Bismillahirrahmanirrahim...
Kebelakangan ini terasa sedikit malas nak menulis kerana kesibukan begitu menghimpit diri. Assignment, midterm examination, kerja, discussion dll. Huh! Masa 24 jam terasa seperti tidak cukup. Kalau malam tu terasa seperti tak nak tidur sebabnya 6 jam yang diperuntukkan untuk tidur itu terlalu lama hmm... Entahlah.. terkadang terasa air liur yang ditelan itu pahit kerana nikmatnya tidak dapat lagi dihayati dengan sepenuh hati disebabkan minda dan badan terlalu penat dan letih. Kadang-kadang bila sahaja matahari mula menyembunyikan diri, badan mula terasa seram sejuk, agaknya demam malam kot. Seluruh sendi dan tulang temulang terasa sengal dan lenguh. Apakah petanda semua ini, adakah diriku sudah tidak bermaya lagi?....
Terkadang artikel yang diberi oleh lecturer supaya dibaca sebelum datang kelas pu sudah tidak sempat untuk dibaca. Ya Allah... lapangkanlah diriku daripada kesibukan ini. Semoga kesibukan ini tidaklah kesibukan yang sia-sia.. Biarlah kesibukan ini kesibukan yang membawa manfaat buat diriku dan agamaku.. Atau Engkau lapangkanlah aku daripada kesibukan ini ya Allah.
Wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment