my playlists


Friday, March 5, 2010

Menanti Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim...

Bahagia adalah sesuatu yang didamba oleh setiap insan di dunia ini. Tak kaya tak pe tapi janji hidup bahagia. Kebahagiaan hidup adalah yang paling bernilai kerana hidup tak akan bererti jika tanpa bahagia, Namun bahagia itu terlalu subjektif, ia bergantung kepada bagaimana kita faham erti bahagia dan apa yang membahagiakan kita.

Ada orang merasa bahagia apabila dapat berasama ibu bapa dan keluarga, ada orang merasa bahagia apabila dapat bersama kawan-kawan, ada orang merasa bahagia apabila dapat bersama anak-anak kecil dan pelbagai lagi rasa bahagia yang dapat dikecapi oleh setiap orang.

Pada saya, hidup yang tenang dan mendamaikan itulah bahagia kerana kita akan merasa bahagia apabila jiwa tenang dan damai. Namun ketenangan ini jarang dapat dikecapi kerana tuntutan hidup yang begitu mendesak sejak akhir-akhir ini. Pelbagai tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengar kadar segera agar kepercayaan yang ditaruhkan pada kita tidak hilang begitu sahaja. Jadi, tanggungjawab kita adalah amanah untuk kita laksanakan dengan sebaik mungkin.

Jika kita mampu melaksanakannya dengan sebaik mungkin maka kita pasti merasa puas dan bahagia dengan apa yang telah kita hasilkan. Alhamdulillah pertama-tamanya kita kena bersyukur kepada Tuhan kerana dengan 'iradahNya' jualah kita mampu menyempurnakan tugasan dan tanggungjawab kita.

Dan maksud tajuk saya di atas menanti bahagia ialah saya sedang menanti hari bahagia saya iaitu 13/3/2010. Hari di mana saya akan diijabqabulkan dan akan bergelar seorang isteri. Adakah diriku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawabku sebagai isteri? InshaAllah.. Mudah-mudahan bakal suami boleh memberi tunjuk ajar kepada saya agar kami dapat menjalani kehidupan berumahtangga dengan penuh rukun dan damai. Saya tahu untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami agak sukar namun saya akan cuba yang terbaik untuk dia kerana saya tahu redha Allah buat isteri adalah kerana redhanya suami. Untuk menjadi yang terbaik buat dia, banyak yang saya kena belajar dan banyak yang saya kena faham dan mahir. Semoga pembelajaran saya sentiasa berterusan agar saya dapat menjadi isteri solehah yang dijanjikan syurga kerana patuh dan taat pada suami.

Abdul Fatah adalah nama bakal suamiku, hamba kepada yang Maha Membuka. hi3.. Dia telah berjaya membuka pintu hatiku untuk berumahtangga, padahal usiaku sudah hampir 28 tahun dah...Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhan kerana Engkau menemukan aku dengannya :)

No comments: