Bismillahirrahmanirrahim...
Lamanya aku tak uodate blog ni...! Masa tak mengizinkan. So hari ini, aku betul2 nak lepaskan rindu kat blog ni. He3x... bolehlah berkongsi sedikit sebanyak cerita. Emm... Kat mana nak mula yea... Haa mula kat sinilah, pada 23/1 hari tu UIA start cuti sempena nak sambut tahun baru cina, so aku pun dengan penuh gembiranya bertolak balik ke kampung bersama2 3orang sahabat yang merangkap adik2ku kerana antara kami berempat, akulah yang paling kakak. Kami balik dengan menaiki sebuah kereta proton saga... he3x skema la plak ayatku hari ini. Lebih kurang jam 6.50 ptg kami bertolak dari UIA, agak lewat jugaklah sebabnya kalau mengikut perancangan awal nak bertolak pukul 5.30 tapi disebabkan beberapa faktor terpaksalah ditunda sehigga ke jam 6.50 ptg. Alhamdulillah dapat jugak bertolak sebelum maghrib menjengah, so nanti tak de lah lewat sangat sampainya. Kalau mengikut anggaran yang dibuat, lebih kurang pukul 12.30am sampailah kami sebabnya kami ikut jalan gua musang-dabong-jeli, rasanya save la sikit masa perjalanan kami. Semasa dalam perjalanan, azan maghrib berkumandang, jadi kami singgah di petronas yang lepas tol tu untuk menuanaikan kewajipan kami sebagai muslim.
Kemudian, meneruskan semula perjalanan kami yang masih jauh untuk sampai ke destinasi itu. Kesian kat driver, drive sorang2 je sebabnya semua penumpang syahid sebelum tiba di destinasi yang dituju. Padahal, ada je co-driver tapi dia yang first sekali zzzzz, so what to do kan... Xpe driver ni strong enough, maintain je walaupun tak tukar driver. Akhirnya sampailah kami di stesen minyak petronas gua musang dalam pukul 11.30 kot, x pasti la pulak. So semua bangun, ada yang nak ke tandas dan ada yang sekadar keluar untuk meluruskan urat2 yang tersimpul, ore kelate kato "bbetul urat" hehehe... Emm... best sebenarnya balik dgn kereta ni sebabnya kita bebas nak berhenti, anytime and anywhere, tak macam naik bas, ada schedulenya yang tersendiri,
Selepas itu kami melalui air terjun gunung stong yang tertinggi di Asia tetapi tidaklah nampak untuk dilihat kerana kegelapan yang menyelubungi suasana. But nevermind, dah selalu lihat pun cumanya jarang pergi je. Teringin nak bawa sahabat2 ke sana, melihat dan menikmati keindahan alam ciptaan Yang Esa. Sungguh indah dan mendamaikan sebenarnya suasana di situ. Kalau dapat buat 'jungle tracking' kat situ mesti seronok dan confirm semua akan gian nak buat lagi rasanya. Tapi bilakah waktu itu akan tiba??? Kitalah sebenarnya penentu!
Hmm... Banyak lagi nak tulis sebenarnya ni tapi masa begitu mencemburuiku. Nantilah aku sambung lain kali pulak. But sebelum tu, cuma nak bagi tau yang kami sampai ke rumah penumpang yang pertama dalam pukul 12.30am. So sempatlah menjamah mee goreng yang dimasak oleh ibunya, alhamdulillah rezeki Allah bagi, dapat jugak mengisi perut yang sememangnya sudah kosong he2x... Sesudah itu, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang ke dua, iaitu rumahku. Agak lewat jugak sampai ke rumahku, lebih kurang pukul 1.30am. Malangnya blackout, so seluruh kampung gelap gulita. Aku cuma menggunakan lampu handphone je untuk menerangi langkahku menuju ke rumah. Semua penghuni rumah sedang nyenyak dibuai mimpi, aku memberi salam, tetapi tiada yang menyahut, lalu aku membuka pintu depan sendiri dan melamngkah masuk. Kemudian kedengaran ibuku bangun dan membuka pintu yang berkunci untuk membolehkan aku masuk sambil manghalakan lampu suluhnya untuk membantu menerangi laluanku untuk ke atas. Terima kasih makkk....! Kerana menyambut kepulangan anakmu ini. Alhamdulillah aku dah selamat sampai. Dua orang sahabatku masih lagi meneruskan perjalanan mereka ke destinasi seterusnya iaitu ke Panglima Bayu, lebih kurang 45 minit lagi.
Oppss! Dah terlajak ni, ok lah aku dah kena stop sekarang sebabnya ada kerja yang sedang menantiku. Semoga kita berjumpa lagi :-) tataa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment