Bismillahirrahmanirrahim...
Percaya tak? Bercinta dengan suami sangat indah dan mengasyikkan tau! Kenapa saya kata begitu? Because... Suami ni dah halal bagi kita, ia sangat berbeza dengan kekasih terlarang tu. Lagi pun suami ni adalah ketua kita dan jugak keluarga, so dia lebih tahu tentang tanggungjawab dia. So, dia akan berperanan penuh dengan peranannya berbanding kekasih yang belum halal, peranan mereka terbatas tapi suami sudah tiada batasnya.
Keindahan cinta ini akan lebih terasa bila kita terpaksa berjauhan dengan suami. Terasa sungguh syahdu jiwa bila perasaan rindu terhadap suami bertandang, hanya 'sms' dan 'call' sahaja yang akan jadi pengubatnya. Tapi bila dapat berjumpa, terasa bahagia sangat. Oh! Suamiku, aku cinta padamu...
Tambahan pula sekarang ni saya tengah hamil, so sebenarnya saya sangat mengharapkan agar suami dapat berada di sisi tapi apakan daya. Namun begitu, anak dalam kandungan ni mampu jadi pengubatnya kerana dia adalah lambang cinta kami yang telah bersemi. Saya redha walaupun terpaksa berjauhan kerana ia dapat mendidik saya menjadi seorang isteri yang penyabar. Sabar menunggu hari suami akan datang menjenguk. Bila dapat tengok muka suami, ya Allah seronoknya... Kebahagiaan akan lebih terasa bila suami mengucup kedua belah pipi dan dahi kerana itu adalah kebiasaan suami bila bertemu dan berpisah. Saya pula akan mencium tangan dia. Syukur padaMu ya Allah kerana Engkau kurniakan kepadaku suami yang penyayang.
Indahnya bila bercinta dengan suami....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment