Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap hari pelbagai nikmat Tuhan yang kita kecapi tanpa kita menghitungnya seperti nikmat kehidupan, ketenangan, kesihatan, kelapangan masa, dan yang lebih utama ialah nikmat islam & iman. Sememangnya sudah dimaklumi nikmat islam & iman adalah nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Alhamdulillah... bersyukurlah di atas nikmat tersebut. Tanpa islam & iman tiada gunanya hidup ini. Pernahkah kita diuji dengan dua nikmat ini?
Saya kira semua orang pernah diuji dengan dua nikmat ini, cuma yang bezanya sama ada kecil atau besar ujian tersebut. Saya sendiri pernah diuji dengan ujian yang agak berat, yang bisa menggoncang aqidah tetapi Alhamdulillah Allah masih sayangkan hambaNya ini. Mungkin ujian Allah ini sebagai peringatan kepada diri ini yang alpa dan lalai. Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini di atas kealpaan dan kelalaianku ini.
Kita seringkali leka bila Allah tidak mendatangkan ujianNya. Kita lupa untuk mensyukuri segala nikmatnya. Sedangkan Allah itu maha pemurah sifatNya, sentiasa mengurniakan nikmat walaupun hambaNya tidak mensyukuriNya (wa na'uzubillahi min zalik- minta Allah jauhkan kita daripada menjadi hamba yang tidak bersyukur).
Justeru itu, saya menyeru terutamanya kepada diri saya sendiri dan juga sahabat2 semua agar sentiasalah mensyukuri nikmat2 yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Semoga Allah memelihara nikmat Islam & Iman yang dikurniakan kepada kita itu. Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment