my playlists


Sunday, January 18, 2009

Pospone lagi!!!

Bismillahirrahmanirrahim

Emm untuk kesekian kalinya UIA menunda lagi tarikh PRK kepada tarikh baru iaitu 22hb januari 2009. Apa nak jadi la asyik tunda je tapi alasannya ialah hari jumaat 16hb hari tu UIA cuti darurat sebab tak ada air, so tak boleh naka adakan nomination day, then nomination dianjak ke hari ini. Harapnya tarikh kali adalah tepat dan tetap, tidak akan diubah lagi.

Aku sempat menjengah sekejap calon-calon yang bakal bertanding di Rector hall pada pukul 12 tadi. Emm... Ramai calon yang berkaliber untuk tenure kali ini. Dalam pada tempoh menunggu calon-calon selesai di 'nominate', tiba-tiba muncul ustaz Hamidon, deputy rector. Dia sempat bersembang dengan aku dan beberapa orang kawan seketika. Dia challenge calon-calon supaya untuk tenure kali ini supaya pilih student perempuan untuk jadi presiden SRC. Wow! satu cabaran yang patut disahut oleh para calon yang bertanding nih! Bila lagi nak buktikan yang orang perempuan juga boleh jadi pemimpin student. Cheahhh... Aku pula yang bersemangat, padahal aku bukan calon pun cuma penyokong pada calon je. Antara lain yang disebut oleh ustaz Hamidon ialah dia memuji orang perempuan kerana katanya orang perempuan rajin, pandai, kuat dll. Tengok aje lah mahallah pun atas bukit, hari-hari naik bukit, mesti la kuat. Aku ada cakap jugak kat dia yang orang perempuan kalau jadi pemimpin selalu dikaitkan dengan membuat pertimbangan berdasarkan emosi bukan rasional, tapi dia tanya fakta tu betul ke? ada ke hadis ke ayat quran ke yang mengatakan begitu??? Haa... Kita kena cek balik dan tengok betul-betul... wahhh... nampaknya bersungguh benar dia nak tengok student perempuan lead SRC untuk kali ini. Well. we'll wait and see... Perhaps it can be, Insya Allah :-)

No comments: