Bismillahirrahmanirrahim...
Kesian kat blog ni, dah lama benar tuan dia tak jenguk. Sepi je memanjang. Ceritanya banyak tapi tidak tercoret di sini.
Oklah kita berkongsilah sedikit sebanyak untuk entry kali ini.
Sebenarnya tuan blog ni iaitu saya la hehe...sedang mabuk2 nak dapat 1st baby. Sudah 3 minggu tidak lalu makan dan asyik muntah2 aje, penat dan tak bermaya rasa badan. Tapi 3 hari ni alhamdulillah dah ok sikit, dah boleh makan nasik sikit2 dan muntah2 pun dah tak da lagi. Harap2nya fasa mabuk teruk sudah berlalu kerana saya perlu sihat dan kuat untuk melalui sem terakhir saya di UIA ni. Nasib subjek saya cuma tinggal 2 je lagi sem ni, so tak da la teruk sangat. Kelas saya pun 3 hari je seminggu, selasa, rabu dan khamis.
Lama betul saya di UIA, dah hampir 7 tahun dah. Matrik, 2 tahun dan Maincampus dah nak masuk 5 tahun dah. Mungkin ini bahagian saya, maksud saya, Allah uji kesabaran saya dalam menuntut ilmu. Mungkin ada ganjaran buat saya bila saya tidak berputus asa dan terus berusaha untuk menggenggam segulung ijazah. Bukan ijazah itu yang bernilai sebenarnya tapi ilmu yang dipelajari dan yang melekat di dada, itulah harta yang tidak ternilai pada hakikatnya. Namun mungkin ramai yang tidak menyedari tentang hakikat ini.
Takpelah sem ni, rezeki saya dapat belajar bersama2 anak saya. Moga2 bila dia lahir nanti, dapat menjadi anak yang bijak dan pandai. Boleh jugak dia temankan saya study kat sini, maklumlah bapanya tak de kat sini, nun jauh di Kelantan. Inilah cabaran buat saya, terpaksa berjauhan dengan suami tercinta demi cita2 yang belum ter'realisasi'. Ok semoga kita bertemu lagi di lain entry.
Wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment