my playlists


Monday, February 8, 2010

Dunia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ada orang kata dunia ini kejam, ada orang kata dunia ini jahat, ada orang kata dunia ini kotor dan macam-macam orang kata tentang dunia. So, kita kata apa pada dunia? Adakah betul dunia ini kejam, adakah betul dunia ini jahat, adakah betul dunia ini kotor?..

TIDAK! Dunia pada hakikatnya tidak kejam, tidak jahat dan tidak kotor tapi dunia bersih dan dunia dicipta oleh Allah untuk manusia. Tetapi dunia menjadi mangsa kekejaman manusia. Manusia tanpa belas kasihan memusnahkan dunia untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya pokok-pokok ditebang, bukit-bukit digondolkan semata-mata kerana manusia gilakan duit dan wang ringgit. Manusia dengan rakusnya menghancurkan dunia hari demi hari. Setiap hari kita dengar bencana berlaku di sana sini. Kalau di Sumatera, kita dengar ada banjir lumpur dan baru-baru ni di Haiti, kita dengar ada gempa bumi. Sudah tentu banyak kemusnahan yang dialami.

Apakah tanda semua ini? Tidakkah kita sedar yang bumi sudah benci pada manusia yang sering membuat kerosakan di atasnya. 'Dia' seolah-olah sudah meluat dengan sikap dan perangai manusia yang selalu melakukan maksiat di atasnya, serasa 'dia' ngin menelan semua makhluk yang ada di atasnya. Tidakkah kita celik dan sedar akan hakikat semua ini? Atau apakah kita buta untuk melihat semua petanda ini? Oh! Malang sungguh bagi manusia yang masih tidak menyedari akan hakikat semua ini. Kasihanilah bumi dan kasihanilah dunia...

Setiap hari dan setiap saat, bermacam-macam kerosakan manusia lakukan dengan tangan-tangan mereka sendiri terhadap bumi, kemudian mereka dengan bongkaknya menuduh dunia ini kejam, dunia ini jahat dan sebagainya. Adilkah begitu? Sedangkan Nabi pernah kata yang dunia ini adalah ladang untuk akhirat. Maksudnya dunia ini adalah tempat untuk kita 'bercucuk tanam' untuk mengecapi 'hasilnya' di akhirat kelak. Jadi, adilkah sekiranya kiat menuduh dunia dengan pelbagai tuduhan? Sedangkan kita yang mentadbirnya dan kita yang menghusahakannya.. Tepuk dada tanyalah iman, siapa yang bersalah sebenarnya, adakah dunia atau kita???

No comments: