Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah lama tidak update blog ni, maka hari ini ingin aku berkongsi dengan para sahabat semua sebuah cerita. Terpulanglah pada para sahabat untuk menilai cerita ini.
Kisahnya bermula di ketika seorang gadis yang tengah menginjak usia remaja dalam lingkungan umur 15 tahun. Gadis ini ku namakannya Hayati kerana nama ini sedap didengari dan mudah disebut. Dia seorang gadis yang baik dan agak pemalu. Ketika usianya 15 tahun ini, dia masih lagi bersekolah dan berada di tingkatan dua kerana bersekolah di sekolah agama aliran arab, maka ada peralihan sebelum tingkatan satu. Tingkatan dua, biasanya pada umur ini, ramai yang masih belum matang dan masih lagi berperangai seperti budak-budak. Ini termasuklah Hayati, dia masih lagi belum matang dan belum juga mencecah usia baligh. Mungkin dia jenis yang kebudak-budakan sikit, maka lambat matang agaknya. Tapi itu bukan persoalannya di sini, cuma ia berkait sedikit sebanyak dengan perjalanan hidupnya di ketika usia 15 tahun ini.
Sebenarnya bermula tahun ini, Hayati akan menduduki satu peperiksaan besar iaitu PMRU. Peperiksaan ini untuk pelajar-pelajar tingkatan 2 di SMUA YIK, mereka diwajibkan mengambil PMRU sebelum PMR. Di sinilah bermulanya kisah sedih hayati. PMRU ni semua subjeknya dalam bahasa arab kecuali BI dan BM sahaja. Justeru itu, Hayati perlulah mnghafal semua subjek yang akan masuk peperiksaan tersebut. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah Hayati ni daya ingatannya kurang sedikit jika dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain... Itulah orang kata, Allah bagi kat hambaNya kelebihan dan kelemahan supaya hamba-hambaNya tahu bersyukur dan reda dengan apa yang telah dianugerahkan olehNya kepada hamba-hambaNya itu.
Pada awalnya, Hayati sama macam kawan-kawannya yang lain jugak, happy, ceria, 'galok' dan yang sewaktu dengannya. Namun segalanya berubah apabila 'trial exam' PMRU semakin hampir. Sebenarnya Hayati terlalu 'obsess' dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya itu. (betul ke penggunaan obsess tu??? nak cakapnya dia teramat-amat menjiwai peperiksaan tersebut.). Namun disebabkan daya ingatannya yang kurang hebat itu telah memberikan impak yang buruk kepada dirinya kerana dia berfikir secara negatif bukan positif. Sebenarnya, mungkin teknik hafalannya sahaja yang salah tapi bukannya daya ingatan yang lemah. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya semasa dia peralihan, dia berada di 'ranking' ke 2 dalam kelas, peperiksaan awal tahun dan jgk peperiksaan akhir tahun, nah! bukan ke dia seorang yang hebat sebenarnya. Ini kerana telah terbukti kejayaannya itu.
Namun saya kira Hayati masih belum masak dengan dunianya, dia tidak pandai hendak menilai potensi dirinya, dia tidak pandai menguruskan masanya, dia tidak pandai mengatur jadual hidupnya. Ini mungkin kerana dia hidup dan membesar dalam keluarga yang sederhana dan tinggal pulak di kampung yang agak terpencil. Jadi, pergaulannya terhad, sosialisasinya juga terbatas. Mungkin inilah anatra faktor yang telah menjebakkan Hayati ke dalam dilema yang dihadapinya di usianya 15 tahun ini.
Sebenarnya apa yang telah berlaku pada Hayati???
Ceritanya cukup sedih, sebenarnya Hayati telah terjebak dalam 'deep depression' @ bahasa melayunya tekanan perasaan yang sangat mendalam. Cuba bayangkan di usia 15 tahun, seorang gadis yang sedang menginjak usia remaja telah terjebak dalam tekana perasaan yang sangat hebat. Sudah tentu pelajarannya terjejas teruk, malah hidupnya juga pasti tunggang terbalik. Hmmm.. Sedih ye apa yang telah dialami oleh Hayati ni. Di kala usianya sedang menyelusuri tempoh untuk menjadi matang, Allah ujinya dengan ujian yang agak berat itu.
Apa assumption anda terhadap Hayati? & apa sebenarnya peristiwa pahit yang Hayati telah alami dan tempuhi itu?
Ok! Saya sambung cerita Hayati....
Dalam tempoh trial exam dah hampir tu, Hayati mula membuat persediaan dengan menghafal subjek-subjeknya sedikit demi sedikit. Tetapi sebenarnya minda Hayati sudah hampir 3/4 dikuasai oleh pemikiran negatif, di mana dia menganggap dirinya lemah dan bodoh. Dia sudah berputus asa sebelum mencuba. Oleh sebab itu pemikiran negatif ini telah pun menguasai hampir keseluruhan minda Hayati. Jadi, apa yang dia baca dan hafal sudah tidak mampu lagi untuk masuk ke dalam mindanya yang sudah pun dipenuhi oleh negative thinking itu. Dalam bahasa mudahnya, minda Hayati telah tepu dengan negative thinking tersebut. Lama-kelamaan, Hayati berubah personaliti, daripada seorang yang ceria berubah menjadi murung, daripada seorang yang happy menjadi pendiam, daripada seorang yang 'galok' menjadi sunyi dan sepi....
Aha! dahsyat juga kan kalau dah terkena 'deep depression' ni, yang 6 boleh jadi 9, terbalik terus, "opposite" or "vice versa"... Emm... saya sambung nantilah ye kisah Hayati ni sebabnya ada hal la pulak ni. Ok tataa semua... jumpa lagi..!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment