my playlists


Tuesday, February 3, 2009

Murahnya rezekiku hari ini :-)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah... Syukur pada Tuhan kerana memberikanku rezeki yang banyak pada hari ini. Sebenarnya aku baru saje balik dari pejabat pos Gombak ni, p amik duit ayah kirim he6x... Sayang sungguh ayah kat anak dia yang sorang nih, sanggup dia kirim duit banyak-banyak untukku. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUATMU AYAHKU YANG KU SAYANGI DUNIA & AKHIRAT... NAMUN TIDAK LUPA JUGA BUAT EMAKKU YANG TERCINTA.

Aku tahu betapa besarnya pengobanan kalian di dalam membesarkanku kerana akulah anak yang paling banyak karenah & selalu meninbulkan bermacam-macam masalah dalam family. Namun ketahuilah ayah & emakku sebenarnya aku tidak pernah terniat untuk melukakan hati kalian apatah lagi untuk mencalarnya kerana ku tahu, tanpa kalian siapalah aku. Mungkin aku tidak akan wujud di dunia yang fana ini. SEKALI LAGI JUTAAN TERIMA KASIH BUAT KALINA KERANA TELAH MENGHADIRKANKU KE DUNIA YANG SERBA INDAH INI. Dapat juga aku mengecapi ni'mat TUHAN yang tersangatlah banyak ini sehinggakan aku tidak lagi mampu untuk menghitungnya. Namun aku akan sentaisa bersyukur dengan apa yang ALLAH telah kurniakan kepadaku. ALHAMDULILLAH, segala puji bagi ALLAH yang mentadbir dan mengatur alam ini.

Walaupun pada minggu lepas aku telah ditimpa musibah tetapi pada minggu ini hatiku cukup terubat dengan segala ni;mat yang ALLAH telah berikan kepadaku di mana ALLAH telah membuka jalan keluar untukku dan mempermudahkan segala urusanku, THANKS to GOD! InshaAllah aku akan memulakan satu bisnes dalam masa terdekat ni. Semoga Allah membantuku di dalam melancarkan segala perancanganku ini, Insha Allah Taala.

Ok see you next time guys! coz I've to go now. Tataa... Semoga bertemu lagi!!! ;-)

No comments: