Bismillahirrahmanirrahim
Apabila kita gagal untuk merancang kita sebenarnya merancang untuk gagal secara tidak langsung. Percaya tak? Terpulang kepada anda sama ada anda ingin percaya atau tidak. Tetapi hakikatnya memang begitu. Cuba kita perhatikan kehidupan orang yang selalu merancang dengan orang yang tidak pernah merancang untuk membuat sesuatu.Siapa yang lebih berjaya? Saya tinggalkan soalan ini untuk anda jawab.
Orang Jepun, kenapa mereka berjaya? Mereka adalah satu bangsa yang suka membuat perancangan yang lebih awal, maka dengan sebab itu mereka mudah untuk berjaya. Orang Jepun biasanya akan merancang sebelum tidur lagi apa yang akan mereka lakukan keesokan harinya. See... How they do to be success in their life. Orang Jepun juga terkenal dengan 'punctuality'. Mereka adalah antara golongan-golongan yang sentiasa menepati masa, jadi tidak hairanlah kalau mereka menjadi bangsa yang berjaya. Orang Jepun sebenarnya banyak belajar daripada peristiwa mereka dibom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada ketika itu, dua kota masyhur ini hancur musnah menjadi debu-debu yang berterbangan. Tetapi orang Jepun mampu menghidupkan semula kemasyhuran yang pernah mereka kecapi itu. Betapa mereka bangkit daripada kemusnahan itu dan menjadi bangsa yang gah dan punya pendirian tersendiri.
Ramai dari kalangan pemimpin Jepun ini yang tidak tahu berbahasa inggeris tetapi mereka boleh maju, malah pada satu tahap mungkin lebih berjaya daripada bangsa yang pernah memusnahkan kota besar mereka itu. Orang kata, nak maju kena pandai berbahasa inggeris. Jawapannya, tak semestinya, ini kerana bangsa Jepun telah pun membuktikan kepada dunia yang teori kena pandai bahasa inggeris baru boleh berjaya adalah tidak tepat.
Belajar pelbagai bahasa tidak rugi tetapi persepsi kita terhadap bahasa-bahasa tersebut kena betul dan tepat.Jangan pula kerana terlalu bergantung kepada kuasa sesuatu bangsa, maka kita pula terpengaruh dengan bahasa-bahasanya. Sampaikan kadang-kadang kita hilang jati diri kita sendiri kerana terlalu terikut-ikut.
Saya rasa agak bertuah kerana boleh menguasai bahasa inggeris dengan agak baik dan bahasa arab secara merangkak-rangkak, selain bahasa ibunda saya. Jadi, tiga bahasa yang saya faham, hmm... macam ok la jugak kan. Tetapi saya berminat untuk menguasai bahasa cina, namun belum berkesempatan. Memahami bahasa bangsa lain juga amat penting dalam rangka untuk menyebarkan dakwah. Itu satu keperluan. InshaAllah moga-moga ada ruang untuk saya mempelajarinya.
Ok saya kira cukuplah dulu untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment