Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah, aku berterima kasih kepadaMu kerana Engkau telah melancarkan urusanku hari ini.
Ya Allah, sesungguhnya tiada daya upayaku melainkan dengan pertolonganMu jua ya Allah.
Alhamdulillah…
Hatiku seronok dan berbunga riang pada hari ini kerana akhirnya ketemu juga apa yang aku cari-cari semenjak dua menjak ni iaitu buku “Tarbiyatul Aulad” karangan Abdullah Nasih Ulwan, walau pun cuma terjemahannya. Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaNya kerana Dia memudahkan urusanku hari ini. Buku ini berharga RM34 sahaja dan tebalnya ialah 543 mukasurat. Bagi aku harga ini sangat berpatutan. Buku ini aku beli di Pustaka Mukmin yang terletak di Jalan TAR. Pagi tadi seawal jam 9 pagi aku bertolak ke Jalan Masjid India dan Alhamdulillah trafik lancar walaupun agak perlahan, namun kenderaan masih mampu bergerak dan tidak jam tersumbat hehe..
Di samping buku ini ada satu lagi buku yang aku beli iaitu “Terapi Duka” hasil nukilan Dr. Aidh Al Qarni, tapi dinukilkan semula intipatinya oleh Khairul Ghazali. Setelah keluar dari Pustaka Mukmin, aku singgah pula di Mydin yang berdekatannya dan di Mydin, aku beli dua barang sahaja… hehe barang keperluan yang penting untuk diriku. Kemudian aku bergegas pulang ke UIA semula. Wahhh.. Sukanya aku keluar hari ini kerana dalam masa yang tak sampai 1 jam setengah pun aku sudah berjaya balik ke UIA semula, sekali lagi Alhamdulillah..
Sesampai sahaja aku di UIA aku bersegera ke café Nusaibah untuk mencari beberapa suap nasi untuk mengisi perutku yang sudah mula menyanyi, padahal belum pukul 11 pun lagi tapi perut aku dah menyanyi kerana malam tadi aku tak mengambil makan malam. Huhu.. kesian kat perut aku. Setiba di Nusaibah, aku melihat-lihat lauk pauknya.. wahhh.. semua nampak sedap-sedap tapi aku pilih lauk ayam blackpaper dan juga ulam kacang botol beserta ulam kacang panjang dan sesenduk kecil sambal belacan dan juga sedikit sayur petola (kelate panggil ‘ttene’ hehe..). Kemudian aku beli tea O ais satu bungkus. Oleh itu, tanpa melengahkan masa lagi, aku terus menikmati rezeki yang Allah berikan padaku hari ini.. Emmm.. berselera sungguh aku makan.. Kenyang! Alhamdulillah aku bersyukur padaMu Tuhan kerana membuka selera makanku walau pun hati masih gundah gulana..
Hatiku gundah kerana bulan depan iaitu 13/3 aku akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki i.e; tunangku, namun persiapannya masih lagi berada di tahap 60%. Aku juga dihambat rasa gelisah kerana dalam masa terdekat ni juga aku kena siapkan 1 article review tentang Islamic movement yang mana aku telah memilih article tentang Wahhabi Movement, 1 reading assignment iaitu tentang Political views-Mawdudi, 1 written assignment tentang The Lost of Adab – al faruqi, 1 report assignment tentang al sifat tsubutiyyah lillahi azza wa jalla dan juga next week aku ada dua lagi group presentation iaitu 1/3: Nahdatul Ulama’ dan 3/3: Movie Review on G.I. Joe yang mana related to physiological psychology dan juga satu lagi assignment iaitu Research Proposal about Correlation Dreams and daily experiences… Fuhhh! Sungguh kritikal detik-detik ini bagiku kerana weekend ni aku kena balik kampung lagi untuk menguruskan beberapa hal yang belum selesai. Minggu ini dan minggu depan terasa seperti tidak cukup je masa 24 jam sehari huhu.. Di samping tugasan-tugasan penting ini, aku juga ada dua komitmen besar iaitu kerja jaga cyber café dan juga mengajar mengaji Quran…
Ya Allah… Bantulah aku agar aku dapat laksanakan semua tugasanku dengan baik dan cemerlang… Aminn ya Rabb…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment