my playlists


Sunday, February 22, 2009

Hayati, gadis malang

Bismillahirrahmanirrahim...



Hmm... sebelum memulakan kembali kisah ini, saya nak suarakan rasa konfius saya kerana ada salah seorang pengunjung blog ini mengatakan hayati ini adalah saya. Saya tak taulah macamana dia boleh terfikir begitu. It might be right but it also can be wrong! Cerita ni sebenarnya memang kisah benar kehidupan seorang gadis yang malang.

Setelah melalui segala pahit maung yang menimpanya, akhirnya hayati memulakan persekolahan untuk tingkatan tiga. Di awal tahun hayati masih lagi belum menunjukkan perubahan yang ketara, namun beberapa bulan kemudian dia mula menampakkan perubahan. Setelah mendapat keputusan PMRU, dia mula ceria walaupun dia cuma mampu mandapat 1A sahaja dan yang lain2 ada B dan C. Keseluruhannya dia lulus walaupun tak cemerlang. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan yang menolongnya.

Di tingkatan tiga, hayati mula menjadi periang dan sentiasa ceria. Dia kembali rapat dengan kawan2nya, 4 orang semuany (Along, angah, alang & achiq). Achiq tu panggilan manja untuk hayati. Mereka berempat sangatlah rapat dan sekepala. Kalau dalam kelas. along duduk dgn alang dan angah duduk dgn achiq. Mereka sebtiasa gembira dan selalu berkongsi cerita. Along paling lawa sebab dia paling tinggi dan paling putih. Manakala yang bertiga tu sederhana sahaja tapi comel-comel semuanya. Hayati ni bukan sahaja berubah menjadi ceria dan periang tapi dia ter'over' sikit. Dah terlebih dah dia punya ceria dan ramahnya tu. Sampaikan kenakalannya menjadi perhatian cikgu2 sekolah. Dah la mereka berempat ni yang paling top dalam kelas, paling glamorlah katakan. Suka buat kacau dan suka 'havoc2' dalam kelas, pendek kata kalau diorang tak de, senyap dan sunyilah kelas tu.

Hayati ni ada seorang kakak kat tingkatan 5 dan jugak seorang adik kat tingkatan 1. Tapi hayati pergi sekolah berasingan, dia tak pergi dgn kakak dan adiknya kerana diorang berdua tu pergi dgn motor, manakala hayati pergi dgn kereta (org yg selalu angkut budak sekolah). Oleh sebab itu, hubungan hayati dan kakak serta adiknya kurang rapat disebabkan mereka jarang bersama. Tetapi kakak dan adiknya cukup kamcing dan sporting. Terkadang hayati cemburu pada mereka berdua tapi dia hanya memendamnya sahaj di dalam hati tanpa meluahkannya, kalau pun dia bercerita, dia hanay bercerita kepada angah sahaja, orang yang paling rapat dengannya dan paling memahaminya.

Semasa di tingkatan 3, hayati ni sangat terer matematik. Kalau diberikan kerja matematik oleh gurunya, dengan pantas hayati akan menyelesaikannya. Dia jugak terer bahasa arab terutamanya 'nahu'. cekap betul kalau disuruh i'rab2 tu tapi bab karangan kurang sikit sebabnya 'vocab' tak banyak. Hmm... Bagus jugak hayati ni yer. Dia bercita2 nak kalahkan 'result' PMR abangnya yang sudah pun berumur 20tahun ketika itu. Abangnya mendapat A dalam 3subject, jadi dia cuba untuk dapatkan lebih banyak A daripada abangnya itu. Dia tak pernah menjadikan kakaknya sebagai kayu ukur disebabkan kakaknya sedikit lemah berbandingnya dan jugak abangnya.

Kawan baik hayati, angah ni sebebarnya anak bongsu perempuan dalam keluarganya. Angah ni tersangatlah baik dgn hayati, segala2nya mereka berkongsi berdua, masalah keluarga, masalah pelajaran dan lain2 termasuklah masalah 'coupling'. Angah ni pada masa tu ada minat kat seorang budak lelaki di tingkatan 2, dan hayati mengenalinya. Budak tu ok jugak, hitam manis. Tapi sebenarnya hayati tak berapa setuju dgn angah sebab minat kat budak yang lebih muda. Namun, dia tak nak melukakan hati angah, so dia senyap ajelah dan tak menyuarakan apa yang dia rasa itu. Kalau ikutkan, angah kata dia cuma nak buat adik angkat je. Tak lebih daripada tu.

Alamak! dah kul 1 lebih dah.... so saya kena stop dulu, nanti kita sambung yer.. k tataaa.. c u later :-)


No comments: