my playlists


Thursday, February 25, 2010

Aku tenang kembali setelah kekalutan melanda...

Bismillahirrahmanirrahim...

Jiwaku kembali tenang setelah kekalutan melanda... 
Petang tadi, aku rasa macam nak pitam setelah mendapat call daripada kakak iparku di kampung. Dia mengatakan kakak yang aku tempah untuk menghias bilik bagi majlis perkahwinanku nanti telak membatalkan tempahan yang aku buat itu kerana kekangan masa, dia tak dapat nak entertain aku sebab dia ada tempahan di tempatnya pada hari yang sama. Panggggg! bagaikan terkena panahan halilintar aku dibuatnya, pandanganku gelap beberapa saat, aku hampir rebah. Mana aku nak cari penggantinya huhu aku terlalu kesuntukan masa. Fikiranku bercelaru di tambah pula dengan kerja2 aku sebagai student yang belum selesai. Aku menangis lagi... Aku dah tak tahu nak buat apa.. Aku sms tunangku, kemudian dia menelefonku dan aku luahkan segala yang terbuku di hatiku sambil menangis, tak keruan dia dibuatnya dek perangai aku yang macam budak2 ni.. Oh! perempuan lemahnya dirimu, mudah benar megalirkan air mata.

Namun dia berusaha memujukku... Setelah mendengar nasihat dan buah fikirannya, tangisku semakin reda. Pukul 5 sepatutnya aku ada kelas tp kelas cancel sebab lecturer nak balik kampung so dia buat make up class. Jadi aku memujuk diri sambil mendengar alunan yasin daripada laptopku. Aku mula berfikir secara waras. Aku sepatutnya kena kuat. I must be strong! Aku tak boleh mengalah pada keadaan. Allah maha adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya. Terima kasih Allah kerana menenangkan kembali jiwaku =)

No comments: