my playlists


Thursday, January 29, 2009

Ujian Tuhan Sentiasa Hadir

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah akan sentiasa menguji hamba-hamba yang dikasihiNya. Melalui ujian tersebut Allah menunjukkan rasa cinta dan sayangNya Dia terhadap hamba-hamba pilihanNya itu. Ujian yang didatangkan biasanya dalam pelbagai bentuk seperti demam, batuk, sakit, selsema, susah hati, sakit hati, kecewa, terasa hati dan macam-macam lagi.

Kalau hambaNya mampu menghadapinya dengan tabah dan reda dengan ujian tersebut, maka Allah akan mengangkat darjat dan martabatnya lebih tinggi sedikit daripada orang lain yang tidak menerima ujianNya. Tetapi kalau mereka tidak sabar dalam menempuh ujian tersebut, maka adalah daripada golongan orang yang gagal menghadapi ujian dan martabat mereka tidak akan diangkat.

Oleh itu, sebagai hamba Allah yang lemah, kita mestilah selalu memohon kepadaNya agar kita dikuatkan semangat dan ditabahkan hati setiap kali menghadapi ujian daripadaNya... Semoga dengan ujian yang menimpa dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Yang Maha Esa. Ok selamat berdoa..! Jumpa lagi di lain posting. Tataa...

No comments: