my playlists


Tuesday, February 10, 2009

Tengah Excited nih!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya sebenarnya tengah excited sangat ni nak menulis sebabnya dah lama saya tak posting disebabkan kesibukan yang semakin menggila-gila, aduhhh! ayatku kasarnya, tak pe sekali sekala. Actually saya baru sahaja selesai menduduki exam developmental psychology pada jam 8.55pm lebih kurang. Sepatutnya kena hantar jam 9.10pm tapi saya dah tak tahu nak jawap apa lagi dah, kepala dah jammed sebab perut lapar, tadi tak sempat nak makan sebab makanan tak siap lagi. Dah la study last minute, satu amalan yang tak sepatutnya diamalkan. Emm... nasib baiklah madam bagi soalan yang moderate, so bolehlah jawab sekadar apa yang ada dalam kepala. Antara soalannya, 'compare the developmental of human from life-span perspective and islamic perspective' (esei). Alhamdulillah boleh la jawab seadanya, dicampur dengan 20 soalan MCQ and 1 soalan short answer (heredity and environment interaction). Fuhhh! lega nasib baik yang masuk tu semuanya sempat dibaca selepas jam 6.30pm tadi hingga jam 7.10pm, kalau tak hancus saya. Markah dah la 20%. Alhamdulillah Allah tolong saya.

Ok habis bab midterm exam, sebenarnya saya ada banyak benda yang nak tulis ni tapi perut saya dah minta diisi, ok sabar ye perutku sayang, sikit je lagi.

Walaupun tak sempat nak posting apa-apa, namun saya masih berkesempatan visit blog-blog sahabat yang seangkatan. Antaranya blog akh Dzul Khairi, blog Us Syaari, blog Az-Zahir, blog Helmi, blog Abg Amin Idris, blog sekolahku tercinta dan beberapa blog lagi yang tak larat saya nak tulis semua kat sini. Namun antara blog-blog tersebut yang paling menarik perhatian saya ialah blog akh Dzul Khairi. Hmm... Macam-macam isu kat blog akh kita ni dan yang paling hangat pada pengamatan saya ialah tentang isu silibus usrah dan juga tentang isu insyirah. He3x.. Setelah membaca tentang insyirah tu, barulah saya tahu akh kita ni jenis yang macamana. Tapi terpulang la kan, macamana orang akan menilai kita, lagi pun ia berdasarkan apa yang kita tulis dan apa yang kita bawa. Bukannya hentam semberono atau bukannya judge sembarangan.

Ishhh... Banyak lagi ni nak kongsi, tapi tak pelah kita jumpa lain kali pulaklah. Ok tataa... C you soon :-)

No comments: