my playlists


Wednesday, January 28, 2009

Setiap Hari Adalah Sejarah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai para sahabat...
Setiap hari yang kita lalui adalah sejarah yang bakal kita tinggalkan dan akan menjadi kenangan sepanjang zaman dan bakal diwarisi oleh anak cucu kita kelak. Oleh itu, jadikanlah sejarah kita ini sebagai sejarah yang terbaik untuk dikenang dan diingati oleh anak cucu kita di kemudian hari nanti. Jadikan apa yang kita buat setiap hari itu adalah yang terbaik buat diri dan agama kita. Perbaikilah amalan kita, ibadah kita, tanggungjawab kita dan apa sahaja yang kita lakukan agar kita dapat menghasilkan yang terbaik dan paling baik yang termampu kita lakukan. Ingatlah! Hidup cuma sekali, justeru itu rebutlah peluang yang kita dapat ini untuk membuat sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat agar dapat menjadi bekal untuk kita kecapi di alam sana kelak. Cuba bayangkan... Kalaulah kita dipanggil menghadap tuhan tanpa persediaan yang rapi dan tanpa bekalan yang mencukupi, bagaimanalah agaknya kehidupan kita di sana kelak. Di alam kubur @ alam barzakh, kita keseorangan tanpa teman, tanpa keluarga, tanpa sanak saudara yang menemani kita. Hanya amalan kita semasa kita hidup yang menjadi teman setia kita nanti. Kalau kita seorang yang selalu melazimi bacaan ayat-ayat sui al-Qur'an, maka beruntunglah kita kerana ia akan menerangi kegelapan kediaman kita itu. Kalau kita seorang yang suka beramal soleh, maka ia akan membantu kita di alam kubur itu.

Ingatlah! Sahabat-sahabat...
Hidup cuma sekali. mati juga cuma sekali.
Adakah pernah kita terfikir, apakah sejarah yang akan kita tinggalkan untuk generasi akan datang dan apakah sumbangan kita untuk anak cucu kita kelak??? Adakah kita cuma mampu umtuk meninggalkan sejarah hitam untuk dikenang oleh anak cucu kita? Atau sejarah yang bagaimana yang kita ingin mereka ketahui dan teladani? Tepuk dada, tanyalah iman kita... Sudah tentu iman kita ada jawapannya. Sayangkah kita pada anak cucu kita?! Kasihkah kita pada mereka?! Jika jawapannya Ya..! Maka bertindaklah sekarang dan lakukanlah sesuatu supaya anak cucu kita itu sentiasa mengenang dan mengingati kita walaupun tak pernah melihat jasad kita tapi sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu hak milik kita yang boleh dijadikan kenangan. Maksud saya di sini ialah hasilkanlah sesuatu, contohnya buku @ penulisan yang takkan lekang dek panas dan takkan lapok dek hujan, atau pun create/build something like maahad tahfiz ke, syarikat penerbitan buku ke, atau ciptalah sesuatu yang lebih hebat lagi daripada itu seperti mencipta gelombang perubahan contohnya macam yang tercatat dalam helaian buku-buku sejarah dunia seperti yang dilakukan oleh Salahuddin al-ayyubi, Muhammad al-fateh, malah seperti junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Terlalu banyak contoh yang telah ditunjukkan oeh baginda sepanjang hayatnya selama 63 tahun baginda hidup.

Wahai para sahabat yang dikasihi kerana Allah.
Kitalah penentu sejarah hidup kita, kitalah pencorak laluan dan liku-liku yang bakal kita lalui sepanjang hayat kita. Kalaulah sahabat pernah membaca '7 habits' buku hasil penulisan stephen covey, sudah tentu para sahabat akan lebih memahami apa yang saya cuba maksudkan di sini. BE PROACTIVE not REACTIVE only!!!

Ok saya mengundur diri dulu, semoga bertemu lagi di lain waktu. Tataa... :-)

No comments: