayati ini adalah saya. Saya tak taulah macamana dia boleh terfikir begitu. It might be right but it also can be wrong! Cerita ni sebenarnya memang kisah benar kehidupan seorang gadis yang malang.

Setelah melalui segala pahit maung yang menimpanya, akhirnya hayati memulakan persekolahan untuk tingkatan tiga. Di awal tahun hayati masih lagi belum menunjukkan perubahan yang ketara, namun beberapa bulan kemudian dia mula menampakkan perubahan. Setelah mendapat keputusan PMRU, dia mula ceria walaupun dia cuma mampu mandapat 1A sahaja dan yang lain2 ada B dan C. Keseluruhannya dia lulus walaupun tak cemerlang. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan yang menolongnya.

Di tingkatan tiga, hayati mula menjadi periang dan sentiasa ceria. Dia kembali rapat dengan kawan2nya, 4 orang semuany (Along, angah, alang & achiq). Achiq tu panggilan manja untuk hayati. Mereka berempat sangatlah rapat dan sekepala. Kalau dalam kelas. along duduk dgn alang dan angah duduk dgn achiq. Mereka sebtiasa gembira dan selalu berkongsi cerita. Along paling lawa sebab dia paling tinggi dan paling putih. Manakala yang bertiga tu sederhana sahaja tapi comel-comel semuanya. Hayati ni bukan sahaja berubah menjadi ceria dan periang tapi dia ter'over' sikit. Dah terlebih dah dia punya ceria dan ramahnya tu. Sampaikan kenakalannya menjadi perhatian cikgu2 sekolah. Dah la mereka berempat ni yang paling top dalam kelas, paling glamorlah katakan. Suka buat kacau dan suka 'havoc2' dalam kelas, pendek kata kalau diorang tak de, senyap dan sunyilah kelas tu.

Hayati ni ada seorang kakak kat tingkatan 5 dan jugak seorang adik kat tingkatan 1. Tapi hayati pergi sekolah berasingan, dia tak pergi dgn kakak dan adiknya kerana diorang berdua tu pergi dgn motor, manakala hayati pergi dgn kereta (org yg selalu angkut budak sekolah). Oleh sebab itu, hubungan hayati dan kakak serta adiknya kurang rapat disebabkan mereka jarang bersama. Tetapi kakak dan adiknya cukup kamcing dan sporting. Terkadang hayati cemburu pada mereka berdua tapi dia hanya memendamnya sahaj di dalam hati tanpa meluahkannya, kalau pun dia bercerita, dia hanay bercerita kepada angah sahaja, orang yang paling rapat dengannya dan paling memahaminya.

Semasa di tingkatan 3, hayati ni sangat terer matematik. Kalau diberikan kerja matematik oleh gurunya, dengan pantas hayati akan menyelesaikannya. Dia jugak terer bahasa arab terutamanya 'nahu'. cekap betul kalau disuruh i'rab2 tu tapi bab karangan kurang sikit sebabnya 'vocab' tak banyak. Hmm... Bagus jugak hayati ni yer. Dia bercita2 nak kalahkan 'result' PMR abangnya yang sudah pun berumur 20tahun ketika itu. Abangnya mendapat A dalam 3subject, jadi dia cuba untuk dapatkan lebih banyak A daripada abangnya itu. Dia tak pernah menjadikan kakaknya sebagai kayu ukur disebabkan kakaknya sedikit lemah berbandingnya dan jugak abangnya.

Kawan baik hayati, angah ni sebebarnya anak bongsu perempuan dalam keluarganya. Angah ni tersangatlah baik dgn hayati, segala2nya mereka berkongsi berdua, masalah keluarga, masalah pelajaran dan lain2 termasuklah masalah 'coupling'. Angah ni pada masa tu ada minat kat seorang budak lelaki di tingkatan 2, dan hayati mengenalinya. Budak tu ok jugak, hitam manis. Tapi sebenarnya hayati tak berapa setuju dgn angah sebab minat kat budak yang lebih muda. Namun, dia tak nak melukakan hati angah, so dia senyap ajelah dan tak menyuarakan apa yang dia rasa itu. Kalau ikutkan, angah kata dia cuma nak buat adik angkat je. Tak lebih daripada tu.

Alamak! dah kul 1 lebih dah.... so saya kena stop dulu, nanti kita sambung yer.. k tataaa.. c u later :-)


Wednesday, February 18, 2009

Sambungan-Hayati

Bismillahirrahmanirrahim.

Ok hari ni saya nak sambung cerita Hayati...

Kesian kan kat Hayati ni dalam usia yang begitu mentah dia dah pun terkena deep depression ni. Setiap hari dia cuba menghafal untuk subjek2 yang akan masuk exam, tapi satu apa pun dia tak dapat nak ingat. Mata di buku tapi fikirannya menerawang entah ke mana2. Setiap hari begitulah apa yang dilalui dan dialaminya sehinggalah exam hampir tiba tapi, trial exam la. Setelah tiba hari kejadian dia tidak dapat perfom well, dia jawab exam sekadar termampu aje. Walhasilnya result trial dia memang teruk tapi tak lah teruk sangat. Then dia continue study dan mengahafal, namun apa yang dibaca dan dihafalnya cuma sedikit sahaj yang dapat masuk ke memory nya dan yang lain2 banyak yang mencapah keluar dan terbias ke tepi. Dia mula menjauhkan diri daripada kawan2, dia jadi penyenyap dan tak banyak karenah. Apa yang dia buat kat sekolah kalau cikgu tak masuk kelas ialah buka buku, baca dan hafal tanpa memahami isi kandungan buku tersebut. Antara buku2nya seperti tauhid, fiqh, sirah nabi, nahu, soraf, hadith, mutalaah, dan sebagainya. Itulah ujian Allah untuk dia.

Disebabkan kejadian itu, dia mula hilang kawan dan kawan2 mula memerli dan menjauhkan diri daripadanya. Akhirnya, setelah exam yang sebenarnya tiba, dia tak sihat, kondisi kesihatannya agak teruk. Dia jadi berhingus, demam, mudah terjaga bila tidur, tidurnya juga kadang2 tak lena, dia sangat dihantui oleh exam yang sedang didudukinya itu, tak lalu makan, jadi nervous, emosinya tak stabil dan serba macam rasa lagi yang dirasainya termasuk mangalami sembelit. Ya Allah..... Kesian sungguh dekat Hayati ni. Dah la budak lagi pastu terkena macam tu pulak, so dia tak pandai nak control semua tu. Tambahan pula tak ada yang sudi tampil membantu, maka semakin tragis keadaannya. Sampaikan satu hari, matanya tiba2 jadi kabur dan tak dapat melihat dengan jelas walaupun dalam jarak yang dekat. Ini disebabkan dia terlalu banyak membaca dan menghafal dalam cahaya lampu mentol bulat yang cahayanya merah@orange, yang sebenarnya amat tak sesuai untuk mata. Bila menyedari matanya mula kabur, dia pun menghentikan aktiviti menghafal di sebelah malam dan mula merehatkan matanya, di samping itu, setiap kali n=bangun pagi, dia akan memandang objek2 yang berwarna hijau seperti rumupu2 dan daun2 pokok disekelililngnya. Ini kerana dia tahu kehijauan pokok dan daun2 boleh memulihkan mata yang kabur walaupun tidak 100%.

Rentetan daripada itu, alhamdulillah matanya kembali pulih tetapi tidaklah secerah dulu lagi. Apabila tahun tersebut berakhir, maka sekolah pun cuti dan dia cuba untuk merawat dirinya kembali. Dia juga tersangat bimbang sekirany kiamat berlaku dalam tempoh tersebut kerana pada tahun tersebut, jerebu @ asap tebal telah pun terjadi pada tahun itu. Dia selalu dengar ayahnya baca kitab tentang tanda2 kiamat, di mana salah satunya ialah asap tebal muncul. Maka dia tersangat bimbang dan takut untuk menghadapi kiamat kerana dia sangat tidak bersedia. Lagi pun dia cukup maklum di mana bila kaimat terjadi, yakjuj makjuj muncul untuk menyesatkan ummat Muhammad, keadaan bila kiamat terjadi juga tersangatlah dahsyat di mana semua orang tak kan hirau pada orang lain lagi kecuali berfikir untuk menyelamatkan diri sendiri sahaja. Bukit bukau, gunung ganang akan tunggang terbalik, langit2 akan berjatuhan dan semua makhluk akan bertaburan dan berselerakan. Wuss! Sangat tak terbayangkan saat itu!

Di rumah juga dia mula beralah dengan adik beradiknya terutamanya dengan kakak yang di atasnya dan juga adik yang di bawahnya, diorang beza 2tahun, atas dan bawah. Setiap kerja rumah kalau emaknya tak ada, dia akan buat kerana tak nak bertekak dengan kakak dan adiknya seperti masak nasi, masak air, basuh pinggan, dan yang sewaktu dengannya. Dia tidak pasti sama ada keluarganya menyedari atau tidak apa yang dialaminya itu, tapi jauh di dasar hatinya dia sangat mendambakan agar emaknya dapat membantunya namun dia kecewa kerana emaknya tak pernah bertanya dan tak pernah untuk cuba menyelami hatinya. Namun dia pasrah dan reda dengan apa yang berlaku, tetapi dalam masa yang sama, dia masih kabur tentang erti qada' dan qadar Allah. Rukun iman yang ke enam itu walaupun telah dihafalnya sejak di sekolah PASTI lagi tapi dia tak faham maknanya dalam erti kata yang sebenarnya.

Stop dulu ye... nanti sambung lagi. Ok tataa.. c u soon!

Tuesday, February 17, 2009

Kongsi

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah lama tidak update blog ni, maka hari ini ingin aku berkongsi dengan para sahabat semua sebuah cerita. Terpulanglah pada para sahabat untuk menilai cerita ini.

Kisahnya bermula di ketika seorang gadis yang tengah menginjak usia remaja dalam lingkungan umur 15 tahun. Gadis ini ku namakannya Hayati kerana nama ini sedap didengari dan mudah disebut. Dia seorang gadis yang baik dan agak pemalu. Ketika usianya 15 tahun ini, dia masih lagi bersekolah dan berada di tingkatan dua kerana bersekolah di sekolah agama aliran arab, maka ada peralihan sebelum tingkatan satu. Tingkatan dua, biasanya pada umur ini, ramai yang masih belum matang dan masih lagi berperangai seperti budak-budak. Ini termasuklah Hayati, dia masih lagi belum matang dan belum juga mencecah usia baligh. Mungkin dia jenis yang kebudak-budakan sikit, maka lambat matang agaknya. Tapi itu bukan persoalannya di sini, cuma ia berkait sedikit sebanyak dengan perjalanan hidupnya di ketika usia 15 tahun ini.

Sebenarnya bermula tahun ini, Hayati akan menduduki satu peperiksaan besar iaitu PMRU. Peperiksaan ini untuk pelajar-pelajar tingkatan 2 di SMUA YIK, mereka diwajibkan mengambil PMRU sebelum PMR. Di sinilah bermulanya kisah sedih hayati. PMRU ni semua subjeknya dalam bahasa arab kecuali BI dan BM sahaja. Justeru itu, Hayati perlulah mnghafal semua subjek yang akan masuk peperiksaan tersebut. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah Hayati ni daya ingatannya kurang sedikit jika dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain... Itulah orang kata, Allah bagi kat hambaNya kelebihan dan kelemahan supaya hamba-hambaNya tahu bersyukur dan reda dengan apa yang telah dianugerahkan olehNya kepada hamba-hambaNya itu.

Pada awalnya, Hayati sama macam kawan-kawannya yang lain jugak, happy, ceria, 'galok' dan yang sewaktu dengannya. Namun segalanya berubah apabila 'trial exam' PMRU semakin hampir. Sebenarnya Hayati terlalu 'obsess' dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya itu. (betul ke penggunaan obsess tu??? nak cakapnya dia teramat-amat menjiwai peperiksaan tersebut.). Namun disebabkan daya ingatannya yang kurang hebat itu telah memberikan impak yang buruk kepada dirinya kerana dia berfikir secara negatif bukan positif. Sebenarnya, mungkin teknik hafalannya sahaja yang salah tapi bukannya daya ingatan yang lemah. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya semasa dia peralihan, dia berada di 'ranking' ke 2 dalam kelas, peperiksaan awal tahun dan jgk peperiksaan akhir tahun, nah! bukan ke dia seorang yang hebat sebenarnya. Ini kerana telah terbukti kejayaannya itu.

Namun saya kira Hayati masih belum masak dengan dunianya, dia tidak pandai hendak menilai potensi dirinya, dia tidak pandai menguruskan masanya, dia tidak pandai mengatur jadual hidupnya. Ini mungkin kerana dia hidup dan membesar dalam keluarga yang sederhana dan tinggal pulak di kampung yang agak terpencil. Jadi, pergaulannya terhad, sosialisasinya juga terbatas. Mungkin inilah anatra faktor yang telah menjebakkan Hayati ke dalam dilema yang dihadapinya di usianya 15 tahun ini.

Sebenarnya apa yang telah berlaku pada Hayati???

Ceritanya cukup sedih, sebenarnya Hayati telah terjebak dalam 'deep depression' @ bahasa melayunya tekanan perasaan yang sangat mendalam. Cuba bayangkan di usia 15 tahun, seorang gadis yang sedang menginjak usia remaja telah terjebak dalam tekana perasaan yang sangat hebat. Sudah tentu pelajarannya terjejas teruk, malah hidupnya juga pasti tunggang terbalik. Hmmm.. Sedih ye apa yang telah dialami oleh Hayati ni. Di kala usianya sedang menyelusuri tempoh untuk menjadi matang, Allah ujinya dengan ujian yang agak berat itu.

Apa assumption anda terhadap Hayati? & apa sebenarnya peristiwa pahit yang Hayati telah alami dan tempuhi itu?

Ok! Saya sambung cerita Hayati....

Dalam tempoh trial exam dah hampir tu, Hayati mula membuat persediaan dengan menghafal subjek-subjeknya sedikit demi sedikit. Tetapi sebenarnya minda Hayati sudah hampir 3/4 dikuasai oleh pemikiran negatif, di mana dia menganggap dirinya lemah dan bodoh. Dia sudah berputus asa sebelum mencuba. Oleh sebab itu pemikiran negatif ini telah pun menguasai hampir keseluruhan minda Hayati. Jadi, apa yang dia baca dan hafal sudah tidak mampu lagi untuk masuk ke dalam mindanya yang sudah pun dipenuhi oleh negative thinking itu. Dalam bahasa mudahnya, minda Hayati telah tepu dengan negative thinking tersebut. Lama-kelamaan, Hayati berubah personaliti, daripada seorang yang ceria berubah menjadi murung, daripada seorang yang happy menjadi pendiam, daripada seorang yang 'galok' menjadi sunyi dan sepi....

Aha! dahsyat juga kan kalau dah terkena 'deep depression' ni, yang 6 boleh jadi 9, terbalik terus, "opposite" or "vice versa"... Emm... saya sambung nantilah ye kisah Hayati ni sebabnya ada hal la pulak ni. Ok tataa semua... jumpa lagi..!


Tuesday, February 10, 2009

Tengah Excited nih!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya sebenarnya tengah excited sangat ni nak menulis sebabnya dah lama saya tak posting disebabkan kesibukan yang semakin menggila-gila, aduhhh! ayatku kasarnya, tak pe sekali sekala. Actually saya baru sahaja selesai menduduki exam developmental psychology pada jam 8.55pm lebih kurang. Sepatutnya kena hantar jam 9.10pm tapi saya dah tak tahu nak jawap apa lagi dah, kepala dah jammed sebab perut lapar, tadi tak sempat nak makan sebab makanan tak siap lagi. Dah la study last minute, satu amalan yang tak sepatutnya diamalkan. Emm... nasib baiklah madam bagi soalan yang moderate, so bolehlah jawab sekadar apa yang ada dalam kepala. Antara soalannya, 'compare the developmental of human from life-span perspective and islamic perspective' (esei). Alhamdulillah boleh la jawab seadanya, dicampur dengan 20 soalan MCQ and 1 soalan short answer (heredity and environment interaction). Fuhhh! lega nasib baik yang masuk tu semuanya sempat dibaca selepas jam 6.30pm tadi hingga jam 7.10pm, kalau tak hancus saya. Markah dah la 20%. Alhamdulillah Allah tolong saya.

Ok habis bab midterm exam, sebenarnya saya ada banyak benda yang nak tulis ni tapi perut saya dah minta diisi, ok sabar ye perutku sayang, sikit je lagi.

Walaupun tak sempat nak posting apa-apa, namun saya masih berkesempatan visit blog-blog sahabat yang seangkatan. Antaranya blog akh Dzul Khairi, blog Us Syaari, blog Az-Zahir, blog Helmi, blog Abg Amin Idris, blog sekolahku tercinta dan beberapa blog lagi yang tak larat saya nak tulis semua kat sini. Namun antara blog-blog tersebut yang paling menarik perhatian saya ialah blog akh Dzul Khairi. Hmm... Macam-macam isu kat blog akh kita ni dan yang paling hangat pada pengamatan saya ialah tentang isu silibus usrah dan juga tentang isu insyirah. He3x.. Setelah membaca tentang insyirah tu, barulah saya tahu akh kita ni jenis yang macamana. Tapi terpulang la kan, macamana orang akan menilai kita, lagi pun ia berdasarkan apa yang kita tulis dan apa yang kita bawa. Bukannya hentam semberono atau bukannya judge sembarangan.

Ishhh... Banyak lagi ni nak kongsi, tapi tak pelah kita jumpa lain kali pulaklah. Ok tataa... C you soon :-)

Thursday, February 5, 2009

Midterm Examination Period!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Aha! Sekarang ni musim midterm exam kt UIA ni. Saya dah terlepas satu, tasawwuf. Tak dapat nak ambil sebab tak datang kelas tadi coz kesihatan tak mengizinkan. Insha Allah nanti ambil sorang2 la kat office lecturer.

Tapi sebenarnya bukan saje midterm exam period sekarang ni but time to submit assiignments too. Alhamdulillah... Saya dah submit satu hari ni, Islam & Psychology. Buat partner dengan Intan Diyana, my ex-naqibah. Walaupun menghadapi pelbagai masalah tapi at the end dalam pukul 10.45am lebih kurang settle semua dan dah submit kat bilik Dr. Alizi Alias, seorang lecturer yang amat tegas dan punctual. Sebenarnya dia suruh submit kat kelas pukul 8am tapi disebabkan masalah tiba2 muncul, so lewatlah submitnya. Confirm kena deduct 2marks. Tapi tak pelah sebab bukan kita pinta pun masalah datang.

Namun saya tersangatlah exhausted hari ini sebabnya malam tadi tidur pukul 3.30am, pastu saya demam & batuk pulak. But then, petang tadi dapatlah qada' tidur balik, pukul 6.50pm baru terjaga. Bila dapat rehat yang cukup ni, barulah terasa segar sikit badan walaupun batuk masih lagi mendampingi saya. Sayang kot nak berpisah dengan saya sebabnya dah lama benar batuk tak 'datang jenguk' tekak saya. He6x...

Ok saya berhenti dulu sebabnya ada meeting ni, 9.15pm. Ok see you guys in the next entry! Tataa...

Wednesday, February 4, 2009

Romantiknyerrr sogho kawe he3x...

Bismillahirrahmanirrahim.

Uhuk2x! Aduhhh mak batuk la plak. Sampaikan sogho kawe jadi tersangat la romantik dan serak2 basah gitu. Hmm... Sayang sungguh Allah ko kawe, mace2 ujian Dio turunkan untuk kawe supayo kawe tak besar diri, supayo kawe sedar kediri yang kawe ni sebenarnya sangat lemah dan tok leh pun nak lawe kuaso Tuhe @ menidakkan kudratNya.

Emm... Beraso insaf la plok. Kito ni tak dok gapo pun kalu dea Allah tarik ni'mat dio gak. Nak kecek tok leh, dea sogho tak dok gak, nak make tokleh dea sakit dale mulut gak (ulser), nak study tokleh dea deme gak, nak tido pun tok seleso, tok jenegho, pahtu plok kalu muntah, lagi la sekso, lembik kediri geh jadinyo. Tapi hok tulah hok kawe duk alami sekare ni, hu3x... 'Sobar bbanyok deh Ainon, demo keno kuat. Dah la demo tu lo ni ore lantik jadi S/U untuk MB S02. So, demo keno kuatkan semangat supayo demo tak collapse supo hak demo penoh alami maso sem 2 tahun lepas'

Ehem2x... Bbetul sogho dulu! Fuhhh..! Berat jugak deh tanggungjawab nih, dah la tempohnya panjang, hingga ke akhir hayat tuUu... Tapi tak po, InshaAllah kawe buleh tapi kawe keno ado sokonge daripado AB kawe semuo especially AB S02. Kawe saye AB kawe yang sangat memahami itu. Payoh doh nok caghi AB hok komited dan hebat2 mace AB kawe ni, 1 dale 1000000000 kaleh.

Ok lah sambung semula la plok coz ado kijo ni. k tataa...

Tuesday, February 3, 2009

Murahnya rezekiku hari ini :-)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah... Syukur pada Tuhan kerana memberikanku rezeki yang banyak pada hari ini. Sebenarnya aku baru saje balik dari pejabat pos Gombak ni, p amik duit ayah kirim he6x... Sayang sungguh ayah kat anak dia yang sorang nih, sanggup dia kirim duit banyak-banyak untukku. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUATMU AYAHKU YANG KU SAYANGI DUNIA & AKHIRAT... NAMUN TIDAK LUPA JUGA BUAT EMAKKU YANG TERCINTA.

Aku tahu betapa besarnya pengobanan kalian di dalam membesarkanku kerana akulah anak yang paling banyak karenah & selalu meninbulkan bermacam-macam masalah dalam family. Namun ketahuilah ayah & emakku sebenarnya aku tidak pernah terniat untuk melukakan hati kalian apatah lagi untuk mencalarnya kerana ku tahu, tanpa kalian siapalah aku. Mungkin aku tidak akan wujud di dunia yang fana ini. SEKALI LAGI JUTAAN TERIMA KASIH BUAT KALINA KERANA TELAH MENGHADIRKANKU KE DUNIA YANG SERBA INDAH INI. Dapat juga aku mengecapi ni'mat TUHAN yang tersangatlah banyak ini sehinggakan aku tidak lagi mampu untuk menghitungnya. Namun aku akan sentaisa bersyukur dengan apa yang ALLAH telah kurniakan kepadaku. ALHAMDULILLAH, segala puji bagi ALLAH yang mentadbir dan mengatur alam ini.

Walaupun pada minggu lepas aku telah ditimpa musibah tetapi pada minggu ini hatiku cukup terubat dengan segala ni;mat yang ALLAH telah berikan kepadaku di mana ALLAH telah membuka jalan keluar untukku dan mempermudahkan segala urusanku, THANKS to GOD! InshaAllah aku akan memulakan satu bisnes dalam masa terdekat ni. Semoga Allah membantuku di dalam melancarkan segala perancanganku ini, Insha Allah Taala.

Ok see you next time guys! coz I've to go now. Tataa... Semoga bertemu lagi!!! ;-)

Monday, February 2, 2009

Syukur kepadaNya

Alhamdulillah... Allah telah memudahkan urusan saya dalam menyelesaikan masalah accident baru-baru ni. Namun begitu saya terpaksa membayar gantirugi sebanyak RM470 di atas kecuaian saya itu. But it is not too bad, because this is as a pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati di masa akan datang. Musibah, kalau hendak menimpa kita, takkan ada signal terlebih dahulu but kitalah yamg kena sentiasa be alert and be careful especially whenever we are on the road. It is too risky for us if we are careless. Therefore, kepada sahabat-sahabat dan para pengunjung blog yang tercinta ini, take my experience as pengajaran dan sempadan untuk korang semua. Supaya korang tidak mengalami nasib yang sama denganku.

Ok cukuplah sekadar itu, semoga bersua lagi di lain masa... Tataa...