my playlists


Monday, April 19, 2010

Kisah bersekitar penamaan calon di HS

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah sy b'peluang ke Hulu Selangor pada hr penamaan  calon 17/4 bebaru ni. Sy dpt menyaksikan s'diri suasana di sini. Ya Allah, betapa ramainya orang kt HS hari ini (17/4), jln sgt sesak krn drp 2 line jd 3 line dan kereta bergerak punyalah perlahan sehinggakn kalau berjalan kaki lebih cepat drp naik kereta. Ya la semua pendokong dan penyokong dr segenap ceruk datang untuk memberikan sokongan kpd calon yang mewakili parti masing2, mana la tidak sesaknya kan? dr Utara ada, dr Selatan ada, dr Timur ada, dr Barat ada, pendek kata semua pihak menghantar wakil masing2 ke HS ni untuk sama2 memberikan sokongan mereka. Pada mulanya calon yg dijangka b'tanding adalah dr PKR n MIC, namun setelah selesai  penamaan calon t'sebut, rupa2nya 4 orang calon yang bakal b'tanding iaitu calon PKR (PR)- Zaid Ibrahim, calon MIC (BN)- Kamalanathan, dan 2 orang calon bebas. Wahhh.. maknanya p'tandingan 4 penjuru la nanti ye.

Sy agak terkejut jgklah utk penamaan calon kali ini kerana sy dgr FRU sembur org tp sy x tahulah punca sebnrnya apa. Dgr citer, dia sembur di sekitar masjid KKB dan setahu sy, di sekitar masjid ni tempat geng2 BN b'kumpul, manakala geng2 PR berkumpul area stesen bas KKB. Entahlah.. mungkin ada la tu kot individu yang b'tindak di luar kawalan yang menyebabkn FRU ni menyembur. Tapi Alhamdulillah di tempat sy berkumpul, x de la pulak FRU2 ni, syukur. Mungkin sy berada di tempat yang betul n tepat kot hehe.. Uishhh.. tapi sy memang x nafilah org sgt ramai kt sini, macam geng2 DAP ramai, geng2 PAS ramai, geng2 PKR ramai, geng2 UMNO ramai, geng2 MIC pun ramai. Macam pesta pun ada jgk gaya2 diorg ni semua. Tapi cuaca hr ni sgtlah panas dan hangat menyebabkan peluh jantan sy meluncur2 mengalir di badan. sy upload gmbr yg sy dpt tp xdpt pulak cz ada teknikal problem cket. Nantilah kalau sistem dh ok, sy upload gmbr2 tu kt sini. Ok kita jumpa lg ye... salam

No comments: