Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana Dia telah memudahkan urusanku. Satu per satu masalahku dapat diselesaikan. Ya Allah betapa pengasihNya sifatMu ya Allah. Aku rindu pada setiap teguranMu terhadap perbuatanku ya Allah... Setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya dan setiap musibah yang menimpa pasti ia merupakan teguran daripadaMu ya Allah..
Aku tahu di dunia ini tiada yang abadi, semuanya fana belaka. Patah pasti tumbuh dan hilang pasti berganti. Itulah hukum alam yang sememangnya pasti. Namun doaku padaMu ya Allah agar pintu hidayahMu sentiasa terbuka luas untukku kerana aku masih lagi mencari apa itu erti cinta yang ABADI... Aku dambakan cinta itu walau pun aku bukanlah sufi seperti Rabiatul Adawiyah... Ya Allah kasihilah aku, cintailah aku hambaMu yang lemah dan kerdil ini. Tiada daya upayaku melainkan dengan kehendakMu jua ya Rabbi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment