Nak 'mencapub' sikit hehe...
Bismillahirrahmanirrahim...
Kalau sape2 perasan la malam tadi kat tv1 ada rancangan suara siswa jam 10pm. So aku adalah salah seorang yang 'mencapub' (mencari publisiti tp bukan publisiti murahan ye) dalam rancangan tu. Actually aku attend rancangan tu untuk memberi support kat salah seorang panelis iaitu saudari Mashitah, timb 3 MPP UIAM.. Walaubagaimana pun, pihak RTM nak ada wakil yang menanyakan soalan daripada audience, jadi aku salah seorang yang bertanya soalannya.
Tajuk yang dikupas malam tadi menarik dan banyak pengajaran yang boleh diteladani iaitu berkaitan hijrah dan mahasiswa. Bagus respon2 yang diberikan oleh panelis malam tadi dan yang aku paling suka adalah respon daripada saudara Najib dari USIM, panelis UIA pun tak kurang hebatnya dalam mengutarakan pendapat dan hujah beliau, beliau banyak ditanya oleh Dr. Fazley daripada sudut pandangan siswi kerana beliau satu2nya panelis perempuan malam tadi. Manakala panelis dari UiTM, saudara Amir pun mantop dalam memberikan komen dan pendapat.
Soalan yang aku tanya pulak ialah "Mengapa ramai orang mengutamakan azam tahun baru berbanding azam maal hijrah?"(soalan yang dibincangkan oleh kami budak2 UIA terlebih dahulu sebelum rancangan dimulakan hehe.... macam biasa la) dan respon yang aku dapat sangat bagus daripada panelis dan Dr. Fazley sendiri pun mencadangkan agar semua audience yang hadir kat studio malam tadi menghantar SMS ucapan selamat menyambut maal hijrah dan bertanyakan azam baru mereka untuk maal hijrah kali ini kepada kaum kerabat dan sahabat handai. Beliau jugak mencadangkan agar diletak sekali tarikh hijrah kat atas kek bila sambut hari lahir hehe...
Kami sebenarnya bersiaran langsung malam tadi so any shortcoming should be covered properly dan malangnya aku tak sebut pun nama dan dari IPT mana. Nevermindlah, kalau orang nak kenal so kena la cari tuannya pulak hehe.. (perasan lebih mengalahkan panelis pulak! ahaks! :p)
2 comments:
adow moqniq...glemer dio...lain kali gak sebutla nama kg sekali bg glemer...ingat tue 'lain kali'...hehehehehe...mane tahu lps nie masuk tb lg...dok gitew?
beyehhh...
Post a Comment