my playlists


Saturday, December 19, 2009

Aku Sedih...

Bismillahirrahmanirrahim...

 Aku sedih hari ini kerana aku tak dapat pergi ke Muhadharah Dr. yusof Qardawi kat Putrajaya pagi tadi dan jugak talk beliau kat masjid Shah Alaam lepas maghrib tadi. Aku tak nak sebut sebabnya kenapa kerana ia bisa menyinggung hati orang lain. Tak mengapalah... mungnkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. Aku redha dan pasrah..

"Makaru wamakarallah, wallahu khairul maakirin..." 

Hmmm... macam best je ayat hujung ni kalau jadikan nama baby; khairul maakirin hehehe.. lari topik pulak..


Tapi hari ni aku memang sedih betul, aku pun tak tau kenapa.. Sampaikan aku boleh menangis teresak2. Jarang tuh berlaku dalam hidup aku, menangis sampai teresak2. Kalau kecik dulu lain la.


Aku rasa tertekan dan badanku sangat penat. Malam tadi jaga cc sampai pukul 3 pagi sebabnya gantikan staf yang tak boleh masuk. Sebenarnya aku jaga pukul 6 - 9pm je.. Tapi disebabkan diorang tak boleh masuk, so aku pun aku teruskan sampai pukul 3 pagi.


Penat sangat aku rasa, sebabnya pukul 4 baru aku boleh lelapkan mata. Then pukul 6.30am bangun, tu pun setelah 2x dikejutkan oleh kawanku Ha. Ya Allah.. Beratnya nak bangun, belakang aku jadi berat terutama kat bahagian tulang kipas dan tulang belakang, mata aku pun berat jugak, terasa susah sangat nak angkat kelopak.. Namun aku gagahkan jua.


Then seusai solat subuh, aku terus sambung tidur, sehinggalah aku terjaga jam 11am. Aku tengok handphoneku, ada 2 misscall n ada 3 mesej. Ya Allah.. Punyalah aku tidur mampus, tak sedar langsung handphone berdering, eh2x silap, handphone ku bukan berdering tapi ada lagu, iaitu lagu C.I.N.T.A... hehehe..


Then aku bangun, kemas apa yang patut. Kumpul baju kotor kat dalam baldi, mulanya ingat nak basuh tapi mood aku terus mati bila orang yang aku sayang buat hal.


Sebenarnya aku call tunang aku nak cerita kesedihan aku dan kepenatan yang aku rasai, tapi aku 'nyetok karung' bila aku tengah cakap2, dia putuskan talian. Uwaaaaa! Terus aku nangis. Rasa macam orang tak hargai kita pulak bila dibuat begitu. Dia mesej suruh aku callback. Sorry! Bila hati dah luka, jangan harap ia tak berdarah. Kalau tak banyak pun, at least nampak merah darah yang keluar tu macam kita kena pisau.


Terasa berat di kepala bila kita nak berkongsi bebanan tapi orang tak nak dengar. Lantas air mata menjadi teman yang paling setia, yang tolong menggugurkan bebanan bersama alirannya yang laju dan hangat. Syukur... Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan aku air mata.


Then, aku mandi dan menangis sepuas-puasnya kat bilik air sebabnya tak nak bagi roommate dengar. Hmmm.. lemah rupanya aku ni ye.. Lepas tu aku siap mandi, aku solat dan turun cafe beli nasi... Makan sampai licin dan sampai menjilat jari (hehe.. habit). 


Kemudian, hidupkan kereta, pergi jalan-jalan untuk menghiburkan hati... :)

2 comments:

mamariesya said...

siye ko mokniq...bakpo nyo mokniq...yo ado hal kot yo mati hp...

Banafsaji said...

biasa la tu, org kdg2 tak fhm kita... tp nvr mind sume da ok :)