my playlists


Sunday, December 13, 2009

Aku Gembira...

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku tak pasti adakah aku gembira di saat ini? Mungkin ya dan mungkin juga tidak... Aku rasa aku gembira sebabnya aku telah menunaikan hajat seseorang, namun sebaliknya aku rasa aku tidak gembira kerana aku tak sempat nak dinner lagi. Tadi petang aku gi hantar adik aku balik PJ, then ingat balik sini sempat la makan tapi malangnya aku terlewat 15 minit cz aku masuk keje kul 10pm sepatutnya, tapi tadi sampai sini dah kul 10.15pm, sebabnya masa kat entrance tadi jammed, pak guard buat sportcheck kat semua kereta yang masuk UIA, so satu satu je la dia lepaskan tadi, check sticker kereta kot...(tu pun sebab dah mintak ihsan kawan suruh dia jaga sampai 10pm tadi, sepatutnya dia sampai 9pm je, kesian dia)

Sekarang aku merasakan masa itu sangat berharga kerana aku kena bahagikan betul2 antara study, kerja dan masa untuk diri sendiri. Kalau tidak, padah la aku. Dalam jangka waktu semester ni jugak aku kena tempuhi alam baru, mungkin dah tak sampai 3 bulan dah pun, masa tiu akan tiba. Persiapan mesti dibuat awal, semua nak kena setel awal2 sebabnya, time nak buat tu adalah seminggu sebelum final exam. "Fail to plan, plan to fail"... Mungkin kata2 ini boleh menjadi peringatan buatku. Aku berharap semuanya akan berjalan lancar nanti, namun apa2 pun aku kena prepare awal. 


Aku dah plan sebahagiannya dan selebihnya akan dibuat secara berperingkat-peringkat. Mampukah aku? InshaAllah dengan bantuanMu ya Allah, aku yakin aku mampu. "Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih" ungkapan ini terasa serasi dengan diriku kini. Kita hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan. Setiap takdir telah pun tersurat buat hamba2Nya. Pasrah dan redha juga perlu, namun setelah berusaha dan bertawakkal kepadaNya.. Wassalam




Saturday, December 12, 2009

Akon

Bismillahirrahmanirrahim...

Akon? Siapakah beliau? Aku tidak mengenalinya tapi lagu-lagu beliau kedengaran asyik di telinga, i dun know why...? Apa yang aku tahu beliau adalah penyanyi berkulit hitam yang amat digemari oleh segelintir anak muda di seluruh dunia. Beliau ada magnet yang tersendiri, macamana beliau create magnet itu aku juga tidak tahu. Kalaulah aku bisa mencipta magnet untuk menarik orang ke arah kebaikan umumnya dan ke arah ajaran Islam yang sebenar khususnya, alangkah bagusnya... 

Namun aku tahu untuk membuatkan orang tertarik pada kita bukanlah satu perkara senang. Kita kena ada personaliti yang kemas dan menarik, ada imej yang tersendiri, ada prinsip diri yang kukuh, ada gaya yang tersendiri kerana kita adalah kita dan kita tidak boleh mejadi orang lain, bak kata omputeh "be yourself!" 


Hmmm... Nampak gayanya aku kena beli buku magnet diri karya abang Amin Idris ni...

Friday, December 11, 2009

Nak Buat Lesen Kereta...

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak buat lesen kereta la pulak... Tapi bukan saya la, adik saya, cik rofiah a.k.a acik... Dah banyak kali dah ajar dia drive, semalam petang pun ajar lagi. Bawak dia praktik kat litar drift UIA, suh dia pusing situ konon-konon pusing roundabout la hahaha... Pastu ajar dia stop kt tengah-tengah bukit huhuhu, brek sampai termati-mati keta hehe... Biasa la new beginner kan. Saya dulu pun masa baru-baru belajar tu lebih kurang je tapi sekarang alhamdulillah dah expert dah hehe :p

Dia nak belajar parking tapi kat sini masalah la cket cz parking macam kat sekolah memandu tu tak ada. Kalau parking yang biasa, banyak la... Dia ni sebenarnya kalau bagi kat jalan lurus, dah boleh bawak dah. Macam aritu kami berdua je, balik KL dari Kelate, so bagi dia drive kat highway karak tu ok je, malam pulak tu... Cuma bila nak potong lori je masalah cket cz dia tak berapa pandai nak budget nak masuk ke kiri balik selepas memotong, lagi pun kawasan bukit, so no wonder la dia jadi teragak-agak cz dah rendahkan gear pun still merayap jugak ketanya. Makumlah kancil EX660, tapi alhamdulillah selamat masa tu, walaupun dalam perjalanan tu ada jugak accident, motor langgar bontot lori, then penunggang meninggal di tempat kejadian... Na'uzubillahi min zaalik...

Ore kelate kato "doh nok geroh dio doh, nok wat guano..."... Mungkin dah ajal dia kat situ kan, so redha je la... Kalau nak cakap pasal accident ni, toksah cakaplah sepanjang pengalaman drive jarak jauh ni, dah macam-macam jumpa. Hari tu masa pergi Penang, hantar kakak yang nombor dua, pun ada accident kat highway Timur-Barat tu, keta dengan lori, tapi nampak gaya macam tak ada kemalangan jiwa la, maybe cedera je tapi tak ada yang meninggal kot. Tak pasti sangat la cz just assume dari jauh je, tak berhenti pun.


Drive ni memang ada risiko la tapi kita kena berhati-hati dan kena bertimbang rasa di jalan raya bak kata ayah saya " Bawok keto ni keno beringat, pahtu keno timbangraso ko ore etek, kalu ado ore motong pahtu napok dio tok berapo nok dey gak, slow la keto kito wi dey dio potong, jange duk bbadi pulok..."


Betul dah hak ayah kata tu cz kadang-kadang pemandu Malaysia ni, jarang yang nak bertimbangrasa kat orang lain, kadang-kadang kalau kita potong dia, lagi dia pecut pulak, ntah la tak paham saya. Agaknya dia rasa keta dia lagi hebat kot, so "nobody can potong aku, aku mesti kat depan..." Agak-agak la wey, orang lain pun nak cepat jugak...

Thursday, December 10, 2009

Lahirnya Mereka melalui Operation




 
Bismillahirrahmanirrahim...

Shasha & Shahmee... Dua beradik yang lahir melalui kaedah pembedahan, namun dalam jangka masa yang tak sampai 3 tahun. Maksud saya, kakak belum sampai setahun lagi, mamanya pregnant untuk kali kedua iaitu mengandungkan adiknya pula. Apabila Allah berkata "kun" "fayakun". Begitulah suratan yang telah tercatat buat mama mereka, di mana beliau terpaksa melahirkan anak-anaknya melalui kaedah pembedahan dalam jangka waktu yang tak sepatutnya kerana para pakar kesihatan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang berisiko. Ini kerana menurut pakar-pakar ini, rahim perlu dikosongkan untk tempoh 3 tahun sebelum mengandungkan anak yang ke seterusnya sekiranya bersalin operation. Tujuannya ialah agar luka kesan daripada pembedahan pertama boleh sembuh sepenuhnya terlebih dahulu, kemudian bolehlah mengandung lagi.

Itu perancangan manusia, namun perancangan Allah  berbeza. Dia izinkan benih itu wujud dan lahir ke dunia maka lahirlah ia. Saya kagum dan kadang-kadang tak terjangkau dek fikiran bila melihat ciptaan-ciptaanNya. Subhanallah. Ok ada hal pulak, nanti saya sambung lain kali pulak. tataa....



Wednesday, December 9, 2009

Semoga Diriku Diberi Kekuatan oleh Nya

Bismillahirrahmanirrahim



Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana Engkau masih memberiku peluang untuk menghirup udaraMu yang segar ini. Aku juga bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menatap alam ini lagi dengan mata hatiku. Alhamdulillah ku lafazkan ya Allah di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku setiap hari dan setiap saat. Semoga dengan mengingati nikmat-nikmatMu ini dapat mengubat jiwaku yang lara ini. Aku tahu ya Allah, Engkau tak kan menerima keimanan hambaMu dengan mudah melainkan Engkau menguji keimanan kami terlebih dahulu. Ya Allah, aku redha dengan setiap ujian yang Engkau turunkan buatku, cuma aku perlukan masa untuk menyesuaikan diriku dengan semua yang aku lalui ini, aku juga perlukan semangat dan kekuatan agar aku tidak mudah patah sebagaimana senangnya patah ranting yang sudah kering.Ujianku tidak sehebat ujian nabi Muhammad penghuluku namun aku merasakan ia agak berat kerana ku tahu aku sangat lemah dalam menghadapi hidup ini. Di mana aku sepatutnya tidak boleh begini, aku tidak boleh mengalah sebelum berjuang. InshaAllah dengan bantuan dan pertolonganMu ya Allah akan ku terus melangkah ke hadapan dan akan ku tepis segala cacian dan hinaan kerana ku tahu ya Allah hanya Engkau yang sangat memahami setiap rintihan hambaMu. Hati ini terlalu lembut, bahkan ada yang mengumpamakannya kerak nasi yang mana ia mudah dilembutkan bila terkena air. Ya aku faham tentang itu, oleh itu aku kena tabah dan kuat, aku tidak boleh terlalu menurutkan hati dan perasaan. Sebaliknya aku kena berpandukan iman agar setiap tindakan yang aku ambil tidak merugikan masa depanku. Walau pun kadang-kadang airmata juga perlu dititiskan agar apa yang membebankan fikiran dapat diringankan, namun ia tidak boleh melampau dan melebih-lebih. 



Setiap insan pasti diuji, namun bentuknya mungkin tidak sama. Lagi pun Allah tidak akan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. Ya Allah betapa pemurahnya sifatMu dan betapa agungnya kasihMu terhadap hambaMu. Kenapa aku jarang menyedari tentang hakikat ini? Ya Allah teruknya aku yang mengaku muslim tapi aku belum benar-benar mengenaliMu dan sifat-sifatMu yang agung dan maha hebat. Ya Allah, ampunkan aku di atas kejahilanku. Semoga ilmuMu mampu aku gali dan korek selagi aku masih berdaya. Ya Allah, bukalah ruang seluas-luasnya agar aku boleh terus menerokai ilmuMu ya Allah. Betapa ruginya aku jika hayatku yang Engkau anugerahkan ini tidak aku manfaatkan untuk mendapatkan ilmuMu. Aku tahu ya Allah, ilmuMu terlalu suci yang mana Engkau hanya akan berikan kepada orang-orang yang mensucikan hatinya sahaja dan ia tak layak diterima oleh orang-orang yang bermaksiat. Astaghfirullah... ampunkan aku ya Allah di atas segala dosaku. Amin Ya Rabb...

Monday, December 7, 2009

Ujian Allah Tidak Pernah Berhenti untuk HambaNya yang Terpilih

Bismillahirrahmanirrahim

Mulakan dengan bismillah dan sudahi dengan alhamdulillah... Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih sifatNya. Kali ini Dia datangkan ujian untukku sekali lagi, aku redha dan pasrah dengan kehendakNya kerana aku tahu pasti ada hikmahNya yang tak mampu aku singkapi di sebalik rahsia setiap yang didatangkanNya itu. Sebagai hambaNya yang beriman, aku kena redha dan menerima setiap ujianNya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Ya Allah, aku tahu untuk mendapat ilmuMu bukan mudah dan tidak susah, namun cahayaMu hanya untuk orang orang yang suci daripada maksiat, zahir dan batin.

Sunday, December 6, 2009

very nice vacation

mak su

caca
mokniq n abe ngah
ridz
 mat ijad yg nakal hehe...

sulung yg rajin

me..

Cuti yang amat menyeronokkan hehe... hari hari duk bertekak ngan anak-anak buah yang comel dan nakal. Namun aku sangat senang dengan keletah-keletah mereka...