Bismillahirrahmanirrahim...
Aku pun jagalah cc... Tapi dalam hati duk fikir macamana nak buat, maksudnya macamana nak pergi 'renew' roadtax sebabnya tak pernah buat lagi. Then, akhirnya call Ivon, wakil Allianz. So, dia kata kalau nak dapat roadtax hari ni jugak (11/3/2010) aku kena pergi sendiri ke KL Sentral. Maka aku pun timbang-timbang, then aku buat keputusan untuk pergi ke KL Sentral. So, aku bagitahu kak sue yang aku nak tutup cc sebabnya dah pukul 2.30pm dah, aku kena pergi KL Sentral. Ivon dah pesan kat aku, dia kata aku kena sampai KL Sentral sebelum pukul 4pm kalau aku nak roadtax hari ni jugak, kalau aku lewat, maknanya esok (12/3/2010) baru aku boleh dapat roadtax tu, hari ini just bayar je dulu... huhu.. Masa sungguh singkat, aku kena cepat.
2.30pm aku tutup cc, then aku bergegas balik bilik. Aku solat dan ambil apa-apa yang patut lepas tu aku terus gerak ke KL Sentral lebih kurang pukul 3 lebih dah masa tu. Dalam hati duk berdoa, moga-moga jalan tak jam. Tapi malangnya jalan jam jugak huhu.. Namun aku sempat tiba di KL Sentral sebelum pukul 4 iaitu 3.45pm tapi belum lagi sampai di ofis Allianz uhuhu.. Aku tercari-cari mana ofisnya then aku tanya orang. So bila dah tahu ofis tu kat mana, aku terus berlari-lari anak sebabnya nak kejar masa. Ya Allah... jarum jam terus bergerak. Oh! lagi 3min nak pukul 4, tapi aku belum tiba di pintu ofis lagi.. Oh, Tuhan... Bantulah hambaMU... Finally, aku tiba jugak di ofis Allianz setelah berlari dan berkejar naik lif tapi masa tu sudah pun pukul 4.01 minit. I'm late... uhuks!
"Kak, saya nak jumpa Ivon.."
"Sekejap ye cik"
"Cik, Ivon on phone la sekarang. Tunggu sebentar ye..."
"Oh! ye ke?"
"Tak mengapalah kak, saya cuma nak renew roadtax je, tadi Ivon yang berurusan dengan saya melalui telefon"
"Ow.. ok.. Masuklah dulu.. Cik duduk dulu ye.."
"Ok. Terima kasih kak.." Aku pun masuk dan terus duduk. Penat woOo.. berkejar-kejaran tadi. Terasa haus la pulak tapi aku terlupa nak bawak air tadi. Tak pelah, tahan jelah. Kemudian kakak tu datang semula ke tempat aku.
"Cik, tadi Ivon ada bagitahu tak kena datang sebelum pukul 4?"
"A'ah... Dia ada cakap tadi kena datang sebelum pukul 4, tapi jalan jam la kak. Saya dari Gombak ni"
"Oo ye ke.. Macam nilah, hari ni cik bayar je dulu then esok baru boleh dapat roadtax ye"
"Alah kak... Saya nak balik kampung malam ni, so macamana ni?"
"Owh! Kampung cik kat mana?"
"Kat Kelantan kak..."
"Hmmm.. tadi ada sorang orang Kelantan call saya, dia marah-marah kat saya, dia pun nakkan roadtax dia hari ni jugak sebabnya dia pun nak balik Kelantan jugak"
"Alah kak... Boleh la kak.. Tolong saya ea, saya memang kena balik malam ni jugak" Aku mula berpeluh walau pun kat ofis tu ada aircond.. huhu...
"Sekejap cik ye, saya pegi tengok sistem jap, sebabnya dah lebih pukul 4 ni.."
"Alah kak, saya lambat satu minit je tadi. Boleh la kak"
"Ok, cik tunggu kejap ye"
Tak lama kemudian kakak tu pun datang ke tempat aku semula dengan senyuman.
"Ok. Boleh la cik."
"Cik kena bayar RM510.90"
"Ok. Terima kasih kak" Senyumanku melebar..hehe..
"Ni ye kak" Sambil aku menghulurkan RM511.
to be continued again...
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment