Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakanNya
dan akan bersabar dengan segala ujianNya.
Setelah sekian lama aku tidak update blog ini, akhirnya aku diberi kesempatan pada hari ini untuk update blog ni.
Sepanjang tempoh ni macam2 perkara dah berlaku banjir, tanah runtuh, Thailand sudah bertukar presiden, Bush dibaling kasut, Mawi & Ekin kahwin dan macam2 lagi.
Begitulah kehidupan, pelbagai perkara berlaku saban hari dan waktu.
Siapa yang alert dan cakna, maka tidak ketinggalanlah dia, sebaliknya siapa yang alpa dan leka, maka ketinggalanlah dia. Masa sentiasa bergerak, usia semakin meningkat dan kematian semakin hari semakin hampir. Keperluan hidup mesti dipenuhi dan persediaan untuk menuju mati juga perlu diperkemaskan dan di'update' sentiasa.
Apa yang dilakukan setiap hari mesti dimuhasabahkan, jika ada yang silap mesti diperbetulkan, jika ada yang sedikit mesti diperbanyakkan, jika ada perselisihan faham perlulah bermaaf-maafan, dan jika ada dosa yang dilakukan cepat-cepatlah bertaubat dan mohon ampun daripada Tuhan kerana pintu taubat masih lagi terbuka luas. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang2 yang bertaubat dan kembali ke pangkal jalan seperti sukanya tuan unta yang kehilangan untanya yang sarat dengan muatan di padang pasir yang luas dan menemuinya kembali. Inilah coretan ringkasku untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan orang2 yang membacanya, insyaAllah :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment