Bismillahirrahmanirrahim.
Ok hari ni saya nak sambung cerita Hayati...
Kesian kan kat Hayati ni dalam usia yang begitu mentah dia dah pun terkena deep depression ni. Setiap hari dia cuba menghafal untuk subjek2 yang akan masuk exam, tapi satu apa pun dia tak dapat nak ingat. Mata di buku tapi fikirannya menerawang entah ke mana2. Setiap hari begitulah apa yang dilalui dan dialaminya sehinggalah exam hampir tiba tapi, trial exam la. Setelah tiba hari kejadian dia tidak dapat perfom well, dia jawab exam sekadar termampu aje. Walhasilnya result trial dia memang teruk tapi tak lah teruk sangat. Then dia continue study dan mengahafal, namun apa yang dibaca dan dihafalnya cuma sedikit sahaj yang dapat masuk ke memory nya dan yang lain2 banyak yang mencapah keluar dan terbias ke tepi. Dia mula menjauhkan diri daripada kawan2, dia jadi penyenyap dan tak banyak karenah. Apa yang dia buat kat sekolah kalau cikgu tak masuk kelas ialah buka buku, baca dan hafal tanpa memahami isi kandungan buku tersebut. Antara buku2nya seperti tauhid, fiqh, sirah nabi, nahu, soraf, hadith, mutalaah, dan sebagainya. Itulah ujian Allah untuk dia.
Disebabkan kejadian itu, dia mula hilang kawan dan kawan2 mula memerli dan menjauhkan diri daripadanya. Akhirnya, setelah exam yang sebenarnya tiba, dia tak sihat, kondisi kesihatannya agak teruk. Dia jadi berhingus, demam, mudah terjaga bila tidur, tidurnya juga kadang2 tak lena, dia sangat dihantui oleh exam yang sedang didudukinya itu, tak lalu makan, jadi nervous, emosinya tak stabil dan serba macam rasa lagi yang dirasainya termasuk mangalami sembelit. Ya Allah..... Kesian sungguh dekat Hayati ni. Dah la budak lagi pastu terkena macam tu pulak, so dia tak pandai nak control semua tu. Tambahan pula tak ada yang sudi tampil membantu, maka semakin tragis keadaannya. Sampaikan satu hari, matanya tiba2 jadi kabur dan tak dapat melihat dengan jelas walaupun dalam jarak yang dekat. Ini disebabkan dia terlalu banyak membaca dan menghafal dalam cahaya lampu mentol bulat yang cahayanya merah@orange, yang sebenarnya amat tak sesuai untuk mata. Bila menyedari matanya mula kabur, dia pun menghentikan aktiviti menghafal di sebelah malam dan mula merehatkan matanya, di samping itu, setiap kali n=bangun pagi, dia akan memandang objek2 yang berwarna hijau seperti rumupu2 dan daun2 pokok disekelililngnya. Ini kerana dia tahu kehijauan pokok dan daun2 boleh memulihkan mata yang kabur walaupun tidak 100%.
Rentetan daripada itu, alhamdulillah matanya kembali pulih tetapi tidaklah secerah dulu lagi. Apabila tahun tersebut berakhir, maka sekolah pun cuti dan dia cuba untuk merawat dirinya kembali. Dia juga tersangat bimbang sekirany kiamat berlaku dalam tempoh tersebut kerana pada tahun tersebut, jerebu @ asap tebal telah pun terjadi pada tahun itu. Dia selalu dengar ayahnya baca kitab tentang tanda2 kiamat, di mana salah satunya ialah asap tebal muncul. Maka dia tersangat bimbang dan takut untuk menghadapi kiamat kerana dia sangat tidak bersedia. Lagi pun dia cukup maklum di mana bila kaimat terjadi, yakjuj makjuj muncul untuk menyesatkan ummat Muhammad, keadaan bila kiamat terjadi juga tersangatlah dahsyat di mana semua orang tak kan hirau pada orang lain lagi kecuali berfikir untuk menyelamatkan diri sendiri sahaja. Bukit bukau, gunung ganang akan tunggang terbalik, langit2 akan berjatuhan dan semua makhluk akan bertaburan dan berselerakan. Wuss! Sangat tak terbayangkan saat itu!
Di rumah juga dia mula beralah dengan adik beradiknya terutamanya dengan kakak yang di atasnya dan juga adik yang di bawahnya, diorang beza 2tahun, atas dan bawah. Setiap kerja rumah kalau emaknya tak ada, dia akan buat kerana tak nak bertekak dengan kakak dan adiknya seperti masak nasi, masak air, basuh pinggan, dan yang sewaktu dengannya. Dia tidak pasti sama ada keluarganya menyedari atau tidak apa yang dialaminya itu, tapi jauh di dasar hatinya dia sangat mendambakan agar emaknya dapat membantunya namun dia kecewa kerana emaknya tak pernah bertanya dan tak pernah untuk cuba menyelami hatinya. Namun dia pasrah dan reda dengan apa yang berlaku, tetapi dalam masa yang sama, dia masih kabur tentang erti qada' dan qadar Allah. Rukun iman yang ke enam itu walaupun telah dihafalnya sejak di sekolah PASTI lagi tapi dia tak faham maknanya dalam erti kata yang sebenarnya.
Stop dulu ye... nanti sambung lagi. Ok tataa.. c u soon!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment