Bismillahirrahmanirrahim.
Malang sungguh nasibku malam tadi. Niat hati nak pergi mengajar mengaji, kelas ganti yang cuti raya cina hari tu. Tapi malang pula yang menimpa diriku kerana satu kemalangan kecil telah berlaku di mana aku telah terlanggar 2 buah kereta di Taman Selasih semasa tengah reverse kereta yang aku pinjam daripada kawanku hu3x... First time kemalangan berlaku ke atasku setelah aku memegang lesen besar selama 3 bulan. Hmm... What to do, dah memang benda nak jadi so tak dapat dielakkan lagi. Nasib baik kedua2 tuan kereta tu orang kelantan so, senanglah sikit nak negotiate. Tapi kalau ikut besar jugak jumlah ganti rugi yang perlu aku bayar untuk kedua2 buah kereta tersebut. Kereta toyota vios dan kereta gen 2...
Pagi tadi aku ada kelas intro to law, kebetulan lecturer aku tu lawyer so, aku tanyalah dia nak buat macamana, then dia kata better tak payah buat police report because kalau buat police report, it will take too long time to settle down the problem. Jadi, dia nasihatkan aku supaya selesaikan perkara tu kat luar mahkamah, senang. Cumanya aku kena bayar ganti rugi jelah. Aduhhh...! Banyak jugak nak kena bayar tuh. Manalah aku nak cekau duit cash dalam jumlah yang besar nih. Ya Allah... Tolonglah hambaMu ini, bukakanlah jalan keluar untuk permasalahanku ini.
Ujian Allah untukku sentiasa hadir, tak pernah putus. Semoga dengan kesabaranku menghadapi ujian-ujianNya ini dapat menghapus dosa-dosaku kepadaNya, InshaAllah...
'Bersabarlah wahai Ainon, gadis yang cekal. Semoga Allah membantumu dalam menyelesaikan masalahmu ini' aku bermonolog seorang diri. Sementara otak ligat berputar mencari idea bagaimana nak menyelesaikan masalah yang baru sahaja timbul ini. Dahlah sekarang ini musim midterm exam, therefore aku kena jaga emosi aku, aku tak boleh biarkan stress menguasai diri. Aku kena hadapi ujian ini dengan tabah setabah hajar melahirkan ismail dan mencarikan untuknya setitis air di padang pasir yang tandus. Hmm... ujian dia lagi besar daripada apa yang aku hadapi ini. Ok Ainon, kau mesti kuat! Hidup memang akan dihiasi dan diwarnai oleh pelbagai masalah, mehnah dan tribulasi kerana semua itu akan mengajarmu untuk manjadi insan yang cepat matang dan dewasa. Stand up! and face that problem with your optimistic thinking, never guve up but face it, settle it with your best effort bacause Allah will help His servant who is brave and wise.
Ya Allah bantulah aku dan permudahkanlah urusanku, hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepadaMu aku memohon segala pertolongan, oleh itu Engkau bantulah aku menyelesaikan masalahku ini tanpa banyak karenah daripada pihak yang satu lagi (tuan kereta). Semoga di sana ada jalan yang Engkau sediakan untukku sebagai alternatif... Aaminnn... YA RABB :'-(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam takziah..sabarlah.berapa ganti rugi tu?
cubalah minta bantuan sahabat2.
Post a Comment