my playlists


Tuesday, July 27, 2010

Ragam Ibu Mengandung

Bismillahirrahmanirrahim...

Penat juga ye mengandung ni tapi tak pelah kena banyak bersabar kerana pasti ada ganjarannya. Namun nak jugak berkongsi rasa kat sini. Saya tak tahulah tapi mungkin ibu2 lain juga pernah rasa seperti apa yang saya rasa.

Sepanjang saya mengandung ni, saya selalu rasa tidak selesa terutama apabila hendak tidur dan apabila nak bangkit daripada tidur. Rimas, lenguh, sesak dan semua rasa ada. Saya tak boleh tidur atau baring di tempat yang sempit kerana terasa sukar untuk bernafas dan bergerak. Saya perlukan ruang yang luas untuk saya bolak balikkan badan. Kadang2 ke kanan tak selesa, ke kiri pun tak selesa. Susah jugak ye nak bawa baby dalam perut ni, padahal dia kat dalam tapi kita pulak yang tak cukup ruang.

Lepas tu pulak kalau nak bangun pagi2 tu, lenguh belakang la, lenguh kaki la, kepala sakit la, macam2. Dugaaan sungguh ye nak jadi seorang ibu ni. Ini sekadar luahan apa yang saya rasa dan alami tapi bagi ibu2 lain, saya tak tahulah macamana pengalaman mereka. Mungkin sama dan mungkin juga tak sama.

Oklah cukuplah dulu, nanti jumpa lagi.... Wassalam...

No comments: