my playlists


Wednesday, August 18, 2010

Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim...

Orang kata rezeki ada di mana2, cuma kita kena rajin berusaha mendapatkannya. Tapi kalau nak rezeki lagi murah, jangan amalkan tidur selepas subuh kerana tidur selepas subuh ni menyebabkan rezeki mahal. Bak kata orang tua2, berpagi2lah mencari rezeki. Tengoklah ayam, rezeki dia murah sebab pagi2 lagi dah bangun. Walaupun dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tapi rezeki dia tak pernah putus. Sentiasa ada.

Itu kisah ayam, kisah binatang yang tak ada akal fikiran. So, kita manusia ni yang ada akal fikiran sudah tentu mampu beroleh yang lebih baik daripada dia, ye tak? Maka untuk mendapat rezeki lebih kita kena rajin2kanlah diri berusaha dan bekerja bermula pagi hari lagi. Kemudian hasilnya kita serahkanlah pada Allah untuk menentukannya kerana kita hanya mampu berusaha dan berdoa, selebihnya Allah yang akan tentukan.

Kalau Allah dah tetapkan rezeki kita, maka ia takkan menjadi milik orang lain kerana ia sudah tercatat untuk kita. Tetapi sebaliknya, kalau Allah dah tetapkan rezeki itu hak orang lain maka ia takkan menjadi milik kita walaupun ia dah berada di tangan kita. Jadi, kita kena redha la..

Wassalam...

Tuesday, August 17, 2010

Ya Allah.. Aku rindukan suamiku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah hampir 3 minggu aku tidak bertemu suamiku, hanya Tuhan saje yang tahu betapa rindunya aku pada dia... 2 malam lepas dia 'call' aku pukul 1 pagi setelah aku lena dibuai mimpi, so aku layan dia endah tak endah saje sebabnya tengah mamai, kemudian dia letak fon. But then, aku pulak yang tak lena tidur lepas tu sampai la pukul 3 pagi, so aku pun terus sahur takut2 lepas tu kalau tertidur tak sedar pulak pukul 5. Biasanya aku sahur pukul 5 pagi. Tapi disebabkan sahur terlalu awal aku jadi lemah. Petang tu jam baru 2.30pm tapi aku dah rasa macam nak pitam. Gelap mataku tapi mujur aku tidak jatuh tergolek kerana aku sempat mengawal diriku.

Petangnya pulak sebelum bukak puasa aku sudah tidak larat, untuk menapak ke bazar ramadan pun aku sudah tidak mampu. So, aku mintak tolong rumetku belikan makanan untukku. Masa bukak puasa, punya la makan sampai tak ingat dunia kerana lepas makan 'char kue teow' aku makan pulak buah2an sampai la kenyang sungguh. Ya Allah teruk betul aku ni. Malam tu pergi terawih, memang tak larat dan terasa letih sangat sampaikan bernafas pun termengah-mengah. Belum sempat witir lagi, aku dah tinggalkan dewan solat dan terus balik bilik. Ya Allah mengah sungguh. Kesian kat baby dalam perut ni mesti dia pun tak cukup ruang sebab ibunya makan banyak sangat...

Lepas tu aku serik! tak nak buat lagi dah macam tu, seksa rasa perut...

Friday, August 13, 2010

Indahnya bercinta dengan suami

Bismillahirrahmanirrahim...

Percaya tak? Bercinta dengan suami sangat indah dan mengasyikkan tau! Kenapa saya kata begitu? Because... Suami ni dah halal bagi kita, ia sangat berbeza dengan kekasih terlarang tu. Lagi pun suami ni adalah ketua kita dan jugak keluarga, so dia lebih tahu tentang tanggungjawab dia. So, dia akan berperanan penuh dengan peranannya berbanding kekasih yang belum halal, peranan mereka terbatas tapi suami sudah tiada batasnya.

Keindahan cinta ini akan lebih terasa bila kita terpaksa berjauhan dengan suami. Terasa sungguh syahdu jiwa bila perasaan rindu terhadap suami bertandang, hanya 'sms' dan 'call' sahaja yang akan jadi pengubatnya. Tapi bila dapat berjumpa, terasa bahagia sangat. Oh! Suamiku, aku cinta padamu...

Tambahan pula sekarang ni saya tengah hamil, so sebenarnya saya sangat mengharapkan agar suami dapat berada di sisi tapi apakan daya. Namun begitu, anak dalam kandungan ni mampu jadi pengubatnya kerana dia adalah lambang cinta kami yang telah bersemi. Saya redha walaupun terpaksa berjauhan kerana ia dapat mendidik saya menjadi seorang isteri yang penyabar. Sabar menunggu hari suami akan datang menjenguk. Bila dapat tengok muka suami, ya Allah seronoknya... Kebahagiaan akan lebih terasa bila suami mengucup kedua belah pipi dan dahi kerana itu adalah kebiasaan suami bila bertemu dan berpisah. Saya pula akan mencium tangan dia. Syukur padaMu ya Allah kerana Engkau kurniakan kepadaku suami yang penyayang.

Indahnya bila bercinta dengan suami....

Thursday, August 5, 2010

Ceritaku hari ini

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ini saya dapat datang kelas pagi dan petang. Badan pun sudah terasa kuat sikit. Tadi selesai kelas pukul 3.30pm, saya ke klinik untuk ambil ubat tahan muntah. Dapat saje ubat saya terus makan ubat tu kerana ubat ni kena makan sebelum makan, lepas tu pergi beli nasi goreng tomyam + telur mata. Alhamdulillah boleh makan dan tak ada loya2, saya pun makan hampir separuh then stop sebabnya takut terlebih had. Doktor dah pesan tak boleh makan banyak tapi boleh makan sikit je then makan kerap. So, saya pun meneruskan langkah ke ITD Lab untuk print nota tapi printer kat lab ni rosak pulak. So saya pun apa lagi, melayan FB la kejap sebelum balik.

Oh ya, semalam saya dah pindah bilik. Kalau bilik dulu selalu je duduk sorang2 sebabnya roommate jarang balik bilik tapi kat bilik baru ni dah tak macam dulu dah, selalu je ada kawan2 bilik, so meriah la sikit, tak de la sunyi sangat. Harap2nya saya pun makin bersemangat bila dah pindah ke bilik baru ni.

Oklah jumpa lain kalilah pulak sebabnya saya dah nak balik ni. tata...