my playlists


Wednesday, March 31, 2010

April Fool!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

APRIL FOOL!!!

Apa benda 'april fool' ni sebenarnya? Saya tak faham kenapa kalau 1 april mesti 'april fool', pelik saya. Dari mana istilah ini timbul pun saya tak pernah tahu. Entah! macam tak berminat nak tahu sebelum ni tapi sekarang rasa macam nak tahu pulak. Kadang-kadang benda yang kita tak suka kita tak nak ambil tahu tapi sebenarnya ada benda yang kita kena ambil tahu walau pun kita tak suka. Pengetahuan am ni penting kerana kita hidup bernasyarakat. Kalau pun kita tak suka tapi mungkin masyarakat kita suka. Jadi, nak tak nak kita kena tahu jugak.Sekurang-kurangnya kalau orang tanya kita, tak de lah kita nak nganga je..

That's all! :)

Thursday, March 25, 2010

Sambungan ceritaku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku pun jagalah cc... Tapi dalam hati duk fikir macamana nak buat, maksudnya macamana nak pergi 'renew' roadtax sebabnya tak pernah buat lagi. Then, akhirnya call Ivon, wakil Allianz. So, dia kata kalau nak dapat roadtax hari ni jugak (11/3/2010) aku kena pergi sendiri ke KL Sentral. Maka aku pun timbang-timbang, then aku buat keputusan untuk pergi ke KL Sentral. So, aku bagitahu kak sue yang aku nak tutup cc sebabnya dah pukul 2.30pm dah, aku kena pergi KL Sentral. Ivon dah pesan kat aku, dia kata aku kena sampai KL Sentral sebelum pukul 4pm kalau aku nak roadtax hari ni jugak, kalau aku lewat, maknanya esok (12/3/2010) baru aku boleh dapat roadtax tu, hari ini just bayar je dulu... huhu.. Masa sungguh singkat, aku kena cepat.

2.30pm aku tutup cc, then aku bergegas balik bilik. Aku solat dan ambil apa-apa yang patut lepas tu aku terus gerak ke KL Sentral lebih kurang pukul 3 lebih dah masa tu. Dalam hati duk berdoa, moga-moga jalan tak jam. Tapi malangnya jalan jam jugak huhu.. Namun aku sempat tiba di KL Sentral sebelum pukul 4 iaitu 3.45pm tapi belum lagi sampai di ofis Allianz uhuhu.. Aku tercari-cari mana ofisnya then aku tanya orang. So bila dah tahu ofis tu kat mana, aku terus berlari-lari anak sebabnya nak kejar masa. Ya Allah... jarum jam terus bergerak. Oh! lagi 3min nak pukul 4, tapi aku belum tiba di pintu ofis lagi.. Oh, Tuhan... Bantulah hambaMU... Finally, aku tiba jugak di ofis Allianz setelah berlari dan berkejar naik lif tapi masa tu sudah pun pukul 4.01 minit. I'm late... uhuks!

"Kak, saya nak jumpa Ivon.."
"Sekejap ye cik"
"Cik, Ivon on phone la sekarang. Tunggu sebentar ye..."
"Oh! ye ke?"
"Tak mengapalah kak, saya cuma nak renew roadtax je, tadi Ivon yang berurusan dengan saya melalui telefon"
"Ow.. ok.. Masuklah dulu.. Cik duduk dulu ye.."
"Ok. Terima kasih kak.." Aku pun masuk dan terus duduk. Penat woOo.. berkejar-kejaran tadi. Terasa haus la pulak tapi aku terlupa nak bawak air tadi. Tak pelah, tahan jelah. Kemudian kakak tu datang semula ke tempat aku.

"Cik, tadi Ivon ada bagitahu tak kena datang sebelum pukul 4?"
"A'ah... Dia ada cakap tadi kena datang sebelum pukul 4, tapi jalan jam la kak. Saya dari Gombak ni"
"Oo ye ke.. Macam nilah, hari ni cik bayar je dulu then esok baru boleh dapat roadtax ye"
"Alah kak... Saya nak balik kampung malam ni, so macamana ni?"
"Owh! Kampung cik kat mana?"
"Kat Kelantan kak..."
"Hmmm.. tadi ada sorang orang Kelantan call saya, dia marah-marah kat saya, dia pun nakkan roadtax dia hari ni jugak sebabnya dia pun nak balik Kelantan jugak"
"Alah kak... Boleh la kak.. Tolong saya ea, saya memang kena balik malam ni jugak" Aku mula berpeluh walau pun kat ofis tu ada aircond.. huhu...
"Sekejap cik ye, saya pegi tengok sistem jap, sebabnya dah lebih pukul 4 ni.."
"Alah kak, saya lambat satu minit je tadi. Boleh la kak"
"Ok, cik tunggu kejap ye"

Tak lama kemudian kakak tu pun datang ke tempat aku semula dengan senyuman.

"Ok. Boleh la cik."
"Cik kena bayar RM510.90"
"Ok. Terima kasih kak" Senyumanku melebar..hehe..
"Ni ye kak" Sambil aku menghulurkan RM511.

to be continued again...
 :)

Sunday, March 21, 2010

Some of My Wed's Pict..

sejurus selepas diijabqabulkan...

sedang menunggu rombongan pihak suami

sabar menanti...

inilah suamiku yang dicintai, Abdul Fatah

kek daripada pihak suami..

ehem2x..

hehe.. meh makan kek!

cak! on the way ke rumah mertua (majlis sambut menantu pulak hehe..)

control... hi3x..

warna warni hehe.. 1Malaysia..

ridz, maksu, humaira, ayah, mak, suamiku sayang, me, abang rozi (abang sulungku)

kak za (isteri abang rozi), me, jah (anak sepupuku)

Saturday, March 20, 2010

Saya Kembali...

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah berlalunya 13/3/2010... Kini saya kembali semula untuk memeriahkan blog saya yang sudah beberapa hari sunyi dan sepi ini..

Apa khabar semua... Saya doakan semoga sahabat-sahabat dan pengunjung setia blog ini berada dalam limpah rahmat Yang Esa sokmo.. Sebenarnya banyak yang ingin saya kongsi dengan sahabat-sahabat dan para pengunjung sekalian.Ok, kita lihat satu per satu ye... Cerita saya mungkin juga menarik, mungkin juga lucu, mungkin juga membosankan dan mungkin juga menghiburkan. Saya harap anda semua sudi membaca 'entry' saya kali ini sehingga ke noktah terakhir :)

Cerita bermula...

Pada hari khamis 11/3/2010...
Saya ke kelas seperti biasa pada jam 7 pagi.. kemudian kelas tamat jam 8.30 pagi. Hati saya gelisah sebabnya malam ni saya akan balik kampung tapi roadtax kereta saya telah pun tamat tempoh pada 10/3/2010, maknanya dah lebih satu hari. Saya juga gelisah kerana duit zakat yang saya 'apply' daripada unit zakat UIA belum lagi masuk ke akaun saya. Sepatutnya duit tu dah masuk minggu ni, saya dah beberapa kali pergi ke unit zakat bertanyakan kakak kat kaunter tu. Dia kata paling lewat pun hari jumaat. Saya mula berkira-kira, kalau duit tu dah masuk, boleh la saya buat bayar roadtax yang berjumlah RM510.90, ini kerana jumlah zakat yang diorang 'approve' untuk saya ialah RM1000. Kemudian saya mula menapak ke ATM dekat dengan kawasan library dengan harapan duit saya dah masuk. Alhamdulillah tak ada orang sebabnya 8.30 kat UIA ni masih sangat pagi lagilah bagi penghuni-penghuni di sini. Jadi, saya pun dengan penuh debaran mencucuk kad ATM saya dan saya tekan cek baki. Syukur Alhamdulillah... Duit zakat dah masuk, tapi masuk separuh je iaitu RM500. Tak kisahlah janji saya boleh guna duit ni untuk bayar roadtax kereta saya.

Seusai saje saya mengeluarkan duit tersebut, tiba-tiba kak Sue (Bos CC) pulak 'call':
"Ainon, katne?"
"Kat center kak... Kenapa kak?" saya bermanis mulut bertanya, padahal dah dapat agak dah jawapan kak Sue.
"Ada kelas tak?"
"Baru je habis kak"
"Tolong masuk kerja boleh? Anak akak meragamlah.."
"Alahhh kak... Saya tak de kuncilah kak" sengaja beralasan.
"Mintak kat Seri, dia ada pegang kunci" kak Sue macam biasalah, tegas!
"Oklah kak. Tapi saya masuk lambat sikit sebabnya ada hal sikit ni," aku rela dalam paksa huhu..
"Takpe2... janji ko masuk, akak xleh masuk ni, anak akak buat hal. Xpe ko bukak dulu, nanti jap agi akak datang, akak bawak gaji ko sekali" ceh kak Sue pandai benar 'psycho' aku..
"Ok kak, ok kak, saya masuk" hehehe... hatiku berbunga sebabnya kak Sue nak datang hantar duit gaji. Ok lah aku masuk kerja :)..

To be continued..

Sunday, March 7, 2010

Jemputan Walimatul Urus

Bismillahirrahmanirrahim



Salam...Kepada semua pengunjung blog banafsaji0606...

JEMPUTAN WALIMATUL URUS NORAINON & ABDUL FATAH:
PADA: 13/3/2010 (11am-7pm)
DI: KG.BUKIT SELAR, 17610 KUALA BALAH, JELI, KELANTAN

p/s: Kepada semua yg mengenali diri ini, sy dgn penuh rasa sukacitanya menjemput shbt2 & kwn2 ke majlis perkahwinan sy nanti agar kita dapat sama2 meraikannya...sy dahulukn dgn ucapan syukran jazilan wa khairan kathira...

Hidup Ini Indah

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Dia hadiahkan kita satu kehidupan yang sangat indah, dihiasi iman dan taqwa kepadaNya. Lihatlah ia dengan penuh rasa syukur dan berterima kepada Tuhan. Kita dititipkan iman di dada dan kita juga dititipkan rasa bahagia bila kita selalu mengingatiNya. Dia akan membantu kita bila saja kita meminta bantuan daripadaNya, cuma kita kena sabar dan solat. So, kita kena ingat Dia walau di mana kita berada. Sedar atau tidak, dunia ini adalah milikNya. Kalau kita pilih untuk hidup bahagia di sini, inshaAllah di sana juga ada bahagia untuk kita. Justeru itu, sematlah dalam hati kita bahawa kita juga milikNya.

Allah adalah segala-galaNya bagi kita. Kita hidup keranaNya dan kita mati jugak keranaNya... Oleh itu, mohonlah selalu kepadaNya, moga Dia memudahkan gerak kerja kita agar kita boleh menghayati keindahan hidup ini yang kadang-kadang tersembunyi dalam kekalutan tugas dan tanggungjawab kita. Dalam sibuk ada bahagia, dalam tenang juga ada bahagia bila hati kita turut sama hidup, lebih-lebih lagi hati selalu ingat pada Allah. Kita hidup. Justeru itu, hidupkanlah hati kita bersama-sama kita.

Wassalam... 

Friday, March 5, 2010

Menanti Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim...

Bahagia adalah sesuatu yang didamba oleh setiap insan di dunia ini. Tak kaya tak pe tapi janji hidup bahagia. Kebahagiaan hidup adalah yang paling bernilai kerana hidup tak akan bererti jika tanpa bahagia, Namun bahagia itu terlalu subjektif, ia bergantung kepada bagaimana kita faham erti bahagia dan apa yang membahagiakan kita.

Ada orang merasa bahagia apabila dapat berasama ibu bapa dan keluarga, ada orang merasa bahagia apabila dapat bersama kawan-kawan, ada orang merasa bahagia apabila dapat bersama anak-anak kecil dan pelbagai lagi rasa bahagia yang dapat dikecapi oleh setiap orang.

Pada saya, hidup yang tenang dan mendamaikan itulah bahagia kerana kita akan merasa bahagia apabila jiwa tenang dan damai. Namun ketenangan ini jarang dapat dikecapi kerana tuntutan hidup yang begitu mendesak sejak akhir-akhir ini. Pelbagai tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengar kadar segera agar kepercayaan yang ditaruhkan pada kita tidak hilang begitu sahaja. Jadi, tanggungjawab kita adalah amanah untuk kita laksanakan dengan sebaik mungkin.

Jika kita mampu melaksanakannya dengan sebaik mungkin maka kita pasti merasa puas dan bahagia dengan apa yang telah kita hasilkan. Alhamdulillah pertama-tamanya kita kena bersyukur kepada Tuhan kerana dengan 'iradahNya' jualah kita mampu menyempurnakan tugasan dan tanggungjawab kita.

Dan maksud tajuk saya di atas menanti bahagia ialah saya sedang menanti hari bahagia saya iaitu 13/3/2010. Hari di mana saya akan diijabqabulkan dan akan bergelar seorang isteri. Adakah diriku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawabku sebagai isteri? InshaAllah.. Mudah-mudahan bakal suami boleh memberi tunjuk ajar kepada saya agar kami dapat menjalani kehidupan berumahtangga dengan penuh rukun dan damai. Saya tahu untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami agak sukar namun saya akan cuba yang terbaik untuk dia kerana saya tahu redha Allah buat isteri adalah kerana redhanya suami. Untuk menjadi yang terbaik buat dia, banyak yang saya kena belajar dan banyak yang saya kena faham dan mahir. Semoga pembelajaran saya sentiasa berterusan agar saya dapat menjadi isteri solehah yang dijanjikan syurga kerana patuh dan taat pada suami.

Abdul Fatah adalah nama bakal suamiku, hamba kepada yang Maha Membuka. hi3.. Dia telah berjaya membuka pintu hatiku untuk berumahtangga, padahal usiaku sudah hampir 28 tahun dah...Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhan kerana Engkau menemukan aku dengannya :)

Thursday, March 4, 2010

Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana Dia telah memudahkan  urusanku. Satu per satu masalahku dapat diselesaikan. Ya Allah betapa pengasihNya sifatMu ya Allah. Aku rindu pada setiap teguranMu terhadap perbuatanku ya Allah... Setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya dan setiap musibah yang menimpa pasti ia merupakan teguran daripadaMu ya Allah..

Aku tahu di dunia ini tiada yang abadi, semuanya fana belaka. Patah pasti tumbuh dan hilang pasti berganti. Itulah hukum alam yang sememangnya pasti. Namun doaku padaMu ya Allah agar pintu hidayahMu sentiasa terbuka luas untukku kerana aku masih lagi mencari apa itu erti cinta yang ABADI... Aku dambakan cinta itu walau pun aku bukanlah sufi seperti Rabiatul Adawiyah... Ya Allah kasihilah aku, cintailah aku hambaMu yang lemah dan kerdil ini. Tiada daya upayaku melainkan dengan kehendakMu jua ya Rabbi..