my playlists


Wednesday, February 24, 2010

Nak Cerita Cket...

Bismillahirrahmanirrahim...

Tadi pagi saya ada kelas pukul 10, saya pegi kelas bawa keta, then park la keta tu kt satu kwsn tanah berumput dan di kwsn yg agak berbukit sikit. Manakala kat area depan ada longkang besar. So, saya amek ruang agak ke depan dan hampir dgn longkang yg menyebabkn kat belakang keta saya ada la sedikit ruang antara keta dan jalan. Nak dijadikan cerita, saya habis kelas pukul satu tadi, then pegi la tempat keta sbb dh nk balik.. Sesampainya saya di tempat keta, terasa darah menyirap ke muka.. bahasa kasarnya.. "lahabau punya budak!" x dak akai ka..? Boleh pulak dia pegi bertenggek kat belakang keta saya, makna kata dia blok keta saya la.. keta kelisa warna coklat cair.. Then bila tgk keadaan keta saya yg kena blok mcm tu, rasa mcm nk menangis je. Tiba2 terdengar suara org bercakap2 kt belakang,. saya pandang belakang, igtkan tuan kelisa tu dtg. Then saya ternampak 2 org lelaki, saya cuba 'cool' aka tahan marah.. Sorg turun ke arah saya dan sorg lagi menghala ke keta dia kat bhgian atas bukit.. Sekali lg saya berpaling ke belakang dan tanya lelaki tu "keta awk ke?" dia pn jwb "eh takkk.. keta saya yg tu." sambil memuncungkn mulut dia ke arah honda CRV biru di sebelah keta saya. Dia bersuara lg.. "Siapa la yg parking keta mcm ni..?" "Ntah! xde otak kot" saya menjawab dgn penuh rasa bengkak di hati.. Dah la saya nak cepat sebabnya kerja bersusun2 sdg menanti. Tp ada pulak manusia yg x reti pikir, buat sesuatu sesuka hati je.. Takkan tuan keta tu x leh pikir akibat dr perbuatan dia tu... aduhhhhh!!!!!

Then lelaki honda CRV td pn masuk ke keta dia sambil bersuara, "I nk keluar dh ni, nanti you cuba pusing kalau boleh ye.." dan dia pun terus berlalu dengan honda CRV birunya meninggalkan saya terkial2 keseorangan.. Saya tak yakin tp saya cuba pusing jgk di ruang yg cukup terbatas itu, belakang ada keta si bodoh tu, depan longkang dan sebelah tempat CRV park td ada keta lain.. But saya cuba...
Setelah ke depan perlahan2 (beringat sbb ada longkang) then saya tukar gear reverse, "Oh! My God".. vrooommmm! vrooommm! keta saya lekat pulak sbb tanah tu agak lembap dan saya cuba beberapa kali tp gagal jugak, hasilnya cuma bau hangit tayar je huhuhu... Dlm hati saya memaki hamun si tuan kelisa yg bodoh itu kerana disbbkn kebodohan dia, saya terperangkap!

Saya keluar, tgk tayar keta sebelah kiri, lekat dlm tanah tu..then saya mundar mandir sekejap cari jln tp buntu.. Rasa mcm nk pecahkn je cermin keta kelisa tu, biar tuan dia 'reti baso' cket.. tp saya sabar.. Namun saya jadi sebak sendiri, mungkin Allah nk uji saya. dgn keje yg berlambak2 yg perlu disiapkn dgn kadar segera tiba2 saya teraniaya oleh kebodohan tuan kelisa ni. Saya menangis.. dah la pukul 3.30 saya ada kelas pulak..Uhuhuhuuuu.. "Ainon, sabarrrrr..." tiba2 hati saya berbisik...

Saya tenang kembali.. Mula2 saya igt nk tinggal je keta kt situ then nk blk jln kaki je tp tiba2 Allah ilhamkan Syafiq dlm kepala saya, pastu saya terus call dia minta dia tlg dan Alhamdulillah Syafiq datang bersama kawannya. Berbekalkan kepakarannya, Syafiq berjaya mengeluarkan keta saya drpd tempat parking tersebut tp hampir saje dia menggeser keta di tepi tmpt CRV biru tu parking td..Nasib baik tak kena.. Alhamdulillah.. akhirnya ada juga seorang hero dtg membantu hehehe.. terima kasih Syafiq..

No comments: